Rabu, 24 Julai 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Angka kematian gempa bumi China meningkat 89 orang

Posted:

Angka kematian gempa bumi China meningkat 89 orang

Angka kematian gempa bumi China meningkat 89 orang

GAMBAR yang disiarkan agensi berita Xinhua ini menunjukkan anggota tentera melancarkan misi menyelamatkan mangsa di wilayah Gansu yang dilanda gempa bumi kelmarin.


DINGXI - Anggota-anggota penyelamat dilengkapi penyodok dan dibantu anjing pengesan memeriksa runtuhan kediaman untuk mencari mangsa yang masih hidup semalam selepas gempa bumi kuat menggegarkan barat daya China.

Pemerintah menghantar sekitar 6,000 petugas dan dua buah helikopter untuk membantu usaha menyelamat.

Gempa berukuran 6.6 pada skala Richter itu menyebabkan sekurang-kurangnya 89 orang terkorban dengan lima lagi masih hilang dan 628 yang lain pula cedera.

Bencana itu melanda pada pukul 7.45 pagi (waktu tempatan) dan berpusat 151 kilometer ke barat bandar ini, dalam wilayah pertanian Gansu.

Sekitar 123,000 orang terjejas akibat gempa tersebut dengan 31,600 penduduk telah berpindah ke beberapa penempatan sementara.

Pihak berkuasa China melaporkan, hampir 2,000 kediaman musnah dan 22,500 lagi rosak.

Gegaran itu menyebabkan sejumlah dinding kediaman, pokok dan tiang telefon tumbang.

"Selepas gegaran paling kuat berakhir, kami bimbang berlaku gempa susulan. Justeru, kami mengemaskan barangan kami dan berlindung di kawasan lapang," kata seorang pelajar jurusan seni berusia 21 tahun, Li Jingui.

Gempa bumi itu disusuli gempa susulan bermagnitud 5.6.

Kemusnahan paling teruk berlaku di daerah Min, dalam wilayah Dingxi yang terletak sekitar 1,200 kilometer ke barat ibu negara China, Beijing. - AP

Kad ucapan terbesar di dunia oleh Google

Posted:

Kad ucapan terbesar di dunia oleh Google

Kad ucapan terbesar di dunia oleh Google

Kad ucapan itu memaparkan tarikh dan masa bayi diraja itu dilahirkan.


LONDON - Hanya beberapa jam selepas pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton melahirkan anak pertama mereka, gergasi enjin carian internet Google melancarkan kempen untuk menghasilkan sekeping kad ucapan terbesar dunia.

Kad ucapan gergasi itu akan dicetak dan diserahkan kepada Kate dan William.

Bagi tujuan tersebut, Google menjemput penguna-pengguna internet untuk mengirim gambar, profil serta ucapan mereka dalam kad maya tersebut.

Kad ucapan yang siap dicetak akan diserahkan kepada firma untuk dipersembahkan kepada Arkib Diraja untuk simpanan.

Penyertaan kad ucapan gergasi itu akan berakhir pada 6 Ogos depan. - Agensi

Kate lahirkan pewaris lelaki

Posted:

Kate lahirkan pewaris lelaki

Kate lahirkan pewaris lelaki


ORANG RAMAI berhimpun di luar Istana Buckingham di London untuk mendengar pengumuman kelahiran bayi Putera William dan isterinya, Kate Middleton kelmarin.


LONDON - Isteri Putera William, Kate Middleton selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital St. Mary, Paddington di barat London kelmarin.

Anak sulung pasangan diraja itu juga bakal menjadi pewaris ketiga takhta kerajaan Britain selepas Putera Charles serta William.

William berada di samping Kate semasa dia melahirkan anak mereka pada pukul 4.24 petang waktu tempatan. Bayi tersebut seberat 3.8 kilogram ketika dilahirkan.

Satu kenyataan pejabat William, Clarence House menyebut, keluarga diraja Britain telah dimaklumkan mengenai kelahiran itu dan mereka gembira dengan berita tersebut.

"Kate dan anaknya sihat. Mereka berdua akan berada di hospital semalaman," menurut kenyataan berkenaan.

Nama bayi itu akan diumumkan dalam masa terdekat. Namun, sejumlah penerima taruhan menjangkakan nama George digunakan, diikuti nama James.

"Saya dan isteri amat gembira dengan kelahiran cucu pertama saya. Kami begitu teruja atas kelahiran anak lelaki William dan Kate," kata Charles dalam satu kenyataan.

Charles turut menyatakan bahawa beliau sangat berbangga dan gembira menjadi seorang datuk buat kali pertama.

Catatan mengenai pengumuman kelahiran bayi itu kemudian dipamerkan di papan buletin kecil di hadapan Istana Buckingham yang menjadi tradisi diraja Britain.

William dan Kate yang memakai gelaran Duke dan Duchess of Cambridge tiba di hospital sejurus sebelum pukul 6 pagi waktu tempatan.

Pasangan yang kedua-duanya berusia 31 tahun bertemu ketika menuntut di Universiti St. Andrews dan melangsungkan perkahwinan pada April 2011. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved