Ahad, 7 April 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama

Pengundi muda penentu kepimpinan masa depan

Posted:

GOLONGAN muda lebih bersifat kritikal dalam menentukan pemimpin pilihan mereka.

BAKAL turun mengundi buat kali pertama sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Syarifah Norsyahida Syed Annuar, 25, mengakui sangat teruja untuk berbuat demikian.

Pelajar Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi itu memberitahu, dia akan pulang ke kampung halaman di Kota Kinabalu, Sabah bagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia.

"Saya telah mendaftar sebagai pengundi pada awal tahun 2009 di pusat beli-belah Plaza Kota Kinabalu selepas genap berusia 21 tahun. Waktu itu, saya terlihat ada kaunter yang dibuka untuk mendaftar sebagai pengundi.

"Justeru, saya tidak melepaskan peluang tersebut sekali gus mendaftar sebagai pemilih," ujar Syarifah Norsyahida yang ketika itu sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kota Kinabalu.

Menurut anak ketiga daripada empat adik-beradik itu, kesedarannya untuk mendaftar sebagai pemilih didorong oleh kedua-dua ibu bapa yang sentiasa menekankan tentang keutamaan agar menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatin.

"Ayah dan ibu sering mengingatkan kami bahawa setiap undi amat berharga dalam menentukan siapa pemimpin negara.

"Semangat jati diri yang ditunjukkan oleh mereka membuatkan saya berkobar-kobar untuk menjadi pemilih apabila tiba masanya. Sekarang, saya menunggu saat itu dengan perasaan yang bercampur-baur," terang Syarifah Norsyahida yang sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk tiket penerbangan pulang ke Sabah.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas dan Parlimen Sepanggar merupakan pusat untuknya membuang undi. Dalam pada itu, Syarifah Norsyahida turut berkongsi kriteria calon yang akan dipilih pada hari pengundian kelak.

PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor menyaksikan pengumuman pembubaran Dewan Rakyat oleh Najib yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen pada 3 April lalu.

"Buat masa ini, saya lebih bersifat neutral tanpa memihak pada mana-mana parti politik. Namun, saya harap calon yang akan diletakkan terdiri daripada mereka yang boleh bekerja untuk membangunkan kawasan kami dan mempunyai visi yang jelas," ungkap Syarifah Norsyahida sambil tersenyum.

Apa yang pasti, Syarifah Norsyahida merupakan salah seorang daripada pengundi muda yang mewakili 2.5 juta atau membentuk 20 peratus daripada 13.3 juta jumlah keseluruhan pengundi pada PRU-13 nanti.

Kelas menengah

Ironinya, mereka tergolong sebagai pengundi atas pagar yang mana undi mereka kelak bakal menjadi faktor penentu kemenangan bagi parti yang bertanding.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Amir Saifude Ghazali pada Seminar Pilihan Raya Umum Ke-13: Memperkasakan Demokrasi yang berlangsung pada 4 April lalu di UKM.

Dalam pembentangannya, Amir Saifude memberitahu, sebahagian besar kumpulan tersebut merupakan pengundi kali pertama.

"Mereka terdiri daripada golongan kelas menengah dan atasan, berpendidikan tinggi, berumur kurang 40 tahun dan majoritinya merupakan lepasan pusat pengajian tinggi. Kumpulan pengundi muda ini merupakan golongan kritikal.

"Mereka akan memilih parti berdasarkan prestasi yang dipamerkan. Malah, kumpulan ini juga sentiasa peka terhadap akses maklumat sama ada di media arus perdana mahupun media sosial baharu.

"Situasi ini menjadikan mereka sering membuat perbandingan, berfikiran terbuka dan melakukan pemilihan secara rasional," jelas beliau sambil menambah bahawa golongan ini hanya akan memberikan undi kepada mana-mana parti yang boleh mempengaruhi mereka.

KEPIMPINAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat begitu mengambil berat tentang masa depan anak muda yang menjadi harapan bangsa.

Perbezaan sokongan

Seminar anjuran Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS) itu diadakan sehari selepas Dewan Rakyat dibubarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Amir Saifude, kajian yang dilakukan oleh Umcedel sepanjang tahun 2011 sehingga Januari 2013 mendapati, jumlah pengundi muda yang mahu mengundi Barisan Nasional (BN) ialah 42 peratus dan Pakatan Rakyat (PR) sebanyak 37 peratus manakala 21 peratus lagi masih tidak pasti.

"Perbezaan sokongan yang ditunjukkan oleh pengundi muda sama ada kepada BN atau pembangkang tidak begitu jauh dan ia boleh berubah menjelang hari pengundian kelak.

"Justeru, BN perlu bekerja keras untuk memenangi hati pengundi atas pagar ini sekiranya mereka ingin mendapat kemenangan selesa dalam PRU13," katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa UKM, Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, faktor calon dan sabotaj dalaman menjadi dua tunjang utama dalam membantu kemenangan BN.

Jelas beliau, pemilihan calon yang sesuai dan mendapat sokongan semua pihak serta sifar sabotaj dalaman untuk parti komponen BN mampu membolehkan kerajaan mendapat semula majoriti dua pertiga atau kira-kira 150 hingga 155 kerusi Parlimen.

"Bagaimanapun, jika masalah ini tidak dapat diatasi oleh kepimpinan BN, status quo yang dimiliki sekarang diharap dapat dikekalkan dengan majoriti mudah iaitu antara 140 hingga 145 kerusi," ungkap Mohd. Fuad yang merupakan salah seorang ahli panel di samping Amir Saifude.

Tampil dengan pembentangan yang bertajuk, Persepsi dan Pola Pengundia Pengundi di Malaysia, Mohd. Fuad menjelaskan, kajian selama empat tahun di seluruh negara dan melibatkan hampir 14,500 responden itu menunjukkan keberkesanan program transformasi negara terhadap rakyat.

"Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membuktikan komitmen kerajaan untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada mereka selepas melalui tsunami politik pada PRU-12 (2008).

"Selain itu, projek-projek seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) dan banyak lagi ternyata mampu meringankan beban golongan bawahan," tutur beliau.

Dalam pada itu, Pengerusi PPSPS, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof. Madya Dr. Sity Daud menjelaskan, penganjuran seminar tersebut bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa politik tanah air.

"Ia juga mempunyai matlamat untuk menyebarkan kepada masyarakat bahawa setiap undi mereka amat besar maknanya sama ada buat parti yang menang atau kalah," katanya.

Tarikan pelancongan Buddha di Pakistan

Posted:

Tarikan pelancongan Buddha di Pakistan

Tarikan pelancongan Buddha di Pakistan

BIARA Takht-e-Bahi dibina daripada batu oker berwarna kuning tanah dan terletak di kawasan pergunungan.

DENGAN iklim pergunungan yang nyaman dan kaya dengan sejarah, Khyber Pakhtunkhwa yang terletak di sempadan Afghanistan pernah menjadi lokasi percutian kegemaran pengembara kolonial dan golongan atasan Pakistan.

Bagaimanapun, selepas tragedi serangan 11 September 2001, diikuti peperangan di Afghanistan dan pemberontakan terhadap kerajaan Pakistan, lokasi itu sinonim dengan pejuang Taliban dan pejuang Islam yang dianggap pengganas oleh Barat.

Justeru, orang-orang kaya Pakistan dan pelancong Barat tidak lagi berkunjung ke Khyber Pakhtunkhwa kerana bimbang dengan risiko diculik dan diserang puak Taliban.

Hari ini, kerajaan wilayah itu cuba menarik ribuan pelancong dari negara-negara Asia yang kaya seperti Jepun dan Korea Selatan.

Tahun lalu, sekumpulan 20 sami Buddha dari Korea Selatan telah mengunjungi biara Takht-e-Bahi yang terletak kira-kira 170 kilometer dari Islamabad dan berhampiran kawasan yang dimiliki Taliban dan kumpulan Al-Qaeda.

BIARA Takht-e-Bahi di barat laut Pakistan ini berjaya menarik kedatangan pelancong dari Jepun dan Korea Selatan.

"Kami merasakan seolah-olah seperti berada di tanah air sendiri. Ia satu perasaan yang hebat dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

"Cuma, kami kesal kerana menunggu terlalu lama untuk datang ke sini," ujar sami veteran Korea, Jeon Woon-deok melalui e-mel mengenai lawatan tersebut.

Sebelum berjaya sampai ke sana, kumpulan sami berkenaan terpaksa melalui beberapa kesukaran. Mereka menentang rayuan dari Seoul untuk membatalkan lawatan berkenaan atas sebab-sebab keselamatan.

Lantaran itu, sepanjang pengembaraan ke biara Takht-e-Bahi yang dibina daripada batu oker berwarna kuning tanah dan terletak di pergunungan, kumpulan sami tersebut telah dijaga oleh pasukan keselamatan Pakistan.

Menurut sejarah, kira-kira 1,000 tahun Sebelum Masihi sehingga abad ketujuh Selepas Masihi, bahagian utara Pakistan dan Afghanistan moden membentuk kerajaan Gandhara.

Ia merupakan kerajaan yang dibentuk daripada campuran adat budaya Greek dan Buddha untuk mewujudkan elemen agama Mahayana.

Sami Marananta memulakan daripada apa yang terdapat di barat laut Pakistan untuk menyeberangi China dan menyebarkan agama Buddha di Semenanjung Korea pada abad keempat.

Taman Takht-e-Bahi menyediakan tempat berkelah untuk keluarga dan lokasi riadah bagi remaja termasuk para pelajar dari sekolah-kolah tahfiz al-Quran yang berhampiran. Tetapi, pelawat asing amat jarang mengunjungi kawasan itu.

SEKUMPULAN sami dari Bhutan berkunjung ke tapak arkeologi di Pakistan untuk melunaskan ritual agama.

Warisan budaya

"Dahulu memang ramai pelancong asing, namun selepas berlaku serangan puak Taliban, sukar untuk melihat kelibat mereka di sini," jelas seorang pemandu pelancong tempatan, Iftikhar Ali.

Aliran pelancong yang mengembara dari timur Asia juga amat berkurangan. Kata Ali, secara purata dia hanya melihat seorang atau dua pelawat setiap bulan.

"Bagi mereka, tempat ini seperti Mekah," ujar Zulfiqar Rahim, Ketua Persatuan Kebudayaan dan Seni Gandhara yang ditubuhkan khusus untuk mempromosikan warisan Buddha di Pakistan.

Tahun lalu, sekumpulan sami dari Bhutan turut berkunjung ke biara itu, namun kerajaan mahu meningkatkan jumlah pelancong dengan pantas.

"Kami kini berusaha untuk menggalakkan pelancongan agama dan arkeologi Buddha," terang Timbalan Menteri Pelancongan di Khyber Pakhtunkhwa, Syed Jamaluddin Shah.

Malah, pihak berkuasa juga telah merancang pakej pelancongan untuk pelawat dari China, Jepun, Singapura dan Korea Selatan termasuk lawatan ke beberapa tapak Buddha di Takht-e-Bahi, Swat, Peshawar dan Taxila yang kesemuanya berhampiran Islamabad.

"Potensi pelancongan sangat besar. Jika setiap orang yang datang membelanjakan AS$1,200 (RM3,600) untuk pelbagai kos dan seramai sejuta orang datang, ia pasti menjana pulangan bilion dolar," ungkap Rahim.

"Ironinya, kami tidak bercakap tentang sejuta orang tetapi 50 juta penganut agama Buddha Mahayana di Korea, China dan Jepun."

Namun demikian, perjalanan untuk mencapai kejayaan tersebut masih jauh. Sukar untuk mengatasi masalah besar seperti keselamatan, kekurangan infrastruktur pelancongan dan cabaran untuk mendapatkan visa dan keizinan bagi mengembara ke kawasan berisiko tinggi.

Banjir besar yang melanda pada tahun 2010 mengakibatkan kerosakan lebih teruk meskipun Amerika Syarikat telah menyediakan AS$5.4 juta (RM16.2 juta) untuk membantu memulihkan ekonomi tempatan dan membangunkan pelancongan di Lembah Swat.

Buat masa sekarang, kebanyakan pelawat yang datang terdiri daripada rakyat tempatan yang ingin melihat sendiri peninggalan Buddha di Pakistan.

Menggambarkan keadaan negara, Sajjad seorang guru merenung ke arah patung Buddha sambil mengeluh: "Kami benar-benar memerlukan ketenangan sebegini." - AFP

Pengundi muda penentu kepimpinan masa depan

Posted:

Pengundi muda penentu kepimpinan masa depan

Pengundi muda penentu kepimpinan masa depan

GOLONGAN muda lebih bersifat kritikal dalam menentukan pemimpin pilihan mereka.

BAKAL turun mengundi buat kali pertama sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Syarifah Norsyahida Syed Annuar, 25, mengakui sangat teruja untuk berbuat demikian.

Pelajar Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi itu memberitahu, dia akan pulang ke kampung halaman di Kota Kinabalu, Sabah bagi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia.

"Saya telah mendaftar sebagai pengundi pada awal tahun 2009 di pusat beli-belah Plaza Kota Kinabalu selepas genap berusia 21 tahun. Waktu itu, saya terlihat ada kaunter yang dibuka untuk mendaftar sebagai pengundi.

"Justeru, saya tidak melepaskan peluang tersebut sekali gus mendaftar sebagai pemilih," ujar Syarifah Norsyahida yang ketika itu sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kota Kinabalu.

Menurut anak ketiga daripada empat adik-beradik itu, kesedarannya untuk mendaftar sebagai pemilih didorong oleh kedua-dua ibu bapa yang sentiasa menekankan tentang keutamaan agar menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatin.

"Ayah dan ibu sering mengingatkan kami bahawa setiap undi amat berharga dalam menentukan siapa pemimpin negara.

"Semangat jati diri yang ditunjukkan oleh mereka membuatkan saya berkobar-kobar untuk menjadi pemilih apabila tiba masanya. Sekarang, saya menunggu saat itu dengan perasaan yang bercampur-baur," terang Syarifah Norsyahida yang sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk tiket penerbangan pulang ke Sabah.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas dan Parlimen Sepanggar merupakan pusat untuknya membuang undi. Dalam pada itu, Syarifah Norsyahida turut berkongsi kriteria calon yang akan dipilih pada hari pengundian kelak.

PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor menyaksikan pengumuman pembubaran Dewan Rakyat oleh Najib yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen pada 3 April lalu.

"Buat masa ini, saya lebih bersifat neutral tanpa memihak pada mana-mana parti politik. Namun, saya harap calon yang akan diletakkan terdiri daripada mereka yang boleh bekerja untuk membangunkan kawasan kami dan mempunyai visi yang jelas," ungkap Syarifah Norsyahida sambil tersenyum.

Apa yang pasti, Syarifah Norsyahida merupakan salah seorang daripada pengundi muda yang mewakili 2.5 juta atau membentuk 20 peratus daripada 13.3 juta jumlah keseluruhan pengundi pada PRU-13 nanti.

Kelas menengah

Ironinya, mereka tergolong sebagai pengundi atas pagar yang mana undi mereka kelak bakal menjadi faktor penentu kemenangan bagi parti yang bertanding.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Amir Saifude Ghazali pada Seminar Pilihan Raya Umum Ke-13: Memperkasakan Demokrasi yang berlangsung pada 4 April lalu di UKM.

Dalam pembentangannya, Amir Saifude memberitahu, sebahagian besar kumpulan tersebut merupakan pengundi kali pertama.

"Mereka terdiri daripada golongan kelas menengah dan atasan, berpendidikan tinggi, berumur kurang 40 tahun dan majoritinya merupakan lepasan pusat pengajian tinggi. Kumpulan pengundi muda ini merupakan golongan kritikal.

"Mereka akan memilih parti berdasarkan prestasi yang dipamerkan. Malah, kumpulan ini juga sentiasa peka terhadap akses maklumat sama ada di media arus perdana mahupun media sosial baharu.

"Situasi ini menjadikan mereka sering membuat perbandingan, berfikiran terbuka dan melakukan pemilihan secara rasional," jelas beliau sambil menambah bahawa golongan ini hanya akan memberikan undi kepada mana-mana parti yang boleh mempengaruhi mereka.

KEPIMPINAN Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat begitu mengambil berat tentang masa depan anak muda yang menjadi harapan bangsa.

Perbezaan sokongan

Seminar anjuran Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS) itu diadakan sehari selepas Dewan Rakyat dibubarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Amir Saifude, kajian yang dilakukan oleh Umcedel sepanjang tahun 2011 sehingga Januari 2013 mendapati, jumlah pengundi muda yang mahu mengundi Barisan Nasional (BN) ialah 42 peratus dan Pakatan Rakyat (PR) sebanyak 37 peratus manakala 21 peratus lagi masih tidak pasti.

"Perbezaan sokongan yang ditunjukkan oleh pengundi muda sama ada kepada BN atau pembangkang tidak begitu jauh dan ia boleh berubah menjelang hari pengundian kelak.

"Justeru, BN perlu bekerja keras untuk memenangi hati pengundi atas pagar ini sekiranya mereka ingin mendapat kemenangan selesa dalam PRU13," katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan Siswazah dan Hubungan Antarabangsa UKM, Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, faktor calon dan sabotaj dalaman menjadi dua tunjang utama dalam membantu kemenangan BN.

Jelas beliau, pemilihan calon yang sesuai dan mendapat sokongan semua pihak serta sifar sabotaj dalaman untuk parti komponen BN mampu membolehkan kerajaan mendapat semula majoriti dua pertiga atau kira-kira 150 hingga 155 kerusi Parlimen.

"Bagaimanapun, jika masalah ini tidak dapat diatasi oleh kepimpinan BN, status quo yang dimiliki sekarang diharap dapat dikekalkan dengan majoriti mudah iaitu antara 140 hingga 145 kerusi," ungkap Mohd. Fuad yang merupakan salah seorang ahli panel di samping Amir Saifude.

Tampil dengan pembentangan yang bertajuk, Persepsi dan Pola Pengundia Pengundi di Malaysia, Mohd. Fuad menjelaskan, kajian selama empat tahun di seluruh negara dan melibatkan hampir 14,500 responden itu menunjukkan keberkesanan program transformasi negara terhadap rakyat.

"Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membuktikan komitmen kerajaan untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada mereka selepas melalui tsunami politik pada PRU-12 (2008).

"Selain itu, projek-projek seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) dan banyak lagi ternyata mampu meringankan beban golongan bawahan," tutur beliau.

Dalam pada itu, Pengerusi PPSPS, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof. Madya Dr. Sity Daud menjelaskan, penganjuran seminar tersebut bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa politik tanah air.

"Ia juga mempunyai matlamat untuk menyebarkan kepada masyarakat bahawa setiap undi mereka amat besar maknanya sama ada buat parti yang menang atau kalah," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved