Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 400 murid sertai bengkel cemerlang UPSR
- Sahoca juara Futsal SBP84
- 941 orang terima elaun sara hidup nelayan
400 murid sertai bengkel cemerlang UPSR Posted: 400 murid sertai bengkel cemerlang UPSR
BENGKEL. Seramai 400 murid daripada 10 buah sekolah rendah seluruh Perlis terpilih untuk menyertai program kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 bagi meningkatkan pencapaian masing-masing. Program anjuran Jemaah Dato'-Dato' Perlis (JDDPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perlis itu melibatkan program kelas tambahan yang bermula April hingga September 2013. Program di Sekolah Kebangsaan Panggas, Padang Besar itu dirasmikan oleh Setiausaha JDDPs, Datuk Hamzah Abdullah. Turut hadir ialah, Pemangku Pendaftar UniMAP, Zuber Mohamed dan Pegawai Pemantau Jabatan Pelajaran Perlis, Mohd. Afandy Ibrahim. | |
Posted: Sahoca juara Futsal SBP84![]() PASUKAN Sahoca bersama piala Pertandingan Futsal SBP84 di Petaling Jaya baru-baru ini. JUARA. Pasukan Sahoca daripada Kolej Sultan Abdul Hamid menjuarai Pertandingan Futsal SBP84 kali kelima yang dianjurkan oleh alumni sekolah berasrama penuh (SBP) dari seluruh negara di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Kemenangan tersebut merupakan kali ketiga yang diraih secara berturut-turut oleh pasukan itu sejak mula menjuarai SBP84 pada tahun 2011. Kira-kira 150 alumni SBP daripada 12 pasukan menyertai pertandingan itu. Menurut wakil penganjur, Mohamad Norzal Ghazali, 46, pertandingan itu dianjurkan bagi menghubungkan kembali bekas pelajar SBP yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1984. | |
941 orang terima elaun sara hidup nelayan Posted: 941 orang terima elaun sara hidup nelayan![]() TAJUL URUS (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan elaun sara hidup nelayan kepada salah seorang penerima di Sungai Petani baru-baru ini. BANTUAN. Seramai 941 ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka menerima bantuan elaun sara hidup nelayan di Kelab Cinta Sayang Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kedah, Mohamad Noor Had berkata, sejumlah RM148,600 diperuntukkan bagi tujuan itu dan setiap nelayan menerima bantuan sebanyak RM200. "Bantuan ini menunjukkan kerajaan ambil berat mengenai masalah nelayan di negara kita," katanya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain yang menyempurnakan penyampaian bantuan itu berkata, kehidupan nelayan pasti bertambah baik jika mereka terus menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan