Isnin, 13 Mei 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Wigan juara Piala FA

Posted:

Wigan juara Piala FA

Wigan juara Piala FA

BEN Watson (kiri) bersama Martinez memegang Piala FA selepas berakhirnya aksi final menentang Manchester City di Stadium Wembley awal pagi semalam.


LONDON – Pengurus Wigan, Roberto Martinez berharap kejayaan mereka menjulang gelaran juara Piala FA mampu menyuntik semangat anak-anak buahnya untuk terus kekal dalam Liga Perdana England.

Skuad The Latics berjaya menewaskan Manchester City 1-0 pada final di Stadium Wembley itu hasil jaringan lewat pemain gantian, Ben Watson.

Namun, di sebalik pencapaian menakjubkan itu, Wigan bagaimanapun masih bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Perdana musim depan.

Mereka kini kekurangan tiga mata kurang daripada zon selamat dengan baki dua lagi perlawanan untuk diharungi, namun Martinez berharap kejayaan menjulang trofi Piala FA ini mampu menjadi sumber inspirasi kepada para pemainnya.

"Kami akan terus berjuang dengan misi mengutip enam mata bagi menyelamatkan pasukan daripada tersingkir.

"Hari ini (awal pagi semalam) sangat istimewa kerana kami memenangi trofi buat Wigan Athletic. Ia satu sejarah yang sungguh menakjubkan."

Martinez turut memuji semangat juang yang dipamerkan pasukannya untuk mencipta sejarah paling mengejutkan dalam saingan Piala FA.

"Ia satu detik yang menakjubkan. Babak pertama kami sudah hilang semangat kerana kami ingat kami telah beraksi dengan baik," katanya.

"Kami banyak melepaskan peluang, namun pemain pasukan ini tetap meneruskan perjuangan.

"Saya sudah mula fikir bahawa perlawanan akhir ini akan berlanjutan ke masa tambahan, tetapi apabila kami berjaya menjaringkan gol, ia sesuatu yang luar biasa.

"Hari ini (awal pagi semalam), kita telah melihat bagaimana sebuah pasukan bukan pilihan beraksi dengan berani serta mempunyai keyakinan yang mengagumkan untuk mengetepikan semua perkara yang mustahil.

"Kami akhirnya menjulang trofi Piala FA selepas kejayaan membenam pasukan elit dalam bola sepak England.

"Namun, perjuangan kami belum selesai. Misi seterusnya adalah untuk memastikan kami tidak tersingkir daripada Liga Perdana England. Ia nampak sukar, tetapi kami belum mahu menyerah. Kejayaan menjulang trofi Piala FA akan menguatkan semangat kami selepas ini," kata Martinez." – Agensi

Suku akhir jadi sasaran

Posted:

Suku akhir jadi sasaran

Suku akhir jadi sasaran

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


AMRI YAHYAH (dua dari kiri) dan Forkey Doe (dua dari kanan) menjadi sandaran Selangor pada kempen pusingan kedua Piala AFC menentang New Radiant, Rabu ini.


AKSI pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 dilihat bakal menjadi medan 'pemanas badan' terbaik buat dua wakil negara, Kelantan dan Selangor.

Ini kerana kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan sesama sendiri dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini.

Esok, Kelantan bakal melayan kunjungan kelab Hong Kong, Kitchee FC di Kota Bharu manakala Selangor pula berkunjung ke Stadium Nasional, Maldives berdepan New Radiant SC sehari kemudian.

Jika tewas, mereka sudah boleh mengucapkan 'selamat tinggal' kepada kempen tersebut kerana pusingan kedua diadakan secara kalah mati.

Atas kertas, kedua-dua pasukan dilihat tidak berdepan masalah melepasi pusingan kedua sebelum ini.

Selangor berjaya menempah slot suku akhir pada edisi 2006 manakala Kelantan dikecewakan kelab Iraq, Arbil SC pada peringkat yang sama musim lalu.

Justeru, hanya kemenangan pada kempen kali ini sahaja dilihat mampu menjadi penawar duka buat kedua-dua pasukan yang masih bergelut dalam kempen liga domestik setakat ini.

Ketika ini, The Red Warriors yang mengutip 23 mata, ketinggalan 11 mata di belakang peneraju Liga Super, Lions XII.

Harapan Gergasi Merah memberikan saingan dalam saingan liga domestik juga tampak sukar apabila sekadar terikat 1-1 dengan Perak di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.

Biarpun berdepan misi sukar dalam saingan Liga Super dan Piala AFC, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim enggan 'mengibarkan bendera putih' sebelum berjuang.

Kejayaan mereka menyambar slot pusingan kedua Piala AFC 2013 apabila memintas kelab Vietnam, Saigon Xuan Thanh pada saat-saat akhir juga mampu menjadi tonik terbaik buat Gergasi Merah ketika berdepan New Radiant nanti.

"Kami belum mahu menyerah kalah. Ketika ini, kami sukar mengejar kedudukan tempat kedua Liga Super gara-gara keciciran mata penting di tempat sendiri.

"Pada masa sama, faktor kepenatan juga jelas memberikan kesan kepada persembahan pemain ketika saingan peringkat kumpulan Piala AFC sebelum ini.

"Namun, kami perlu memberikan yang terbaik kerana setiap aksi tetap menjadi keutamaan kami tidak kira sama ada Liga Super mahupun Piala AFC," tegas Irfan baru-baru ini.

Untuk rekod, Selangor muncul naib juara Kumpulan H pada edisi kali ini apabila mengutip lapan mata manakala Kelantan menjuarai Kumpulan G dengan 13 mata.

Johor belum menyerah

Posted:

Johor belum menyerah

Johor belum menyerah

Oleh TAUFIK SALIMIN
sukan@kosmo.com.my


LEONEL Nunez (kiri) banyak membantu mengubah corak permainan Johor DT pada saingan pusingan kedua Liga Super musim ini.


JOHOR Darul Takzim (Johor DT) masih belum mahu menyerah. Mereka tetap menyimpan hasrat untuk memburu gelaran liga meskipun masih ada baki enam perlawanan lagi untuk diharungi.

Tiada yang mustahil buat Harimau Selatan itu seandainya mereka tidak lagi keciciran mata selepas ini.

Ketua jurulatih, Fandi Ahmad (gambar kecil) tetap yakin peluang untuk mengejar kejuaraan Liga Super musim ini masih terbuka walaupun dipisahkan dengan perbezaan enam mata di belakang pendahulu liga, Lions XII.

Menurut Fandi, tiga mata berharga yang diperoleh selepas menewaskan Selangor PKNS 3-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kelmarin menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus bangkit mengejar dua pasukan teratas liga iaitu Lions dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kemenangan ini amat melegakan dan para pemain menguasai keseluruhan babak pertama. Namun, pada babak kedua, pemain seperti hilang fokus dan gagal menyekat kemaraan pasukan pelawat.

"Apa yang lebih penting, kita berjaya mendapatkan tiga mata dan saya yakin kami mampu mengejar dua pasukan teratas liga, seterusnya menjulang kejuaraan liga," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Larkin malam kelmarin.

Mengulas perlawanan tersebut, Fandi berkata, secara keseluruhannya, para pemain telah menunjukkan peningkatan, namun terdapat sedikit kelemahan di bahagian pertahanan.

Beliau juga mengakui sedikit kecewa apabila jaringan tunggal PKNS pada perlawanan tersebut tidak dicabar oleh barisan pertahanannya dan akibatnya, gawang mereka bolos.

"Kita akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada sebagai persiapan menghadapi perlawanan akan datang," katanya.

Johor DT kini berada di tangga ketiga liga dengan mengumpul 28 mata manakala Lions XII kukuh di tangga teratas dengan 34 mata, satu mata di hadapan ATM.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved