Selasa, 9 April 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bulter direhatkan sebulan bermula semalam

Posted:

Bulter direhatkan sebulan bermula semalam

Bulter direhatkan sebulan bermula semalam

09/04/2013 9:50pm

KUALA TERENGGANU - Jurulatih T-Team, Peter James Butler direhatkan selama 30 hari bermula semalam selepas gagal membawa pasukan itu menduduki kedudukan lebih baik dalam Liga Malaysia tahun ini.

Selepas berakhir pusingan pertama Liga Super, T-Team hanya berada di kedudukan kedua tercorot menyebabkan Lembaga Pengarah pasukan itu bermesyuarat dan me mutuskan untuk merehatkan jurulatih berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rasid Jusoh sepanjang tempoh 30 hari ini, Butler tidak dibenarkan bersama pasukan itu dan tugasnya diganti sementara oleh Penolong Jurulatih Che Ku Marzuki Che Ku Mohd. Nor. - KOSMO

Tunku Ismail tarik balik keputusan letak jawatan

Posted:

Tunku Ismail tarik balik keputusan letak jawatan

Tunku Ismail tarik balik keputusan letak jawatan

09/04/2013 8:29pm

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik balik keputusan meletak jawatan sebagai PresidenPersatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuat kuasa serta merta.

Ini diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada sidang akhbar selepas menerima menghadap Tunku Ismail di Istana Pahang di sini hari ini.

Turut berangkat pada pertemuan hampir sejam itu ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Sultan Ahmad Shah bertitah, keputusan itu diambil Tunku Ismail selepas dipujuk oleh baginda sendiri selain turut mendapat restu Sultan Ibrahim.

"Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada hari ini sebagaimana harapan saya telah menjadi kenyataan, bahawasanya Tunku Mahkota Johor akan kembali sebagai

Presiden PBNJ. Jadi saya telah menasihatkan Tunku Ismail supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kedudukan bola sepak di Johor," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bagaimanapun bertitah Tunku Ismail tetap akan menjalani

hukuman penggantungan dan denda yang diputuskan Jawatankuasa Tata Tertib FAM sebelum ini.

"Sekali anda memutuskan untuk menjadi anggota persatuan, kita tertakluk kepada undang-undang yang diperuntukkan persatuan itu. Jadi tiada siapa boleh melarikan diri daripada undang-undang yang telah termaktub bertahun-tahun," titah baginda. - Bernama

NGO gesa Majlis Fatwa ambil tindakan segera terhadap Nik Aziz

Posted:

NGO gesa Majlis Fatwa ambil tindakan segera terhadap Nik Aziz

NGO gesa Majlis Fatwa ambil tindakan segera terhadap Nik Aziz

09/04/2013 8:30pm

KUALA LUMPUR - Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengambil

tindakan segera ke atas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kebelakangan ini mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh memesongkan akidah dan memecah-belahkan umat Islam, gesa beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian,

tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.

"Sikap seperti ini seolah-olah nak menyamakan kedudukan kita di tahap malaikat dan seperti nak mengambil alih tugas malaikat yang menulis setiap amalan kita.

"Jangan sibuk nak menghukum amalan atau ibadat orang Umno kerana yang menentukannya hanya Allah," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang meminta Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti segera semua kenyataan Mursyidul Am Pas itu.

Menyifatkan tindakan Nik Abdul Aziz itu sebagai "sindrom hukum secara umum", Fathul Bari berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak sepatutnya menggunakan agama untuk tujuan politik.

Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fadlan Mohd. Othman yang turut bersetuju dengan saranan Muhyiddin berkata, Majlis Syura Pas juga perlu berbincang mengenai perkara itu bagi memutuskan pendirian mereka mengenai setiap kenyataan Nik Abdul Aziz.

"Majlis Syura PAS perlu berbincang mengenai isu ini seperti mereka berbincang dan membuat keputusan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved