Rabu, 19 Jun 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tun Abdullah seru masyarakat minoriti Islam Myanmar utamakan pendidikan

Posted:

Tun Abdullah seru masyarakat minoriti Islam Myanmar utamakan pendidikan

Tun Abdullah seru masyarakat minoriti Islam Myanmar utamakan pendidikan

19/06/2013 10:04pm

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menggesa masyarakat minoriti Islam di negara anggota ASEAN, termasuk Myanmar, memberi keutamaan terhadap pendidikan.

Katanya, masyarakat Islam perlu memperkasakan diri melalui pendidikan dan mengejar ilmu yang relevan dengan keperluan mereka pada abad ke-21.

Abdullah berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa mengenai 'Nasib Umat Islam di Myanmar pada abad ke-21: Inisiatif Ke Arah Penyelesaian dan Melangkah Ke Hadapan', di Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan (IAIS) di sini hari ini.

Selain pendidikan, katanya pembangunan belia dan ekonomi umat Islam juga merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian untuk membolehkan masyarakat minoriti Islam menikmati masa depan yang lebih cerah.

Abdullah, yang juga penaung IAIS Malaysia, bagaimanapun menegaskan bahawa dalam usaha ke arah itu, mereka tidak sepatutnya melakukan keganasan, tetapi mengamalkan pendekatan secara aman dan berganding bahu dengan masyarakat bukan Islam.

Beliau juga berkata, masyarakat Islam yang lebih maju perlu membantu saudara seagama mereka yang kurang bernasib baik untuk mencapai kejayaaan dan melindungi hak mereka dalam masyarakat. - Bernama

Kerajaan serah sebuah lagi KR1M kepada Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia

Posted:

Kerajaan serah sebuah lagi KR1M kepada Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia

Kerajaan serah sebuah lagi KR1M kepada Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia

19/06/2013 10:00pm

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini menyerahkan sebuah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kepada Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia (KPA1M) di sini.

"Penyerahan KR1M di Presint 16 itu adalah yang kedua selepas KR1M Bandar Tun Razak di Cheras," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malik kepada pemberita selepas majlis perasmian dan penyerahan KR1M berkenaan.

"Setakat ini kedai tersebut dapat menghasilkan pendapatan sekurang-kurangya RM10,000 hingga RM12,000 sehari," katanya.

Hasan berkata, selepas ini akan diwujudkan tiga buah lagi KR1M yang diuruskan oleh KPA1M, bagaimanapun lokasinya masih belum dikenal pasti.

Pada sambutan Hari Pekerja 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lima buah KR1M akan diserahkan kepada koperasi untuk diuruskan.

KPA1M ditubuhkan Februari tahun lalu oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, keuntungan perniagaan berkenaan dapat membantu koperasi mewujudkan skim pinjaman mudah kepada penjawat awam. - Bernama

Jerebu meruncing di Singapura dengan bacaan IPU mencecah 170

Posted:

Jerebu meruncing di Singapura dengan bacaan IPU mencecah 170

Jerebu meruncing di Singapura dengan bacaan IPU mencecah 170

19/06/2013 9:56pm

SINGAPURA - Keadaan berjerebu meruncing di Singapura dengan Indeks Pencemaran UDara (IPU) mencecah paras tidak sihat pada 170 pada 2 petang tadi.

Dalam pos di Facebooknya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata: "Kami sedang memantau keadaan dari dekat dan akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Indonesia.

"Kita semua terjejas oleh jerebu. Petani dan pemilik ladang di Sumatera sedang membakar tanaman mereka untuk membersihkan tanah semasa musim kering, dan malangnya angin meniup asap menghala ke Singapura.

"Menteri Vivian (Menteri bagi Alam Sekitar dan Sumber Air, Dr. Vivian Balakrishnan) dan Menteri Shanmugam (Menteri Luar dan Undang-undang K. Shanmugam) telah menghubungi rakan sejawatan mereka di Indonesia bagi menyatakan perhatian berat kita dan menawarkan bantuan untuk memadamkan kebakaran," kata Lee.

Sementara itu, Hsien Loong menasihatkan rakyat Singapura supaya duduk di rumah sedapat mungkin, terutama kanak-kanak, warga tua dan mereka yang mudah mendapat gangguan pernafasan.

Jerebu asap dari kebakaran di Sumatera dibawa oleh angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, dan telah menjejas Singapura sejak 13 Jun lalu. Keadaan berjerebu ini dijangka berterusan selama beberapa hari lagi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved