Isnin, 17 Jun 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Ambil lesen memandu kelas B beramai-ramai

Posted:

Ambil lesen memandu kelas B beramai-ramai

Ambil lesen memandu kelas B beramai-ramai

ZAINI (barisan depan, lima dari kanan) bersama sebahagian ahli KKBUM yang lulus ujian lesen memandu kelas B di Institut Memandu Surfine Hitech di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.


LULUS. Kira-kira 20 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad berjaya memperoleh lesen memandu kelas B yang diambil secara berkelompok di Institut Memandu Surfine Hitech Sdn. Bhd. (Surfine Hitech) di Batu 12, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program anjuran Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan dan Surfine Hitech itu merupakan sebahagian daripada persediaan awal KKBUM yang bakal menjayakan Kembara Queen Street (KQS) ke Singapura sempena ulang tahun Utusan Melayu yang ke-75 selama tiga hari bermula 6 Julai depan.

Ia disempurnakan Ketua Bahagian Pelesenan dan Pengujian Pemandu JPJ Wilayah Persekutuan, Arbaaton Abd. Rahman.

Turut hadir ialah Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan yang juga penasihat KQS; Pengarah Urusan Surfine Hitech, Datuk Hanafi Mat Zin dan Ketua Unit Pengujian JPJ Wilayah Persekutuan, Mohamed Nazreaq Mohamed Ghazali.

Pupuk kesedaran bina keluarga sejahtera

Posted:

Pupuk kesedaran bina keluarga sejahtera

Pupuk kesedaran bina keluarga sejahtera


HARLINA (berdiri, dua dari kiri) beramah mesra dengan para peserta Seminar Kerjaya dan Kesejahteraan Keluarga di UM, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SEMINAR. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) telah menganjurkan Seminar Kerjaya dan Kesejahteraan Keluarga bertempat di Auditorium Mercu Alam Bina, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Objektif seminar itu adalah untuk membincangkan masalah pasangan yang mempunyai kerjaya serta mencari penyelesaiannya selain menanam kesedaran terhadap kepentingan membentuk keluarga sejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial Ikram Pusat, Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Kerjaya dan Kesejahteraan Keluarga.

Ahli panel kedua iaitu Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Maszlee Malik pula menyampaikan pembentangan yang bertajuk Kerjaya dan Syariah.

Kem UPSR bantu murid Jeli capai kejayaan akademik

Posted:

Kem UPSR bantu murid Jeli capai kejayaan akademik

Kem UPSR bantu murid Jeli capai kejayaan akademik


ABD. AZIZ (kanan) berbual dengan sebahagian murid tahun enam yang mengikuti program akademik Kem UPSR-Journey Towards Success di Taman Santuari, Tasik Pergau, Jeli, Kelantan baru-baru ini.


TIMBA ILMU. Sebanyak 200 murid tahun enam dari tujuh buah sekolah rendah di daerah Jeli, Kelantan mengikuti program akademik Kem Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)-Journey Towards Success yang diadakan di Taman Santuari, Tasik Pergau, Kelantan baru-baru ini.

Program itu yang merupakan Program Empower kelolaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menyasarkan latihan akademik kepada pelajar daripada keluarga miskin yang lemah dalam pelajaran.

Ia dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Balah, Datuk Abd. Aziz Derashid dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issac John; Pengurus Besar ECERDC Negeri Kelantan, Jalalludin Omar dan penyelaras program, Tamil Selvam

Jebasingam berkata, program tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved