Ahad, 14 April 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tiga ditahan, pistol, kereta dan dadah dirampas

Posted:

Tiga ditahan, pistol, kereta dan dadah dirampas

Tiga ditahan, pistol, kereta dan dadah dirampas

14/04/2013 9:55pm

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita dan merampas sepucuk pistol, dua buah kereta dan beberapa bungkusan dadah di Hotel Richbaliz, Selayang Point, Selayang hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek yang berumur antara 34 dan 37 tahun dipercayai menyamun wang tunai kira-kira RM1,000 dari sebuah pusat snuker di Kompleks Selayang Capital yang terletak kira-kira 100 meter daripada hotel itu pada pukul 8.15 pagi tadi.

Beliau berkata, polis yang bertindak atas maklumat kemudiannya menyerbu hotel itu pada pukul 9 pagi dan mendapati ketiga-tiga suspek sedang berada dalam keadaan khayal di dalam sebuah bilik.

"Pemeriksaan forensik yang dilakukan di bilik hotel itu turut menemui sepucuk revolver .38 serta beberapa paket ketamin dan ekstasi," katanya kepada pemberita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Abdul Rahim berkata polis turut menemui wang tunai yang disamun itu serta dua buah kereta yang dipercayai telah digunakan suspek.

Jelas beliau, semasa menyamun pusat snuker itu, dua daripada suspek dilaporkan telah mengacukan revolver berkenaan ke arah pemilik pusat tersebut.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata api. - BERNAMA

Keselamatan Sabah terjamin, ancaman telah dihapuskan

Posted:

Keselamatan Sabah terjamin, ancaman telah dihapuskan

Keselamatan Sabah terjamin, ancaman telah dihapuskan

14/04/2013 9:51pm

SEMPORNA - Keadaan di pantai timur Sabah dan negeri Sabah keseluruhannya adalah selamat dan kini bebas daripada ancaman militan dari selatan Filipina.

Jaminan keselamatan itu diberi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

"Saya dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ingin meyakinkan seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keselamatan di pantai timur Sabah dan seluruh negeri ini adalah terjamin dan ancaman yang kita hadapi itu telah kita hapuskan sepenuhnya.

"Kami sebagai pasukan keselamatan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan keadaan itu berterusan sampai bila-bila," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai perkembangan keselamatan semasa di kawasan pantai timur Sabah kepada ketua-ketua dan pemimpin masyarakat Cina di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. - BERNAMA

Maidam kutip lebih RM200,000 untuk tiga tabung amal

Posted:

Maidam kutip lebih RM200,000 untuk tiga tabung amal

Maidam kutip lebih RM200,000 untuk tiga tabung amal

14/04/2013 8:05pm

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berjaya mengumpul derma berjumlah RM211,634.35 yang disalur kepada tiga tabung termasuk Tabung Wira Lahad Datu.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Mohd Rozali Saleh berkata sumbangan itu yang dikutip menerusi 300 masjid kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dilakukan pada tiga Jumaat, iaitu setiap Jumaat untuk tabung berbeza.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM44,269.55 dikutip untuk Pusat Hemodialisis Terengganu, RM91,864.80 untuk Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) dan baki RM75,500 untuk Tabung Wira Lahad Datu, katanya kepada pemberita selepas penyerahan sumbangan itu di sini hari ini.

Bagaimanapun menurutnya masih ada masjid belum menyerahkan sumbangan yang dikutip untuk Tabung Wira Lahad Datu.

"Kita jangka keseluruhan tabung ini akan memperoleh kutipan sehingga RM100,000," katanya.

Sumbangan itu disampaikan oleh Yang Dipertua Maidam, Datuk Omar Pilus kepada wakil masing-masing iaitu Yang Dipertua Perkaya Datuk Tengku Mahmud Mansor, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Superintenden Anuar Mohamad dan Pengurus Pusat Hemodialisis Terengganu, Mohd. Rafi Jusoh.

Sementara itu Mohd. Rafi berkata, sumbangan berkenaan akan diguna untuk membiayai sebahagian kos pembinaan pusat hemodialisis di Kubang Buyong di sini yang bernilai RM400,000. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved