Isnin, 1 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Anggota pasukan keselamatan terima pingat

Posted:

Anggota pasukan keselamatan terima pingat

Anggota pasukan keselamatan terima pingat

MUSA (kiri) menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada anggota pasukan keselamatan pada Majlis Perbarisan Penghargaan Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Ops Daulat pada Majlis Perbarisan Penghargaan Ops Daulat di Padang Awam Felda Sahabat 16 di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Operasi Daulat yang dilancarkan pada 5 Mac lalu bagi memerangi kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada majlis itu juga tugas operasi Ops Daulat berkenaan diserahkan kepada Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek.

Majlis penyerah itu dilakukan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain.

Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

'Pahlawan' tema temasya sukan tahunan SKPP16 (1)

Posted:

'Pahlawan' tema temasya sukan tahunan SKPP16 (1)

'Pahlawan' tema temasya sukan tahunan SKPP16 (1)


SEBAHAGIAN daripada peserta rumah sukan Emerald bersiap sedia untuk memulakan perbarisan lintas hormat pada Kejohanan Sukan Tahunan SKPP16 (1) kali ke-11 di Putrajaya baru-baru ini.


MENARIK. Rumah sukan Topaze muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) (SKPP16(1) kali ke-11 yang diadakan di padang Kompleks Sekolah Presint 16, Putrajaya baru-baru ini.

Kejayaan mengungguli beberapa acara olahraga yang dipertandingkan termasuk anugerah Khemah Terbaik telah membolehkan Topaze mengenepikan tiga pencabarnya iaitu rumah sukan Emerald, Ruby dan Saphire untuk meraih kemenangan tersebut.

Rumah sukan Emerald turut cemerlang dengan menggondol anugerah Perbarisan Rumah Terbaik pada kejohanan kali ini.

Sementara itu, Marwanis Nazri dan Alia Nur Ain Mohd. Bahari, masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati SKPP16(1) 2013.

Pelbagai acara menarik turut diadakan sempena kejohanan sukan kali ini antaranya yang melibatkan penyertaan ibu bapa dan kanak-kanak bawah empat tahun.

Kejohanan yang bertemakan 'Pahlawan' itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKPP16(1), Wan Abdul Halim Abdul Majid.

Konvoi Jelajah Tapak Warisan Dunia George Town meriah

Posted:

Konvoi Jelajah Tapak Warisan Dunia George Town meriah

Konvoi Jelajah Tapak Warisan Dunia George Town meriah


SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai acara Konvoi Jelajah Tapak Warisan Dunia George Town sempena Fiesta Basikal Klasik 2013 di George Town baru-baru ini.


KAYUH. Seramai 200 peserta menyertai acara Konvoi Jelajah Tapak Warisan Dunia George Town sempena Fiesta Basikal Klasik 2013 di George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Acara fiesta itu dianjurkan oleh Pertubuhan Komuniti India Muslim Malaysia (IMCOM) dan kariah Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.

Presiden IMCOM, Mohd. Rizwan Abdul Ghafoor Khan berkata, selain sebagai acara rekreasi, program yang pertama kali diadakan itu juga bertujuan merapatkan hubungan masyarakat pelbagai kaum yang kini sibuk dengan kehidupan harian.

Menurutnya, acara itu melibatkan para penggiat dan pengumpul basikal klasik dari seluruh negara, selain beberapa persatuan penggiat basikal klasik dari Melaka, Perak, Kedah, Selangor serta peserta dari Pulau Pinang.

"Acara itu bermula dan berakhir di hadapan Masjid Kapitan Keling dan melalui sekitar kawasan tapak warisan George Town," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved