Rabu, 26 Jun 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Poligami di mata Ashraf

Posted:

Poligami di mata Ashraf

Poligami di mata Ashraf

LAMA sudah tidak bertemu dengan pelakon Ashraf Muslim. Sejak kontroversi poligami yang mengaitkan namanya menjadi kecoh, sukar sekali untuk menjejaki dirinya. Bertemu dengan Ashraf baru-baru ini di set penggambaran drama terbitan produksi miliknya berjudul Qarina di Yayasan Restu, Shah Alam, Selangor, jelas sekali wajahnya kelihatan sedikit cengkung.

Ashraf hanya mengangguk, mengakui yang dia sememangnya banyak berfikir sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, kata Ashraf, dia berada dalam keadaan stabil dan tidak pernah tergugat dengan apa yang berlaku meskipun telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Operasi di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah milik bapa mertuanya Lokman Abdul Hamid.

"Alhamdulillah, saya masih okey, keadaan saya stabil. Walaupun saya mengundur diri daripada bekerja di pusat perubatan, saya masih lagi merawat orang jika ada orang memerlukan bantuan saya," balasnya.

Disoal tidakkah dia berada dalam keadaan tertekan selepas kontroversinya hangat diperkatakan?

Jawabnya tenang: "Saya hanya perlu bersabar kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya menganggap ini sebagai ujian Allah kepada saya dan juga keluarga."

Akui Ashraf, kontroversi seperti ini bukan yang pertama buatnya kerana dia sudah lali sebagai seorang selebriti, tetapi kali ini kesannya lebih berat terhadap isterinya, Noor Dayana.

"Saya okey, tetapi tidak isteri saya. Memang dia kelihatan kuat, tetapi lumrah wanita apabila berhadapan dengan isu seperti ini pasti meninggalkan kesan. Saya mempunyai cara untuk tenangkannya dan selalu meminta dia berfikir secara positif selain berdoa kepada Allah.

"Hubungan saya dan isteri tidak ada masalah, kami masih bahagia bersama dan dia masih satu-satunya isteri saya sehingga ke hari ini. Kalau boleh saya tidak mahu isu ini berlarutan lagi, cukuplah apa yang sudah terkeluar di akhbar sebelum ini," pintanya.

Sebelum ini, heboh kononnya Ashraf bakal menikahi seorang wanita bernama Sakinah, malah kelibatnya di mahkamah syariah juga telah dihidu pihak media. Tegas Ashraf, setakat hari ini dia tidak menikahi mana-mana wanita selain isterinya.

"Memang saya ada ke mahkamah syariah, tetapi saya tidak boleh kongsi kenapa dan untuk apa saya ke sana kerana bersifat terlalu peribadi.

PELAKON tampan ini tenang menghadapi dugaan hidup berumah tangga yang baru dibina dua tahun lalu.


"Saya mengakui mengenali Sakinah kerana dia seorang kawan lama saya, tetapi itu sahaja yang saya boleh beritahu. Soal berkahwin lagi (dengan Sakinah), saya tidak boleh komen kerana jodoh, pertemuan dan ajal segalanya di tangan Allah," katanya.

Ditebak lagi, kontroversi poligami tersebut tercetus gara-gara dia dan isteri masih belum dikurniakan cahaya mata meskipun telah berkahwin selama dua tahun sejak Ogos 2011, Ashraf hanya menggelengkan kepalanya .

"Sudah belum ada rezeki nak buat macam mana? Rezeki semuanya datang daripada Allah, saya hanya mampu berdoa tetapi isu anak tidak timbul," balasnya.

Apabila ditanya apa pandangannya terhadap isu poligami secara umum, Ashraf terdiam seketika sebelum meluahkan buah fikirannya.

"Saya tidak faham kenapa isu poligami dipandang negatif. Rata-rata orang Malaysia memandang serong terhadap orang yang berpoligami sedangkan ia bukan satu perkara yang berdosa.

"Apa yang penting dalam sebuah perkahwinan, suami isteri harus faham hak masing-masing.

"Mereka juga harus sedar tanggungjawab masing-masing. Tidak kisahlah poligami atau tidak, tetapi itulah asas dalam setiap perkahwinan.

"Jika ada seorang isteri tetapi suami tidak menjalankan tanggungjawab pun tidak boleh juga. Ini pandangan saya secara umum, bukannya menjurus kepada kontroversi saya," ujarnya dalam nada yang cukup serius.

Beras Muslim

Dalam kekecohan kontroversi dirinya yang dikatakan berpoligami itu, Ashraf tiba-tiba pula meninggalkan Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah.

Kini, Ashraf sibuk mengguruskan syarikat produksi, Hidayah Production selain dalam proses mengeluarkan beras menggunakan jenama Muslim bersama dua rakan kongsinya tidak lama lagi.

"Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku kerana otak saya ligat berfikir, apa yang harus saya lakukan untuk masa hadapan. Bukan untuk pendapatan hari esok sahaja tetapi pendapatan untuk 30 tahun akan datang.

"Selepas saya mengundurkan diri daripada Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, saya lebih banyak masa untuk menguruskan perniagaan saya sendiri.

"Contohnya produksi ini sebenarnya sudah lama wujud dan telah menerbitkan tiga buah drama.

"Disebabkan saya yang sentiasa sibuk, banyak rancangan tergendala. Sekarang, saya telah membawa haluan saya sendiri dan yakin inilah pilihan yang tepat," katanya.

Besar rancangannya untuk syarikat produksi tersebut. Menjelaskan itu antara medium yang digunakan untuk berdakwah, katanya, kesemua program terbitannya akan mempunyai unsur Islamik dan dakwah tidak kiralah apa juga program yang diterbitkan.

"Berdakwah bukan satu cara sahaja, banyak cara lagi. Bagi saya, medium penyiaran amat besar pengaruh terutama pada golongan muda dan kanak-kanak. Sebab itu, saya menggunakan medium ini untuk menyebarkan dakwah.

"Mereka yang menontonnya boleh terhibur tetapi dalam masa yang sama ada mesej yang ingin disampaikan. Jika mereka dapat menerima sedikit daripada mesej itu sudah memadai buat saya," jawabnya.


ASHRAF tidak menentang poligami.


Selain syarikat produksi, Ashraf juga ligat dengan perniagaan beras di bawah jenama Muslim yang dijangka akan berada di pasaran selepas Hari Raya Aidilfitri kelak.

Menariknya, beras yang keluarkan oleh syarikat bumiputera sepenuhnya itu turut menyumbang kepada tabung wakaf daripada setiap pembelian beras.

"Jika tidak ada aral melintang, selepas raya saya akan keluar dengan beras jenama Muslim. Sekarang dalam proses pengilangan dan tidak lama lagi, saya akan buat promosi secara besar-besaran.

"Apa yang ingin saya tekankan, selain membeli beras sebagai makanan ruji, pembeli juga secara tidak langsung berwakaf kerana saya ingin orang yang membeli menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

"Mungkin saya akan buat 10 atau 20 peratus daripada pendapatan beras disalurkan terus kepada tabung wakaf. Membeli dan mendapat pahala dalam masa yang sama, bukankah itu cara yang baik untuk beramal?" ujarya.

Tidak terhad dengan dua perniagaan itu sahaja, Ashraf juga merupakan seorang pengedar tunggal bagi minyak wangi jenama Solat Perfume di seluruh Malaysia.

Disebabkan jadual yang padat, Ashraf amat selektif dalam memilih produksi lakonannya.

"Saya tidak berlakon seperti dahulu lagi, hanya muncul berlakon jika mempunyai masa dan skrip yang sesuai.

"Bukan tidak mahu berlakon tetapi jadual saya tidak mengizinkan kerana berlakon memerlukan masa yang panjang untuk menunggu. Sekarang masa saya amat terhad," luahnya.

Sheila sokong minat anak

Posted:

Sheila sokong minat anak

Sheila sokong minat anak

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

KESIBUKAN rutin sehariannya bertambah apabila Sheila kini semakin aktif dalam dunia bisnes.


MENJADI seorang penghibur, suri rumah tangga dan usahawan pastinya menuntut pengorbanan waktu dan kudrat yang tidak berbelah bagi.

Hal itu tidak menjadi satu perkara yang mustahil untuk dilaksanakan dalam satu-satu masa bagi Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid yang kini memasuki usia 48 tahun.

"Hidup sebagai seorang isteri dan ibu kepada empat orang cahaya mata adakalanya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri.

"Selain menguruskan keluarga, kitaran hidup saya sehari-hari melibatkan kerjaya sebagai penyanyi dan perniagaan produk kecantikan saya iaitu Jerneh selain spa Jentayu.

"Kadangkala suami saya menasihatkan saya supaya berehat seketika, menarik nafas dan memberikan ruang untuk diri sendiri," kongsi pelantun lagu Ku Mohon itu ketika sesi ramah mesra bersama pelanggan produk Jerneh di butik Triways, Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Rutin

Bicara Sheila bertambah rancak apabila disulami soalan berkaitan penjagaan kesihatan, kecantikan dan petua-petua yang diamalkannya selama hampir 30 tahun bergelar penyanyi.

Katanya, disebabkan kehidupannya sebagai wanita moden yang lasak dan sentiasa aktif, dia hanya mengekalkan rejim senaman yang diamalkannya sejak beranak dua hingga kini.

"Jika kita bandingkan antara penat bersenam atau berehat, sudah pasti kita akan pilih rutin yang tidak memenatkan.

"Tapi apabila stamina saya mula goyah kesedaran itu timbul dengan sendirinya dan sejak itu saya memilih untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," tambahnya.

Sheila turut berkongsi petuanya menjaga vokal. Katanya, dia perlu mendapatkan tidur yang mencukupi setiap kali menjelang persembahan.

"Sehari sebelum saya membuat persembahan saya mesti mendapatkan tidur yang mencukupi. Saya tidak berpantang makan dan kegemaran saya adalah cili padi.

"Biasanya sebelum naik ke pentas saya akan minum air suam dengan kadar mencukupi. Selain itu, tiada yang istimewa atau amalan luar biasa," katanya.

Keluarga

Sheila turut membuka cerita mengenai anak lelakinya, Megat Abdul Majid Aziz, 17, yang kini menuntut di Universiti Full Sail, Florida, Amerika Syarikat.

Megat kata Sheila kini sedang menuntut dalam jurusan Seni Rakaman tahun pertama dan dia terkejut melihat perubahan anak keduanya yang sangat cenderung dalam bidang tersebut.

"Saya sangat gembira dengan perubahan yang dia lakukan sekarang. Kalau dulu penat saya menyuruhnya belajar rajin-rajin tapi dia menolak.

"Kemudian saya menghantarnya ke sekolah Wadi Sofia di Kelantan kerana bagi saya kalau dia tidak minat belajar sekurang-kurangnya menjadi seorang Muslim sejati.

"Selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya nampak usahanya untuk mendapatkan sendiri biasiswa dan menghadiri sesi temu duga untuk memasuki universiti tersebut.

"Alhamdulillah, dia sudah nampak jalan yang ditujunya sekarang dan saya menyokong penuh usahanya kali ini. Inilah masanya untuk dia membuktikan kemampuannya," jelas Sheila.

Selain Megat, Sheila dikurniakan seorang cahaya mata perempuan menerusi perkahwinan pertamanya dengan pemuzik terkenal Roslan Aziz iaitu Wan Nur Khaleda, 21.

Manakala, perkahwinan keduanya bersama Hashridz Murshim Hassim atau Acis, Sheila mendapat dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim, 7, dan Khalefa Laila Murshim, 5.

Album

Dalam perkembangan lain, Sheila memberitahu, dia bakal melancarkan koleksi barang kemasnya hasil kolaborasi dengan seorang pereka barang kemas dari Jerman.

Koleksi yang diberi nama Composa itu akan menggunakan batu permata berkualiti tinggi dari negara Thailand dan boleh diubah suai menjadi loket, cincin, subang atau kerongsang.

Selain itu, Sheila akan memberikan peluang kepada komposer baharu untuk berkolaborasi bersamanya dalam album terbaharunya yang bakal dikeluarkan pada tahun depan.

"Album itu akan mengandungi 10 buah lagu yang mungkin terdiri daripada komposer dari Malaysia atau Indonesia atau gabungan dua buah negara.

"Paling penting, saya mahu bekerja dengan komposer muda yang tidak terkenal kerana saya tahu kualiti dan keupayaan bakat mereka. Kita tunggu dan lihat saja," kongsinya serba sedikit.

Johnny Depp bertarung emosi

Posted:

Johnny Depp bertarung emosi

Johnny Depp bertarung emosi

JOHNNY DEPP


SELEPAS 14 tahun hidup bersama tanpa ikatan perkahwinan dan dikurniakan sepasang anak iaitu Lily-Rose, 14, dan Jack, 11, hubungan antara aktor Johnny Depp dan Vanessa Paradis berakhir pada Jun tahun lalu.

Sejak berpisah, baik Depp mahupun Paradis, kedua-duanya tidak pernah memberi kenyataan tentang hubungan mereka yang terpaksa berakhir.

Bagaimanapun, kini selepas genap setahun, Depp akhirnya membuka mulut dan bercakap tentang perasaannya selepas berpisah dengan model dan aktres tersebut.

Depp mengakui kepada majalah Rolling Stone bahawa perpisahan tersebut bukan sesuatu yang mudah buatnya.

"Beberapa tahun kebelakangan sebelum kami berpisah, ia bukan tahun yang mudah untuk hubungan kami.

"Selepas berpisah, ia juga bukan situasi yang baik buat saya tetapi ia adalah perkara normal yang dialami semua orang selepas berpisah terutama apabila ia melibatkan anak-anak.

"Ia memerlukan lebih banyak masa untuk pulih," dedah Depp tentang kehidupannya selepas putus cinta.

Depp, 50, juga seperti meletakkan kesibukannya dan Paradis sebagai faktor utama perpisahan tersebut.

Ditanya tentang perbandingan antara perpisahan kali ini dengan perpisahan bersama dua kekasihnya sebelum ini iaitu Winona Ryder dan Kate Moss, Depp memberitahu, dia kini bersikap lebih matang dan dapat menangani rasa kecewa dengan lebih baik.

Malah dia juga memberitahu, anak- anaknya menerima perpisahan ibu bapa mereka dengan tenang.

Sementara itu, saat ditanya tentang hubungan dengan kekasih baharunya yang berusia 27 tahun, Amber Heard, Depp tidak memberikan sebarang jawapan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved