Isnin, 1 Julai 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Perkeso lancar operasi besar-besaran pada 1 September ini

Posted:

Perkeso lancar operasi besar-besaran pada 1 September ini

Perkeso lancar operasi besar-besaran pada 1 September ini

01/07/2013 8:57pm

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melancarkan kempen penguatkuasaan secara besar-besaran terhadap majikan yang gagal mendaftar dan mencarum bermula 1 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk K. Selvarajah berkata, kempen melalui Ops Kesan 2013 itu akan diadakan secara serentak di seluruh negara.

Sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan, beliau berkata kempen penerangan bagi memupuk kesedaran di kalangan majikan akan diadakan mulai sekarang hingga 31 Ogos ini.

"Ia juga bertujuan memastikan pekerja yang layak dilindungi di bawah Skims Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen liat didaftarkan oleh majikan," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Perlindungan Keselamatan Sosial Bersama dan melancarkan kempen penerangan Ops Kesan 2013 di Wisma Perkeso di sini hari ini.

Menurut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih dikehendaki mendaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada Perkeso. - Bernama

PDRM lancar Jabatan Penegahan dan Pembanterasan Jenayah

Posted:

PDRM lancar Jabatan Penegahan dan Pembanterasan Jenayah

PDRM lancar Jabatan Penegahan dan Pembanterasan Jenayah

01/07/2013 8:16pm

SUNGAI SIPUT - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan jabatan baharu iaitu Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) sebagai inisiatif terbaru mengurangkan jenayah.

Penubuhan jabatan itu telah diluluskan oleh kerajaan pada 16 Jun lepas manakala bekas Ketua Urusetia Jabatan NKRA Bukit Aman, Datuk Wira Ayub Yaakob dilantik mengetuai jabatan itu.

Mengumumkan demikian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini tiada jawatan baharu dibuka untuk jabatan itu namun hanya mengubah butir-butir jawatan sedia ada.

"Jabatan ini mmpunyai cawangan bukan sahaja di Bukit Aman tetapi di Kontinjen dan daerah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jabatan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput di sini.

Katanya penubuhan JPPJ tidak menjejas Jabatan Siasatan Jenayah (CID) kerana hanya sebahagian daripada petugasnya akan diletakkan di jabatan baharu itu.

"Objektif utama CID lebih fokus memastikan siasatan kes berkualiti dan ia menjurus kepada penyelesaian kes manakala jabatan baharu ini adalah untuk mencegah dan membanteras semua bentuk jenayah," katanya. - Bernama

Peminjam tidak bayar hutang PTPTN 'zalimi' individu lain

Posted:

Peminjam tidak bayar hutang PTPTN 'zalimi' individu lain

Peminjam tidak bayar hutang PTPTN 'zalimi' individu lain

01/07/2013 8:13pm

KUALA LUMPUR - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Negara (PTPTN) yang enggan membayar balik pinjaman mereka meskipun mampu berbuat demikian, berlaku zalim kepada individu lain yang memerlukannya.

Penceramah bebas, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, ramai peminjam PTPTN memandang mudah keperluan melangsaikan pinjaman masing-masing tanpa menyedari mereka sebenarnya menzalimi golongan tidak berkemampuan yang lebih memerlukan sumber kewangan itu.

"Kewajipan melunaskan hutang itu tidak terlepas bagi setiap individu baik yang beragama Islam atau agama lain.

"Bagi peminjam yang beragama Islam, besar dosanya jika mereka tidak menjelaskan hutang apatah lagi hutang pendidikan yang merupakan hak rakyat," katanya hari ini.

Mengikut laporan terkini, lebih 400,000 bekas peminjam PTPTN di negara ini belum melangsaikan hutang mereka berjumlah RM2.8 bilion.

Wan Akashah berkata, PTPTN perlu mengambil langkah awal sebelum meluluskan pinjaman kepada setiap individu, temasuk menetapkan syarat atau memberi penerangan yang jelas kepada peminjam.

Beliau turut mencadangkan agar peminjam yang liat membayar hutang PTPTN dipanggil menjalani kursus khas berkaitan kesan tidak membayar balik pinjaman dari sudut undang-undang dan hukum. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved