Selasa, 18 Jun 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Malaysia tentang keras hasrat Israel bahagikan Masjid al-Aqsa

Posted:

Malaysia tentang keras hasrat Israel bahagikan Masjid al-Aqsa

Malaysia tentang keras hasrat Israel bahagikan Masjid al-Aqsa

18/06/2013 8:21pm

BEIJING - Malaysia menentang keras hasrat Israel untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci bagi umat Islam dan penganut Kristian.

"Langkah ini merupakan satu lagi perbuatan mencabul undang-undang

antarabangsa dan akan memburukkan lagi keadaan di wilayah Palestin yang diduduki rejim Yahudi itu.

"Israel juga perlu menghentikan semua kegiatan penempatan haram dan meroboh struktur binaan rakyat Palestin serta mematuhi gesaan masyarakat antarabangsa supaya menarik balik sekatan haram yang dikenakannya terhadap Gaza," kata Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin pada mesyuarat antarabangsa dua hari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyokong perdamaian Israel-Palestin yang bermula hari ini.

Mesyuarat itu bertemakan 'Menghidupkan kembali penglibatan bersama

antarabangsa ke arah mencapai penyelesaian dua negara dalam sengketa

Israel-Palestin'.

Iskandar berkata, Israel perlu sedar bahawa masa depannya bergantung pada penubuhan Negara Palestin melalui penyelesaian secara dua peringkat, yang berpandukan sempadan yang wujud sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin. - Bernama

Mahkamah tolak saman Sani United terhadap Utusan, Kosmo

Posted:

Mahkamah tolak saman Sani United terhadap Utusan, Kosmo

Mahkamah tolak saman Sani United terhadap Utusan, Kosmo

18/06/2013 8:10pm

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah yang difail syarikat bas ekspres Sani United Sdn. Bhd. terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. dan editor akhbar Kosmo!.

Hakim Lee Heng Cheong menolak permohonan itu dengan kos sebanyak RM25,000.

Syarikat itu memfailkan saman itu pada 21 Mei tahun lepas mendakwa Kosmo! menerbitkan artikel palsu berhubung pembatalan permit sebuah bas ekspres milik Sani United.

Penyataan tuntutannya mendakwa artikel bertarikh 6 Jan 2010 itu diterbitkan susulan keputusan mesyuarat Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan yang membatalkan permit bas itu selepas berlaku kemalangan pada 26 Disember 2009.

Sepanjang perbicaraan kes itu, empat saksi termasuk Pengarah Urusan Sani United, Datuk Wan Mohammad Sani Salleh memberi keterangan. — Bernama

Diraba pengarah drama, pelakon baharu buat laporan polis

Posted:

Diraba pengarah drama, pelakon baharu buat laporan polis

Diraba pengarah drama, pelakon baharu buat laporan polis

18/06/2013 7:52pm

KUALA LUMPUR - Pelakon baharu, Ffarrah Ismail nekad membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dicabul beberapa kali oleh seorang pengarah drama yang berusia dalam lingkungan 60 tahun.

Ffarrah, 22, yang membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, pada pukul 8.30 malam semalam berkata, tindakan itu terpaksa diambil ekoran bimbang keselamatan dirinya selepas menerima ugutan daripada pengarah terbabit supaya tidak menyebarkan perlakuannya kepada mana-mana pihak.

"Saya berlakon dalam drama arahannya sekitar Januari dan Februari lalu. Kali pertama dia telah meraba buah dada dan mencium saya tanpa kerelaan ketika dalam perjalanan menghantar saya pulang ke Damansara, selepas perjumpaan tentang penggambaran drama.

"Kemudian, dia mengugut saya dengan mengatakan masa depan saya akan gelap sekiranya saya memberitahu orang lain tentang perkara itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - KOSMO!

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved