Rabu, 19 Jun 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nyonya & The Gang uji kredibiliti

Posted:

Nyonya & The Gang uji kredibiliti

Nyonya & The Gang uji kredibiliti

JUJUR diri seorang Nyonya terletak pada lenggok badan, tutur, perilaku dan gaya bahasanya.

Nyonya merupakan seorang wanita Indonesia kaya yang tumpas dalam kesunyian dan provokasi menuntut harta oleh tiga keponakan (cucu saudara) suaminya yang terlantar sakit.

Itu gambaran kasar kisah yang dipaparkan menerusi teater Nyonya & The Gang yang kini dipentaskan di Istana Budaya dari 14 Jun lalu hingga 20 Jun ini.

Naskhah yang cukup unik, sarat elemen humor dan emosi namun tersirat metafora dan personifikasi yang sangat mendalam mengenai kehidupan.

Pentas Istana Budaya dibuka untuk sajian jiwa. Nusantara menerusi dua persembahan teater dalam satu iaitu The Gang yang mempromosi gaya hidup sihat dan naskhah agung, Nyonya.

Watak Nyonya sangat hidup di pentas Istana Budaya. Jiwa yang sarat cinta dan kesetiaan kepada suaminya direalisasikan penuh cemerlang dalam lenggok badan dan bahasa Indonesia oleh pelakon muda, Mardiana Alwi.

Jiwa Nyonya

Tafsiran Nyonya bagi pelakon yang pernah beraksi di pentas teater Sri Mersing dan Bukan Dejavu sebelum ini, adalah perlambangan seorang wanita yang kesepian.

"Nyonya bagi saya seorang wanita Indonesia yang sangat kesunyian dan kesepian kerana suaminya menderita sakit kanser lidah.

"Dia seorang wanita muda yang berkahwin dengan lelaki berada, sangat jujur dan kasihan apabila diasak dengan perebutan harta oleh tiga keponakannya. Tetapi apabila bersendirian, dia ada dunianya sendiri," kongsi Mardiana.

Sukar untuk Mardiana, 25, memahami makna di sebalik watak Nyonya tulisan asal Wisran Hadi itu.

Namun, Mardiana serta lima pelakon watak penting Nyonya iaitu Misha Omar, Fara Fauzana, Amy Mastura, Taiyuddin Bakar dan Kiah Propa menghadapi cabaran terbesar mereka iaitu untuk menguasai bahasa Indonesia.

"Pada mulanya naskhah ini sendiri sangat berat tetapi bernilai, sangat kaya dengan metafora, simbol, personifikasi dan mesej-mesejnya.

"Jadi, tanggungjawab saya sebagai pelaku watak utama harus betul-betul memahami setiap patah perkataan supaya difahami oleh penonton dan dapat diterima secara profesional.



"Setelah diteliti dialog keseluruhannya, 70 peratus sebenarnya melibatkan pertuturan antara Nyonya dan Tuan.

"Selepas dapat menghafalnya, permainan antara dua watak itu dititikberatkan supaya kami sebagai pelakon tidak berasa bosan di atas pentas dan begitu juga penonton," jelas pelakon kelahiran Johor itu.

Lenggok bahasa Indonesia

Ketika ditemu bual, Mardiana masih sarat dengan loghat bahasa Indonesia. Kaget tetapi pada masa sama, kagum dengan usaha pelakon itu untuk menghayati dan menterjemahkan karakter seorang Nyonya.

Usaha itu tidak mudah, kata Mardiana, selama dua bulan hampir setiap hari dia 'dibajai' dengan sinetron Indonesia sebelum memulakan sesi latihan.

"Kadang-kadang sekarang apabila bercakap orang ingat saya orang Sabah. Mungkin pertama kali mendapat karakter wanita Indonesia sampai terbawa-bawa ke luar pentas.

"Beberapa kali saya baca skrip teater ini dan kalau ada perkataan yang tidak difahami saya merujuk pengarah. Setiap dialog mempunyai maksud yang bukan di permukaan sahaja, saya perlu mencari maknanya selapis demi selapis.

"Selain itu, setiap petang sepanjang dua bulan ini saya akan menonton siaran rancangan dari Indonesia supaya telinga biasa mendengar.

"Sampai hari ini saya masih mencari perwatakan sebenar Nyonya. Saya bersyukur pelakon yang bergandingan dengan saya boleh bertindak profesional di atas pentas," ujarnya.

Pintu rezeki

Mengakui dirinya bukan penari, namun dilatih untuk membawakan postur badan mengikut kesesuaian watak sejak menimba ilmu di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebelum ini, Mardiana mengharapkan teater itu sebagai pembuka langkah dalam industri hiburan.

"Setiap manusia, selagi tidak mencuba tidak tahu sejauh manakah kemampuan diri. Saya mengambil peluang ini untuk mencabar lakonan sendiri dan menganggap ini rezeki Allah.

MARDIANA banyak membuat kajian tentang watak Nyonya.


"Teater ini merupakan platform untuk saya bertapak dalam dunia seni dengan lebih baik dan memang saya bersungguh-sungguh mengulang kaji karakter Nyonya sejak hari pertama ditawarkan berlakon dalam naskhah ini," kata Mardiana.

Teater Nyonya mengisahkan seorang wanita kaya yang berperang dengan Tuan (Taiyuddin Bakar) iaitu seorang pedagang barangan antik yang mempunyai pelbagai muslihat.

Bermula dengan membeli satu meter persegi tanah di pekarangan rumah Nyonya, sedikit demi sedikit Tuan berjaya membeli marmar, set ruang tamu, set meja makan dan tempat tidur Nyonya.

Dalam masa sama, Nyonya didatangi tiga keponakan suaminya iaitu Keponakan Anggun (Amy Mastura), Keponakan Cantik (Misha Omar) dan Keponakan Beautiful (Fara Fauzana). Mereka mahu menuntut harta pusaka milik suami Nyonya.

Ternyata, Nyonya merupakan sebuah karya sastera yang kaya dengan metafora, simbol dan personifikasi yang mampu membuatkan khalayak berfikir secara profesional.

The Gang pula merupakan teater muzikal yang memaparkan sekumpulan karyawan seni mempromosikan gaya hidup sihat melalui kegiatan seni.

Tingkap RM25 juta Adele

Posted:

Tingkap RM25 juta Adele

Tingkap RM25 juta Adele

ADELE


ADELE amat mengambil berat soal keselamatan kediamannya. Ini kerana dia tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengan pemain bola sepak David Beckham.

Dilaporkan penyanyi berusia 25 tahun itu telah melakukan penambahan tahap sistem keselamatan kerana mahu melindungi dirinya, pasangannya Simon Konecki dan anak sulungnya yang berusia lapan bulan, Angelo.

Sumber terdekat memberitahu Contactmusic: "Dia (Adele) berpindah ke kawasan tersebut beberapa bulan yang lalu dan telah melakukan kerja-kerja baik pulih keseluruhan rumah yang mempunyai empat bilik itu termasuk menambah tingkap kalis peluru yang bernilai RM25 juta."

Selain mengambil kira soal keselamatan rumahnya, Adele juga dilaporkan membeli barangan rumah di kedai barangan terpakai apabila dia mula menghias rumah baharunya itu.

"Adele sama seperti wanita yang lain. Dia suka tawar-menawar ketika membeli-belah. Walaupun mampu membeli barangan di gedung beli-belah mewah, dia lebih suka membeli barangan di kawasan berdekatan rumahnya.

"Dia langsung tidak kelihatan bosan ketika membeli-belah barangan rumah. Malah, dia menghabiskan banyak masa memilih barangan sebelum membuat keputusan untuk membelinya," kata sumber tersebut.

Syamsul, Ammar memang bersemuka

Posted:

Syamsul, Ammar memang bersemuka

Syamsul, Ammar memang bersemuka

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

SYAMSUL mengakui dia ada membuat pertemuan dengan Ammar baru-baru ini.


DI SEBALIK statusnya sebagai seorang pengarah muda yang pernah mencatat sejarah tersendiri dalam industri hiburan, Syamsul Yusof turut terpalit dengan beberapa kisah kontroversi yang mampu mencalarkan reputasinya.

Kisah mengenai persengketaan antara anak bujang Datuk Yusuf Haslam itu dengan pelakon Ammar Alfian pernah menjadi buat mulut ramai.

Ia tercetus gara-gara Syamsul didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasih Ammar, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menariknya, kedua-dua Syamsul dan Ammar dikatakan telah bersemuka untuk menyelesaikan masalah yang timbul, meskipun hampir mencetuskan pergaduhan kecil. Apakah kisah di sebaliknya?

Syamsul yang ditemui pada majlis Anugerah Blokbuster 2 yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor baru-baru ini meluahkan bahawa dia berasa agak kecewa, tetapi tidak mahu lagi memikirkan segala yang berlaku.

Menurut pengarah yang baru sahaja memenangi Anugerah Tuan Direktor Terhebat itu, dia lebih selesa sekiranya isu peribadi tidak lagi dibangkitkan dan mahu terus fokus dengan kerjanya sekarang ini.

Kosmo!: Bolehkah Syamsul ulas tentang pertemuan dengan Ammar baru-baru ini?

SYAMSUL: Sebenarnya saya mahu selesaikan permasalahan yang timbul antara kami berdua secara baik. Kalau boleh, saya tidak mahu lagi isu ini terus berpanjangan dan itu yang membuatkan saya mahu bersemuka dengannya. Dalam pertemuan itu, kami sepakat untuk berdamai memandangkan ia merupakan langkah yang terbaik, cuma saya agak kesal berhubung pendedahan mengenai pertemuan tersebut.

Apakah pengajaran terhadap segala kontroversi yang berlaku?

Saya telah membuat keputusan untuk mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati. Terutamanya apabila memberi sebarang kenyataan yang melibatkan perkara-perkara yang agak peribadi.

Bagaimanakah pula hubungan Syamsul dengan keluarga apabila kontroversi ini diperkatakan ramai?

Apa yang berlaku langsung tidak menjejaskan hubungan saya dengan keluarga, terutamanya ibu dan ayah saya. Lagipun, mereka lebih tahu cerita sebenar tentang semua situasi yang melanda diri saya. Mereka banyak memberi nasihat supaya saya bersabar.

Adakah Syamsul tidak kisah untuk memberi peluang lakonan kepada Ammar atau berlakon bersama-sama dengannya pada masa akan datang?

Kalau perkara yang melibatkan kerja sudah semestinya saya perlu mengamalkan sikap profesional. Jadi, saya langsung tidak pernah terfikir untuk menyenarai hitamkan mana-mana pelakon. Sebagai contohnya, Ammar juga terlibat dalam pembikinan filem KL Gangster 2 dan saya akan memintanya untuk hadir pada majlis tayangan previu filem ini kelak selain terlibat dalam rangka promosi.

Berkenaan dengan filem KL Gangster 2 pula, bilakah ia akan ditayangkan di pawagam?

Kalau mengikut jadual filem terbaharu arahan saya ini bakal menjengah pawagam pada bulan Oktober ini. Semua proses telah siap dilakukan dan telah dihantar kepada pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF). Secara keseluruhannya saya tetap berpuas hati dengan filem itu, meskipun LPF ada membuat sedikit pemotongan. Saya berharap KL Gangster 2 akan mendapat sambutan hangat seperti filem yang pertama dahulu.

Apakah projek terbaharu Syamsul selepas filem KL Gangster 2?

Saya akan menghasilkan filem genre seram yang kedua selepas Khurafat yang pernah mencatat kutipan yang agak memberangsangkan. Judul filem berkenaan sudah ada, tetapi saya mahu merahsiakannya dahulu dan penggambaran akan bermula pada Oktober atau November ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved