Rabu, 24 Julai 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penjawat awam terima bantuan raya RM500

Posted:

Penjawat awam terima bantuan raya RM500

Penjawat awam terima bantuan raya RM500

NAJIB


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam manakala sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan sebagai persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Ogos ini.

Menurut beliau, penjawat awam yang layak menerima bantuan tersebut membabitkan kakitangan Gred 1 hingga Gred 54, manakala semua pesara kerajaan berjumlah 660,000 layak menerima bantuan tersebut.

Najib memberitahu, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

"Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM670 juta dan RM165 juta," kata Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain bantuan khas itu, Najib memberitahu, penjawat awam juga bakal menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1 KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (hari ini).

"Kenaikan gaji tahunan dan pemberian faedah pemindahan gaji itu adalah sebagaimana yang diumumkan oleh saya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," kata Perdana Menteri.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Umi Kalthum meninggal dalam tidur

Posted:

Umi Kalthum meninggal dalam tidur

Umi Kalthum meninggal dalam tidur

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

NOORKUMALASARI menyiram air mawar di pusara ibunya, Allahyarham Umi Kalthum (gambar kecil) yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang semalam.


KUALA LUMPUR – Seniwati veteran popular tahun 1950-an, Datin Umi Kalthum, 81, ditemui meninggal dunia ketika dikejutkan untuk bangun bersahur di rumahnya di Taman Malawati di sini semalam.

Seorang anak Umi Kalthum, penyanyi Noorkumalasari, 57, berkata, arwah ibunya ditemui sudah tidak bernafas oleh kakaknya, Noraini Jaafar pada pukul 4 pagi.

"Setelah kakak menyiapkan hidangan untuk bersahur, dia terus mengejutkan ibu di bilik tidur namun kakak terkejut mendapati ibu sudah meninggal dunia.

"Kakak terus menghubungi saya dan saya amat sedih dengan pemergian ibu," kata Noorkumalasari ketika ditemui di sini semalam.

Noorkumalasari memberitahu, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah ibunya dua hari lalu ketika menghantar sambal ikan bilis untuk hidangan berbuka puasa.

Mengimbas pertemuan tersebut, pelakon itu berkata, ibunya kelihatan sihat dan langsung tidak menunjukkan perubahan.

"Walaupun usia arwah 81 tahun tetapi dia tiada penyakit kronik dan pemergian ibu dipercayai akibat sakit tua," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tertembak kemaluan di dalam hutan

Posted:

Tertembak kemaluan di dalam hutan

Tertembak kemaluan di dalam hutan

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

SIMUNJAN – Seorang lelaki ternyata mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia ditemui masih bernyawa walaupun kemaluan, perut dan tangan kirinya cedera parah selepas terkena tembakan daripada selaras senapang patah ketika keluar berburu rusa di dalam hutan Kampung Kepayang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika Narawi Uji, 40-an, pergi memburu rusa bersendirian di dalam hutan tersebut sejak Isnin lalu sebelum dia dikatakan tergelincir lalu terjatuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, ekoran itu, senapang yang disandang mangsa terlepas dan terhentak ke tanah sebelum ia melepaskan satu das tembakan.

"Tembakan itu mengenai kelengkang mangsa hingga mengakibatkan saluran kencingnya hancur manakala perut dan tangan kirinya cedera.

"Mangsa kemudian sempat menghubungi rakannya menggunakan telefon bimbit yang dibawanya. Rakannya tiba sejam kemudian sebelum bergegas membawa mangsa ke Hospital Simunjan yang terletak kira-kira 40 kilometer dari hutan tersebut," katanya ketika dihubungi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved