Isnin, 13 Mei 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kejohanan duathlon Malakoff uji ketahanan peserta

Posted:

Kejohanan duathlon Malakoff uji ketahanan peserta

Kejohanan duathlon Malakoff uji ketahanan peserta

PARA pemenang bergambar selepas kejohanan Malakoff University Duathlon Series di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SIHAT. Seramai 350 peserta bertarung pada kejohanan Malakoff University Duathlon Series (MUDS) yang diadakan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad, Zainal Abidin Jalil berkata, pertandingan itu memberi peluang kepada golongan belia untuk beraksi dalam sukan duathlon yang melibatkan acara berlari dan berbasikal.

"Kami gembira dengan peningkatan muka baharu yang bersaing dalam kejohanan ini pada setiap tahun. Ini membuktikan kejayaan dalam pembangunan komuniti atlet duathlon di negara ini," katanya.

Pada kejohanan itu, peserta memulakan larian sejauh 3 kilometer (km) diikuti dengan ujian cabaran berbasikal 13.8km dan berakhir dengan larian ke garisan penamat sejauh 3km.

Ahli Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Sentul dirai

Posted:

Ahli Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Sentul dirai

Ahli Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Sentul dirai


AHLI Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Sentul memotong kek bagi meraikan Hari Ibu semasa lawatan di Kuching baru-baru ini.


INTEGRASI. Seramai 20 orang ahli Komuniti 1Malaysia dari Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur diraikan pada majlis jamuan makan malam anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak di Kuching baru-baru ini.

Rombongan komuniti tersebut disambut mesra oleh kakitangan jabatan tersebut yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarahnya, Helmy Hamid.

Helmy berkata, kunjungan Komuniti 1Malaysia Bandar Baru Sentul merupakan salah satu usaha integrasi bagi merapatkan hubungan antara masyarakat di Semenanjung dengan penduduk di Sarawak.

"Dengan lawatan seperti ini, mereka dapat mengenali secara dekat kepelbagaian budaya dan suku etnik yang terdapat di Sarawak.

"Selain itu, mereka juga berpeluang menikmati kuih-muih dan makanan tradisional seperti umai dan lain-lain lagi semasa berada di negeri ini," katanya.

Jakim anjur Karnival Wanita 1Wilayah di Putrajaya

Posted:

Jakim anjur Karnival Wanita 1Wilayah di Putrajaya

Jakim anjur Karnival Wanita 1Wilayah di Putrajaya


RAMLAH (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada peserta yang mengambil bahagian pada Karnival Wanita 1Wilayah di Putrajaya baru-baru ini.


IKTIRAF. Karnival Wanita 1Wilayah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang merupakan aktiviti santai bagi mendekatkan masyarakat dengan institusi masjid telah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya baru-baru ini.

Menurut Pengarah Bahagian Pembangunan Insan Jakim, Ramlah Yong, karnival bertemakan 'Selembut Wajah, Seindah Akhlak' itu bertujuan mempromosi masjid sebagai lokasi untuk program berbentuk kekeluargaan.

Ujarnya, karnival itu juga diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada golongan wanita atas pengorbanan mereka dalam memperkasa institusi keluarga, masyarakat dan negara selama ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan sempena karnival berkenaan antaranya pertandingan memasak, menghias kek serta gerai jualan dan pameran.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved