Khamis, 11 Julai 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Iftar lengkap Timur Barat di Harrods Cafe

Posted:

Iftar lengkap Timur Barat di Harrods Cafe

Iftar lengkap Timur Barat di Harrods Cafe

SAJIAN tempatan menjadi menu istimewa sempena Ramadan di Harrods Cafe.


SEKALI-SEKALA berbuka puasa dengan juadah ala Barat pasti meninggalkan momen indah terutamanya apabila bersama teman istimewa.

Kunjungi Harrods Cafe yang terletak di pusat beli-belah Suria KLCC untuk merasai variasi produk minuman berasaskan teh selain hidangan menu signatur jenama terkenal dari England itu.

Tahun ini merupakan julung kali Harrods Cafe membuka pakej Ramadan dengan menawarkan dua konsep hidangan iaitu cita rasa tempatan dan Barat.

Seleksi cita rasa tempatan mempunyai tiga hidangan yang dipilih mengikut kegemaran masyarakat setempat.

Istimewanya, setiap menu yang direka khas oleh chef utama, Subramaniam Krishnan itu hanya terdapat di cawangan Malaysia.

Tiga hidangan utama cita rasa tempatan ialah ayam percik, kari asam jawa filet ikan kerakap dan rendang filet daging.

"Kami sengaja memilih dua konsep kerana setiap orang mempunyai selera yang berbeza. Hidangan Barat yang terdapat dalam pakej Ramadan ini sama seperti dalam senarai hidangan yang terdapat di Harrods Cafe," ujarnya ketika sesi previu bersama Kosmo! baru-baru ini.

Dengan hanya RM52++ untuk seorang, pengunjung bakal turut dihidangkan minuman signatur tempatan iaitu teh tarik. Namun uniknya, ia menggunakan teh terkenal Harrods, English Breakfast Tea.

Selain tiga hidangan utama, pengunjung akan dihidangkan sup pilihan harian, buah-buahan tempatan, kek, kuih-muih,

Dua konsep berbuka

Posted:

Dua konsep berbuka

Dua konsep berbuka


MAKANAN laut menjadi antara seleksi menarik di sini.


SUNWAY Resort Hotel & Spa yang terletak di Petaling Jaya, Selangor menghidangkan 300 juadah sempena iftar Ramadan. Bagi memberikan kelainan hidangan, terdapat lima menu baharu yang ditukar setiap hari.

Selain itu, hotel tersebut memberi pilihan sama ada hidangan tempatan atau antarabangsa menerusi dua restoran berbeza. Fuzion Cafe menghidangkan makanan antarabangsa manakala Atrium Cafe menawarkan juadah tempatan.

Pengunjung boleh memilih makanan di 20 'gerai' yang menghidangkan variasi makanan laut segar, panggang, berbakar dan banyak lagi.

Jika memilih ke Atrium Cafe, pengunjung pasti tertarik dengan juadah istimewa seperti nasi lemak kukus, nasi minyak, nasi beriani gam, lemang bakar, ketupat daun palas, gulai kawah, serunding ayam dan serunding daging kuah kacang.

Terdapat juga kuih-muih tradisional antaranya tapai ubi, tapai pulut, kuih wajik, apam kelapa, pulut inti kelapa, kuih baulu, kuih tiram dan dodol.

Berada di Fuzion Cafe, hadirin boleh mengisi perut dengan makanan Barat seperti daging kambing gril dengan jus rosemary serta kentang kukus dengan bawang dan herba.

Inginkan makanan ala Asia Barat, hidangan seperti kumpir dan istanbul pilavi pasti menarik selera pengunjung.

Robot lawan raksasa

Posted:

Robot lawan raksasa

Robot lawan raksasa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


JUTAAN nyawa melayang apabila raksasa Kaiju bertempur dengan Jaeger dalam Pacific Rim.


RAMAI yang ternanti-nantikan filem aksi sains fiksyen Pacific Rim yang dikatakan seakan-akan sama dengan filem francais Transformers. Persoalan itu bakal terjawab pada minggu ini dan Layar Perak mengklasifikasikan filem itu antara naskhah wajib tonton pada tahun ini.

Pacific Rim mengisahkan perjuangan hidup atau mati manusia menentang raksasa, Kaiju menggunakan senjata berbentuk robot dan dikawal menggunakan kuasa minda.

Selain itu, Jay Chou tampil dalam naskhah berbeza menerusi sebuah filem muzikal komedi, The Rooftop arahannya sendiri.

Mampukah penyanyi kelahiran Taiwan ini menyinar dalam bidang lakonan menerusi percubaan kali ini? Jangan lepaskan peluang menonton The Rooftop.

Filem Tales From the Dark Part 1 pula menampilkan tiga buah filem pendek yang diadaptasi daripada novel seram terkenal karya penulis Hong Kong, Lilian Lee.

Kisah pertama berjudul Stolen Goods diarahkan oleh Simon Yam manakala Lee Chi Ngai dan Fruit Chan masing-masing mengarahkan segmen A Word in the Palm dan Jing Zhe.

Suspens dan tertanya-tanya bagaimanakah kisah ini diterjemahkan ke dalam naskhah sebuah filem? Saksikan rangkuman kisah seram dalam Tales From the Dark Part 1.

Pacific Rim

Tarikh tayangan: 11 Julai 2013

Genre: Aksi, pengembaraan, sains fiksyen

Durasi: 1 jam 38 minit

Pengarah: Guillermo del Toro

Pelakon: Idris Elba, Charlie Hunnam, Rinko Kikuchi, Charlie Day, dan Ron Perlman

Sinopsis: Apabila raksasa dikenali sebagai Kaiju muncul dari laut, satu perang yang meragut jutaan nyawa manusia bermula. Senjata istimewa dicipta untuk bertarung dengan gergasi Kaiju iaitu robot gergasi yang dipanggil Jaeger. Jaeger dikawal bersama oleh dua orang pemandu yang mana mindanya dikunci dalam keadaan neutral. Namun Jaeger ternyata tidak memadai untuk menentang Kaiju. Dalam menghadapi kekalahan tersebut, pihak tentera tidak mempunyai pilihan lain kecuali bergantung kepada dua orang wira iaitu seorang bekas pemandu trak tentera dan seorang pelatih baharu. Mereka akan bekerjasama untuk memandu sebuah Jaeger lama dan merupakan harapan terakhir manusia dalam menghadapi malapetaka itu.

The Rooftop

Tarikh tayangan: 11 Julai 2013

Genre: Komedi, muzikal

Durasi: 1 jam 38 minit

Pengarah: Jay Chou

Pelakon: Jay Chou, Alan Kuo, Eric Tsang, dan Wang Xueqi

Sinopsis: Filem muzikal seni mempertahankan diri yang berlatarbelakangkan tahun 1970-an. Filem arahan kedua Jay Chou ini menampilkan kehidupan sebenar beliau yang periang dan nakal bersama teman baiknya, Alan Kuo yang bekerja dengan bapanya di sebuah teater.

Tales From the Dark Part 1

Tarikh tayangan: 11 Julai 2013

Genre: Seram

Durasi: 1 jam 38 minit

Pengarah: Fruit Chan, Gordon Chan, Lawrence Lau, Lee Chi-ngai, Simon Yam, dan Teddy Robin

Pelakon: Simon Yam, Kelly Chen, Maggie Shiu Mei Kei, Yuen Qiu, Josephine Koo, dan Tony Leung Ka-fai

Sinopsis: Pada suatu malam yang dingin, Chu didatangi pelanggan misteri, seorang gadis berusia 20-an yang tidak dikenali mengupahnya untuk menyihir empat penjahat. Yang menghairankan, setiap upacara yang dilakukan menyebabkan mangsa mati dalam keadaan ngeri. Apabila tiba giliran mangsa terakhir, kematian tersebut mendedahkan satu rahsia besar.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved