Ahad, 7 April 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis Sabah tahan dua lelaki, rampas surat Kesultanan Sulu

Posted:

Polis Sabah tahan dua lelaki, rampas surat Kesultanan Sulu

Polis Sabah tahan dua lelaki, rampas surat Kesultanan Sulu

07/04/2013 7:25pm

LAHAD DATU - Polis menahan dua lelaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam satu operasi di Tanjung Baru, Pulau Bumbum, Semporna awal pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek berumur lingkungan 50-an dan disahkan bukan warga tempatan.

Katanya, satu fail putih mengandungi dua surat Kesultanan Sulu dan beberapa senjata berbahaya turut dirampas dalam operasi 6.30 pagi itu.

"Tangkapan dan rampasan itu boleh mengaitkan mereka terlibat dalam kegiatan pengganas ini," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Unit Media Ops Daulat di sini.

Menurutnya, statistik terkini tangkapan di bawah SOSMA adalah 135 dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 70 orang. - Bernama

Suri rumah didakwa bunuh anak tiri berusia lima tahun

Posted:

Suri rumah didakwa bunuh anak tiri berusia lima tahun

Suri rumah didakwa bunuh anak tiri berusia lima tahun

07/04/2013 7:01pm

KOTA BHARU Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak tiri perempuannya yang berusia lima tahun pada bulan lepas.

Azlinda Othman, 28, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Umi Amilia Azman di Hujung Perumahan Kos Rendah, Kampung Jubakar Pantai, Tumpat antara 3 petang 23 Mac dan 8.30 pagi 24 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan dicatat selepas pertuduhan terhadap Azlinda dibacakan di depan Majistret Isa Muhamed.

Isa kemudian menetapkan 8 Mei untuk menyebut semula kes itu bagi membolehkan pendakwaan mendapatkan laporan perubatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed manakala tertuduh diwakili peguam K.H Tay. - Bernama

Dua kementerian bincang tangani kenaikan harga ayam

Posted:

Dua kementerian bincang tangani kenaikan harga ayam

Dua kementerian bincang tangani kenaikan harga ayam

07/04/2013 5:19pm

SHAH ALAM - Dua kementerian akan berbincang bagi menangani masalah kenaikan harga ayam.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata beliau akan berunding dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK) tidak lama lagi.

Beliau mendapati harga ayam sudah naik dari lazimnya RM6 sekilogram kemudian kepada RM7.50 sekilogram semasa musim cuti sekolah serta musim perkahwinan dan terkini ialah RM8 sekilogram.

"Kita akan bincang dengan kementerian itu dan tengok kenapa harga ayam naik. Adakah disebabkan penyakit atau kerana bekalan berkurangan dan jika bekalan berkurangan mungkin kementerian perlu mengimport dari luar," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Mega berhampiran Stadium Shah Alam, di sini.

Noh berkata kementeriannya mengawal dari segi bekalan ayam manakala KPDNKK mengawal harganya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved