Jumaat, 12 April 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Perang bendera pilihan raya

Posted:

Perang bendera pilihan raya

Perang bendera pilihan raya

PATUNG lengkap berpakaian pahlawan Melayu menggunakan bendera dapat dilihat di Kuala Terengganu.


KETERUJAAN pasangan suami isteri dari Pantai Johor, Alor Setar, Kedah menyambut Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) wajar dicontohi seluruh rakyat Malaysia.

Semangat Mohd. Idrus Hashim, 35, dan isterinya, Ana Baharom, 36, menghias pekarangan rumah mereka dengan variasi bendera parti Barisan Nasional (BN), bendera Malaysia dan wajah-wajah pemimpin sanjungan mereka ternyata mengundang kekaguman masyarakat sekeliling.

Tambah menarik apabila terdapat bendera BN yang dibentuk menjadi replika pesawat pejuang dan kereta kebal, menggambarkan parti politik prolifik negara itu sudah siap bertempur untuk PRU-13.

Pembinaan replika rumah tradisional berasaskan bendera BN dan UMNO juga dapat dilihat di Kampung Ubai, Kuantan, Pahang. Ia merupakan kempen kreatif hasil usaha dua penyokong kuat parti itu, Johar Abdul Raffar, 50, dan Khaidir Ibrahim, 32.

Bot-bot nelayan juga tidak ketinggalan dihias dengan bendera BN. Pemandangan itu jelas dapat dilihat di Jeti Seberang Kota, Alor Setar dan Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, Selangor.

Bilik Gerakan PRU-13 di Chendering Pantai, Kampung, Raja, Kuala Terengganu juga berjaya menangkap pandangan awam dengan hiasan bendera kreatif. Di hadapan bilik gerakan itu diletakkan patung lengkap berpakaian seperti pahlawan Melayu menggunakan bendera BN.

Di ibu kota Kuala Lumpur, hampir seluruh kawasan mula dibanjiri pelbagai bendera politik menandakan kuasa rakyat bagi memilih tampuk pemerintahan baharu sudah bermula.


IDRUS menunjukkan replika pesawat pejuang yang dihasilkan menggunakan bendera Barisan Nasional di kediamannya di Alor Setar.


Hampir setiap unit di rumah pangsa Jalan Datuk Keramat menggantungkan bendera BN dan UMNO sekali gus menjadi bukti sokongan padu penduduk kawasan itu terhadap parti tersebut.

Perang bendera antara parti politik juga dilihat di sepanjang jalan raya, kaki lima, jejantas, tiang-tiang elektrik dan kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

Ternyata medium berkempen menerusi bendera walaupun antara kaedah konvesional masih menjadi pilihan parti-parti politik di negara ini.

Kerancakan perang bendera yang tidak pernah merosot setiap kali menjelang pilihan raya membuktikan bahawa pendekatan itu masih relevan meskipun disaingi medium moden seperti laman-laman sosial.

Kemeriahan Karnival Moh Gogar KPMB

Posted:

Kemeriahan Karnival Moh Gogar KPMB

Kemeriahan Karnival Moh Gogar KPMB

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


SALAH satu gerai yang menjual koleksi buku Islamik mendapat sambutan pengunjung.


DERETAN khemah yang menempatkan gerai-gerai jualan memenuhi kawasan luar pekarangan Kolej Profesional Mara Beranang (KPMB), Selangor pada pagi Sabtu lalu. Jeritan suara peniaga mempromosikan produk masing-masing turut kedengaran sebaik kaki melangkah keluar dari kereta.

Semakin dihampiri, suasana riuh-rendah semakin terasa dengan alunan lagu-lagu rancak yang berkumandang.

Di kawasan padang pula, kelihatan kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun bersemangat mengikuti klinik bola sepak yang dikendalikan oleh Akademi Bola Sepak Nuri.

Selain itu, terdapat juga aktiviti sukaneka, pertandingan futsal terbuka dan paintball di beberapa lokasi berhampiran kolej tersebut.

Kesemua acara berkenaan diadakan sempena Karnival Moh Gogar KPMB yang berlangsung selama dua hari pada 6 dan 7 April lalu.

Pengarah Program Karnival Moh Gogar KPMB, Nurul Amiza Mohd. Norhizam, 19, berkata, penganjuran acara itu bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti luar.

"Selain memberi tumpuan terhadap perkara hakiki iaitu menuntut ilmu, kami juga mahu pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran asas seperti berniaga dan menguruskan program," ujar Nurul Amiza ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Sempena karnival itu juga, KPMB turut melancarkan Sekretariat Rakan Muda dalam kalangan pelajar kolej tersebut.

Pengarah KPMB, Dr. Mohd Yatim Nawai, 57, memberitahu, pihaknya menyasarkan keahlian Rakan Muda disertai semua pelajar bagi melahirkan keseimbangan dalam akademik dan aktiviti luar.

"Di KPMB, kami tidak mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi ia turut melibatkan pelbagai aspek. Saya mahu generasi Y atau golongan muda masa kini sensitif dan peka dengan keadaan sekeliling," jelas Mohd. Yatim.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Belia Selangor, Makhruzi Ikhsan, 56, menyambut baik hasrat KPMB mewujudkan Sekretariat Rakan Muda di peringkat kolej mereka.


PROGRAM klinik bola sepak untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun dikendalikan oleh Akademi Bola Sepak Nuri.


"Kami amat mengalu-alukan mana-mana institusi yang berminat dengan Rakan Muda. Melalui program ini, ia membuka peluang kepada golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti dan kerja-kerja kesukarelawan yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

"Penglibatan dalam Rakan Muda juga membolehkan setiap ahlinya menjalani gaya hidup sihat sekali gus melahirkan masyarakat intelek yang mempunyai jiwa kesukarelawan," ungkap Makhruzi.

KPMB mempunyai pelajar seramai 1,400 yang kesemuanya terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera. Kolej itu menyediakan empat kursus utama iaitu Diploma Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer dan Perniagaan Agro.

Program Karnival Moh Gogar KPMB itu dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar KPMB dengan kerjasama pelajar Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Perniagaan Agro.

Untuk maklumat lanjut mengenai KPMB, layari laman web kpmb.edu.my atau hubungi talian 03-8766 8935.

Re-Gen hilangkan kesan regangan

Posted:

Re-Gen hilangkan kesan regangan

Re-Gen hilangkan kesan regangan

Oleh NIZHA PERIASWAMY

RUSNANI (kiri) menunjukkan cara-cara mengurut yang betul bagi ibu yang baru lepas bersalin.


KESAN regangan pada kulit yang wujud semasa dan selepas kehamilan atau parut akibat kecederaan antara masalah yang boleh mencacatkan kecantikan seseorang, khususnya wanita.

Namun, ia tidak lagi menjadi kebimbangan kerana minyak penjagaan kulit, Re-Gen diperkenalkan di pasaran sebagai satu pilihan alternatif dan bermutu dalam menghilangkan semua masalah tanpa kesan negatif.

"Produk ini memberi anda peluang memulihkan semula kecantikan semula jadi kulit. Diuji secara dermatologi, Re-Gen mengandungi bahan aktif cecair PCL yang menggalak pemulihan kulit dengan mengurangkan bahan pengoksidaan pada kulit," kata Pengarah Urusan, Pemilik jenama Re-Gen, Linco Care Ltd, Seena Seka.

Produk yang dihasilkan di England dan digunakan sejak tahun 2008 itu disokong oleh rakan niaga tempatan, DKSH Malaysia.

Kandungan seperti Vitamin A dan E yang melawan penuaan kulit dengan campuran minyak lavender, calendula, chamomile dan rosemary antara bahan-bahan yang dirumus khas dalam minyak Re-Gen.

Pengurus Pemasaran Penjagaan Kesihatan Pengguna DKSH Malaysia, Carolyn Loo memberitahu, minyak tersebut berbau wangi dan lembut pada kulit. Ia juga memiliki sijil halal dan sesuai pada semua peringkat umur.

"Ia tidak memberi kesan berminyak dan para pengguna wanita boleh menggunakan terus pada wajah tanpa perlu risau sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kulit," tambah Carolyn.

Selain itu, bagi mereka yang menghadapi masalah penurunan berat badan, minyak Re-Gen juga mampu mengurangkan kewujudan kesan pada kulit regang.

Melembapkan kulit

Model, pelakon dan usahawan, Dynas Mokhtar memberitahu, kesan regangan pada tubuhnya mula muncul ketika pertama kali mengandung pada bulan keenam.

"Saya cuba gunakan minyak kelapa dara, tetapi ia membuatkan kulit saya gatal. Kini saya rasa lega menemui minyak Re-Gen kerana ia berjaya menghilangkan kesan regangan yang masih wujud itu," kata Dynas.

Dynas mengakui menggunakannya pada muka, tangan dan kaki selain bahagian perut kerana membantu melembapkan kulit.

Seorang lagi wanita, fasilitator program drama di Akademi The Actors Studio, Kimmy Kiew, 36, juga memilih menggunakan minyak Re-Gen sejak lapan bulan disahkan hamil.

"Semasa trisemester ketiga, saya merasa lega kerana kulit saya tidak merengsa dan kini, kesan regangan saya pun sudah mula hilang dan hampir tidak kelihatan," katanya yang baru sebulan lebih melahirkan anak pertama.

Dalam pada itu, majlis pelancaran turut diserikan dengan demonstrasi teknik mengurut perut wanita oleh Jururawat Am, Bidan dan Pakar Terapi Urut, Rusnani Mohamed.

"Teknik ini boleh membantu minyak meresap jauh ke dalam kulit bagi mendapatkan lebih banyak kebaikan. Otot lebih selesa, kulit lebih licin dan kesan parut atau regang juga hilang," kata Rusnani.

Minyak Re-Gen dijual pada harga RM29.90 bagi botol 75 milileter (ml) dan RM45.90 bagi botol 125 ml.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved