Kosmo Online - Negara |
- Hempap pekerja sampai mati
- Suami tetap berharap dapat lihat jasad isteri tersayang
- Jangan rosakkan kepercayaan SPR
Posted: Hempap pekerja sampai matiOleh NORHAYATI YAHAYA
PELABUHAN KLANG – Seorang lelaki warga Myanmar yang mahu memunggah barang menggunakan foklif maut akibat dihempap kontena kosong seberat 10 tan yang diangkut sebuah kren dalam kejadian di kawasan perindustrian Pelabuhan Barat di sini, awal pagi semalam. Tragedi tersebut berlaku ketika mangsa yang berusia 31 tahun itu mahu melakukan kerjanya di sebuah stor penyimpanan kontena bersama pemandu kren berkenaan yang merupakan warga Bangladesh pada kira-kira pukul 4.20 pagi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II, Ahmad Zaidi Safuan berkata, siasatan awal mendapati, kontena tersebut terjatuh dan menghempap mangsa setelah pemandu kren tersebut menekan brek secara tiba-tiba. "Tindakan brek secara mengejut itu menyebabkan kedudukan kontena tersebut tidak stabil lalu jatuh menghempap foklif dipandu mangsa yang secara kebetulan berada di depannya. "Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan lain manakala pemandu kren terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Suami tetap berharap dapat lihat jasad isteri tersayang Posted: Suami tetap berharap dapat lihat jasad isteri tersayangOleh FIRDAUS HASSAN ![]() JOHN SOON (kanan) bersama ahli keluarga menunggu pasukan keselamatan melakukan operasi mencari dan menyelamat di Sungai Rajang,Belaga semalam. BELAGA – Kehidupan seorang lelaki tidak akan tenang selagi jasad isterinya, Roslin Jati yang masih tidak ditemui selepas hilang dalam nahas bot ekspres karam di Giam Bungan, Sungai Rajang dekat sini Selasa lalu. Bagi tujuan tersebut, John Soon Hock Chiong, 39, sanggup melalui perjalanan sejauh 45 kilometer yang mengambil masa selama tiga jam menaiki sebuah perahu ke lokasi nahas. Setiap hari dia mengemudi perahu kecil dari rumah panjang yang terletak di Nanga Metah seawal pukul 6 pagi untuk ke lokasi kejadian bagi mengetahui untung nasib isterinya, Roslin, 34. Dia terpaksa berbelanja sebanyak RM168 sehari bagi membeli tiga tong minyak enjin perahunya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Jangan rosakkan kepercayaan SPR Posted: Jangan rosakkan kepercayaan SPR![]() NAJIB menyampaikan ucapan di hadapan Tuanku Abdul Halim pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Seri Paduka di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menambah baik perjalanan pilihan raya di negara ini walaupun Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) telah berlangsung dengan baik dan lancar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri menegaskan, janganlah kerana kepentingan diri dan kelompok tertentu, ada pihak cuba merosakkan kebolehpercayaan institusi itu dengan melem Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan