Jumaat, 5 April 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ibrahim Ali mahu dedah rahsia

Posted:

Ibrahim Ali mahu dedah rahsia

Ibrahim Ali mahu dedah rahsia

05/04/2013 10:29pm

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau akan mendedahkan dua rahsia besar yang mampu mengejutkan rakyat khususnya dalam kalangan penyokong parti pembangkang dalam masa terdekat.

Menurutnya, rahsia yang disimpan selama ini mampu menggoyah kepercayaan rakyat terhadap parti pembangkang.

Beliau memberi gambaran bahawa rahsia tersebut melibatkan dua perkara berkaitan pegangan aset dan juga permasalahan yang wujud dalam kalangan parti pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, rahsia tersebut hanya akan didedahkan selepas hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya ada dokumen dan maklumat yang mana saya sendiri terkejut melihatnya apatah lagi mereka di luar sana jika dapat tahu.

"Maklumat ini saya akan serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan terpulang kepada beliau sama ada mahu mengumumkannya kepada orang ramai atau saya sendiri lakukan," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam.

Laporan itu dibuat ekoran kewujudan akaun Facebook palsu www.facebook.com/ jjdol. kundang yang didakwa menggunakan nama Ibrahim.

Ibrahim berkata, beliau sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan yang bakal berlaku selepas pendedahan itu dibuat.

Lelaki Bangladesh dijel 13 tahun, tiga sebatan cabul kanak-kanak

Posted:

Lelaki Bangladesh dijel 13 tahun, tiga sebatan cabul kanak-kanak

Lelaki Bangladesh dijel 13 tahun, tiga sebatan cabul kanak-kanak

05/04/2013 10:28pm

KUALA LUMPUR - Seorang penjaga rumah kebajikan warga Bangladesh dipenjara 13 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas melakukan oral seks serta mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dijaganya, Februari tahun lalu.

Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Kamal Hossein, 29, selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Beliau menetapkan hukuman penjara 13 tahun dan tiga kali sebatan bagi tuduhan oral seks manakala kesalahan cabul dihukum penjara tiga tahun.

Hukuman diarah berjalan serentak mulai tarikh tangkap pada 27 Februari 2012 dan selesai menjalani hukuman, tertuduh akan dihantar pulang ke negara asal.

Tertuduh didakwa memaksa mangsa melakukan oral seks terhadapnya selain turut meraba punggung kanak-kanak itu di dalam bilik di Jalan Rungkup, Off Jalan Ipoh di sini pada pukul 6.45 petang, 23 Februari 2012.

Dakwaan masing-masing mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 kanun sama.

Mohd. Kamal turut dipenjara tiga tahun kerana tinggal lebih masa di negara ini dan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam A. Saravanan.

Peguam merayu hukuman ringan kerana tertuduh datang ke negara ini sejak dua tahun lalu untuk bekerja dan menyara keluarga di Bangladesh.

Pendakwaan berhujah bahawa tertuduh telah pecah amanah kepada ibu mangsa memandangkan wanita itu meninggalkan anaknya untuk dijaga tertuduh.

Malah beliau juga mendakwa tertuduh masuk ke dalam negara ini tanpa izin.

Pendakwaan mengemukakan tujuh orang saksi manakala pembelaan empat orang. - KOSMO!

Ibu tunggal rugi RM100,000 dirompak dua lelaki

Posted:

Ibu tunggal rugi RM100,000 dirompak dua lelaki

Ibu tunggal rugi RM100,000 dirompak dua lelaki

05/04/2013 10:24pm

BUTTERWORTH - Seorang ibu tunggal, G. Kumuthavali, kerugian hampir RM100,000 kerana dirompak dua lelaki selepas mengeluarkan wang dari sebuah bank di kawasan Bandar Sunway Seberang Jaya di sini pada 18 Mac lepas.

Kumuthavali, 45, berkata semasa kejadian pukul 11 pagi itu, beliau baru mengeluarkan wang dari sebuah bank dan dalam perjalanan ke sebuah agensi pelaburan sebelum keretanya dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

"Seorang daripada lelaki itu bertindak memecahkan tingkap sebelah penumpang dan merampas beg tangan yang saya letakkan di kerusi penumpang sebelah pemandu.

Berlaku pergelutan kerana saya cuba menarik beg itu, bagaimanapun gagal.

"Sebaik memperoleh beg yang berisi wang tunai sebanyak RM70,000, kad bank, barangan kemas dan dokumen penting itu, mereka terus memecut motosikal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata dua laporan polis berhubung kejadian itu dibuat kerana mengesyaki kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan seorang pekerja di agensi pelaburan terbabit.

"Hanya petugas di situ (agensi pelaburan) yang tahu berkaitan transaksi yang saya buat kerana dia yang menyuruh saya berbuat demikian.

"Dia meyakinkan saya untuk membuat pengeluaran itu kerana jika tidak memberikan wang tunai, maka saya tidak akan mendapat dividen tujuh peratus secara automatik. Kerana percayakan dia, saya pergi ke bank dan keluarkan RM70,000 secara tunai," katanya.

Kumuthavali, yang kehilangan suami sejak tiga tahun lepas, berkata kejadian itu menyebabkan beliau trauma dan tidak berani untuk keluar dari rumah seperti biasa.

Ibu dua anak berusia 17 dan 18 tahun itu berkata beliau tidak menyangka kejadian berkenaan akan menimpa dirinya kerana sememangnya dia seorang yang berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dijalankan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak, dan boleh mendapatkan bantuan polis jika terpaksa. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved