Jumaat, 12 April 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lagi pengganas Sulu didakwa

Posted:

Lagi pengganas Sulu didakwa

Lagi pengganas Sulu didakwa

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

PASUKAN keselamatan mengawal ketat pengganas Sulu yang dibawa ke Mahkamah Tinggi Tawau semalam.


TAWAU – Tiga beranak merupakan antara 11 individu warga Filipina yang berdepan hukuman mati dan penjara seumur hidup selepas mereka didakwa di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Salib Akhmad Emali bersama dua anaknya, Binhar dan Anwar, dituduh mengikut Seksyen 121/130KA Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong serta menjadi ahli kumpulan pengganas.

Salib turut didakwa di bawah Seksyen 130E Kanun Keseksaan kerana melindungi dan merekrut orang lain menjadi pengganas. Dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Pertuduhan yang diterjemah ke dalam bahasa Bajau dan Suluk itu dibaca di hadapan Hakim P. Ravinthran.

Selain tiga beranak itu, turut didakwa mengikut seksyen yang sama ialah Masir Aidin, Ismail Yasin, Tani Lahad Dahi, Wazir Osman @ Abdul, Abd. Hadi Mawan, Julham Rashid, Virgilio Nemar Patulad @ Mohammad Alam Patulada dan Aiman Darie.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.

Abd. Hadi merupakan satu-satunya tertuduh yang bercakap selepas pertuduhan dibacakan apabila berkata dalam bahasa Bajau: "Ini semua tidak betul."

Kesemua tertuduh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang anggota polis berpangkat Koperal, Hassan Ali Basari mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hamza lakar sejarah PDRM

Posted:

Hamza lakar sejarah PDRM

Hamza lakar sejarah PDRM

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my


GAMBAR fail menunjukkan Hamza (tengah) melihat kesan kemusnahan di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah.


KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib melakar sejarah sebagai ketua polis negeri pertama yang dianugerahkan pangkat Komisioner Polis (CP) dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yusoof berkata, kenaikan pangkat daripada Deputi Komisioner Polis (DCP) itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia (SPP) berkuat kuasa semalam.

"Beliau merupakan ketua polis negeri yang pertama memangku pangkat CP dalam PDRM," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Lazimnya, ketua polis negeri memegang pangkat DCP manakala pangkat CP dipangku oleh Pengarah di lapan buah jabatan utama di Bukit Aman.

Antara pengarah yang menjawat pangkat CP termasuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim, dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

32 warga Filipina dibebas

Posted:

32 warga Filipina dibebas

32 warga Filipina dibebas

KOTA KINABALU - Polis membebaskan 32 warga Filipina yang ditahan di perairan Tambisan, Lahad Datu Isnin lalu selepas mendapati mereka tiada kaitan dengan puak pengganas Sulu.

Kesemua mereka dibebaskan pada pukul 5 petang kelmarin dengan diiringi pasukan keselamatan hingga ke sempadan perairan Filipina, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

"Arahan pembebasan dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebaik siasatan mendapati mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengganas Sulu di Lahad Datu.

"Siasatan mendapati bot kumpit yang mereka naiki telah terkandas di perairan Sabah sewaktu dalam perjalanan ke Taganak dekat Pulau Tawi-Tawi selepas mengalami kerosakan," katanya ketika ditemui di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved