Isnin, 17 Jun 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tragedi lemas tiga beradik

Posted:

Tragedi lemas tiga beradik

Tragedi lemas tiga beradik

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN ahli keluarga mengangkat jenazah salah seorang kanak-kanak yang ditemui lemas di Sungai Golok, Rantau Panjang semalam.


RANTAU PANJANG - Tindakan tiga beradik mandi-manda di Sungai Golok di sini ketika ibunya tiada di rumah berakhir tragedi apabila kesemuanya ditemui mati lemas selepas dihanyutkan arus deras semalam.

Mayat Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammad Syahmi, 6, dan Mohammad Irfan Rahman, 4, ditemui tidak jauh dari tempat mereka dikatakan lemas antara pukul 5.20 hingga 5.50 petang oleh orang kampung yang berusaha mencarinya.

Jarak tempat mereka mandi dengan rumah di Kampung Rahmat Hilir di sini kira-kira 100 meter. Difahamkan, mereka baru pertama kali mandi di sungai tersebut.

Mengimbau semula kejadian itu, ibu kesemua mangsa, Nor Ashikin Abdul Rahman, (gambar kecil) 41, memberitahu, dia tiada di rumah kerana keluar untuk menghadiri sebuah bengkel di Gual Periok.

Guru Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Kemas itu memberitahu, hatinya tidak tenteram sebaik menerima panggilan daripada rakannya memaklumkan yang anak-anaknya sedang bermain di sungai tersebut dan memintanya pulang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tujuh serbuan cari janda

Posted:

Tujuh serbuan cari janda

Tujuh serbuan cari janda

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my


SALAH sebuah rumah di Gombak yang diserbu polis semalam bagi mencari Halimah. Gambar kecil, Mohamad Fuzi.


KUALA LUMUR – Polis semalam menyerbu tujuh lokasi dipercayai menjadi tempat persembunyian Halimah Hussein selepas dia disyaki menganggotai aktiviti kumpulan pengganas.

Serbuan pada pukul 7 pagi itu dilakukan serentak melibatkan empat buah lokasi di Selangor iaitu dua di Kajang, Gombak, Ampang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur (Pandan Indah), Negeri Sembilan (Senawang) dan Johor Bahru (Masai).

Satu sumber berkata, operasi serentak selama sejam yang dilakukan oleh Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman bagaimanapun tidak menemui janda berusia 52 tahun yang juga rakan kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, 49.

"Kesemua lokasi yang diserbu merupakan kediaman milik ahli keluarga Halimah.

"Kita percaya, wanita itu masih bersembunyi di dalam negara," kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam.

Halimah yang disyaki menganggotai kumpulan Tandzim Al-Qaeda Malaysia diburu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli kumpulan pengganas. Jika sabit kesalahan Halimah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau seumur hidup atau denda.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Almari milik Aiman tidak hangus

Posted:

Almari milik Aiman tidak hangus

Almari milik Aiman tidak hangus

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS dan ABD. RAZAK OSMAN
berita@kosmo.com.my


MAZLAN menunjukkan barangan berupa pakaian dan buku milik Aiman Nur Hakim yang tidak terbakar.


SUNGAI PETANI - Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab) di Tikam Batu dekat sini menjadi tumpuan orang ramai semalam, apabila mereka mahu melihat sendiri pelbagai barang milik seorang pelajar yang dikatakan tidak dijilat api dalam kebakaran pada Sabtu lalu.

Barangan milik arwah Aiman Nur Hakim Yahya, 13, ditemui dalam keadaan sempurna di dalam almari kayu miliknya walaupun 19 almari dipenuhi barang milik pelajar lain hangus dalam kebakaran itu.

Antara barang milik arwah yang tidak hangus ialah dua naskhah al-Quran, senaskhah tafsir al-Quran, buku surah amalan, buku Biografi Agung Rasulullah, kain serban, pakaian dan wang RM13 yang disimpan di dalam bekas kismis.

Menurut Pengerusi Mantab, Mazlan Osman, pihak pengurusan Mantab terkejut apabila melihat kesemua barang milik Aiman Nur Hakim tidak terjejas langsung sedangkan barang milik pelajar lain rosak teruk.

"Almari yang menyimpan barang Aiman hanya almari kayu dan barangannya selamat tetapi barang pelajar lain yang disimpan di dalam almari besi rosak terbakar," katanya ketika ditemui di Mantab di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved