Isnin, 1 April 2013

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Perhimpunan pereka fesyen terbaik

Posted:

Perhimpunan pereka fesyen terbaik

Perhimpunan pereka fesyen terbaik

Oleh HAFIZ AHMAD

STRUKTUR monumen tradisional Vastu Vidia menjadi pegangan fesyen Sapto.


KEHANGATAN pertunjukan fesyen Mercedes-Benz Stylo Grand Prix berakhir dengan penuh gilang-gemilang selepas seminggu menghamparkan seleksi gaya terkini yang berpaksikan The Mannequin Fantasies sebagai tema utama.

Pelbagai gaya dan idea cuba disampaikan oleh para pereka tempatan yang turut disertai oleh beberapa pereka dari negara Asia lain. Sebilangan daripada mereka mempunyai sentuhan anggun dan mempesona. Namun, terdapat juga pereka yang hadir dengan rekaan sekadar biasa-biasa atau hanya menonjolkan pesona sama seperti dalam beberapa pertunjukan fesyen sebelum ini.

Walaupun begitu, masih ada permata yang semakin bersinar dan layak diketengahkan seperti pemenang Emerging Designer of The Year 2012, Hanif Naim. Dia mempamerkan koleksi elegan dan minimalis rona asas putih dan hitam dipadankan dengan warna merah. Ibarat membawa unsur latin dari Mexico yang menjadi medan pertunjukan sempena kemenangannya pada tahun lalu.

Tidak ketinggalan, pereka Hazree Wahid menampakkan sisi glamor yang anggun buat sang pengantin melalui rekaan daun kembang duyung disesuaikan dengan pilihan fabrik dan perincian eksentrik menghiasi busananya.

Kedatangan pereka dari Indonesia, Sapto Djojokartiko membawa helaian indah yang mengambil inspirasi reka bentuk seni bina tradisional, Vastu Vidia. Penerapan elemen-elemen tersebut menghasilkan koleksi kontemporari sedia pakai buat wanita kota metropolitan.

Terkenal sebagai seorang pereka adibusana yang biasa disarungkan selebriti-selebriti seberang seperti Dian Sastrowardoyo, Bunga Citra Lestari dan Wulan Guritno, koleksi Sapto memberi tumpuan kepada kemasan dan teknik yang teliti.

INSPIRASI Madusa menjadi cetusan idea dramatik Jovian yang diangkat sebagai penerima Designer of The Year.


"Saya cuba menghasilkan busana yang kurang dramatik supaya mudah disuaipadankan pada acara-acara kasual dan tidak terlalu sarat dengan perincian fabrik dan aksesori," ujarnya ketika ditemui Stailo usai pertunjukan fesyen pada malam pembukaan.

Tambahnya, koleksi sedia pakai ini memfokuskan kepada fungsi dalam rekaan yang menggunakan rona seperti putih krim, metalik, kelabu, keperangan dan hitam. Selain itu, Sapto cuba menginterpretasikan budaya Indonesia, tetapi mempunyai cita rasa fesyen antarabangsa.

"Ia direka mengikut lekuk tubuh seorang wanita bagi menampakkan sisi berani pemakai," ujar Sapto.

Seorang lagi pereka jemputan yang hadir dengan koleksi mempesona iaitu Eric Delos Santos dari Filipina. Memilih warna-warna metalik, Eric mencipta tarikan melalui gaun hitam dengan perincian kerawang rona metalik.

Dewi Madusa daripada Jovian

Tanpa disangkal lagi persembahan Jovian Mandagie merupakan detik klimaks kepada pertunjukan fesyen Stylo tahun ini. Pereka yang dijulang dengan anugerah Designer of The Year 2013 itu berjaya menukar suasana dewan utama Hotel Aloft, KL Sentral dengan mempersembahkan pertunjukan penuh dramatik dan klasik melalui penataan muzik ala orkestra dalam latar penuh misteri.

Mengambil inspirasi dewi Greek, Madusa, koleksi Jovian turut diperindahkan dengan aksesori-aksesori timbunan ular bagi menaikkan mood sekali gus melengkapkan perjalanan dunia mistik ciptaan pereka berbakat itu.

Lari daripada sebarang konsep dramatik mahupun persembahan biasa, Amir Luqman cuba menyerlahkan sisi kreatif dan aura seorang usahawan melalui penggunaan iklan-iklan yang dibawa oleh para model.

"Belum ada lagi pertunjukan fesyen menggunakan konsep sebegini. Di samping mempamerkan koleksi baharu, saya gunakan peluang yang ada sebagai inisiatif untuk memberitahu umum mengenai kerjasama saya dengan Zalora," ujar Amir.


PENTAS fesyen Mercedes-Benz Stylo berjaya mencungkil kehebatan pereka fesyen muda tanah air.


Koleksi kali ini merupakan rekaan yang menjurus kepada personaliti Amir dan berteraskan kepada persalinan harian pereka muda itu. Tiada sebarang perincian berlebihan kerana Amir mahu koleksi terbaharu ini lebih ringkas dan bergaya sesuai untuk wanita urban.

"Selama ini ramai kenalan sering bertanyakan mengenai busana-busana yang saya sarungkan ke acara-acara sosial. Disebabkan itu, saya tergerak untuk mencipta koleksi peribadi dan kasual, sesuai untuk wanita muda," jelasnya. Koleksi istimewa itu boleh didapati di Zalora pertengahan tahun ini.

Pertunjukan busana lelaki turut mendapat sambutan hebat apabila setiap genap ruang dewan dipenuhi oleh penggemar fesyen tanah air.

Presiden Persatuan Pereka Bumiputra (BDA), Bon Zainal mempersembahkan deretan sut yang menjadi kekuatan pereka senior itu. Terkenal dengan rekaan kemas, Bon mempamerkan enam koleksi sut dengan pilihan warna yang lebih moden dan maskulin. Penggunaan fabrik baldu dan sutera menjadi pilihan dalam koleksinya.

Seperti kebiasaan, Most Promosing Designer of The Industry 2013, Fairuz Ramdan sekali lagi menonjolkan signatur imej vintaj untuk pertunjukan tahun ini. Ujar Fairuz, pengolahan gaya menampakkan keberanian seorang lelaki untuk menyarung busana yang tidak menurut aturan kebiasaan sang pria.

"Jika selama ini, hanya kaum wanita sahaja mempunyai helaian pakaian yang pelbagai. Melalui koleksi ini, saya cuba meningkatkan gaya dan personaliti seorang jejaka dengan pilihan material yang berani, malah lari daripada busana seharian," jelas Fairuz ketika ditemui Stailo.

Bagi menyuntik kelainan, Fairuz menggunakan khidmat rakan-rakan dalam bidang seni dan fesyen seperti Awal Ashaari, Bront Palarae dan Syomir Izwa untuk memperagakan koleksinya.

Motif cetakan Flow

Posted:

Motif cetakan Flow

Motif cetakan Flow

RONA putih tampak anggun dengan padanan seluar atau skirt kembang warna ceria.


SAIZ tubuh badan tidak lagi menjadi penghalang untuk setiap wanita menyarungkan busana indah kala menghadiri acara rasmi atau keluar bersiar-siar pada hujung minggu.

Wanita bertubuh besar sering dinasihatkan agar memakai cetakan menjalur atau rona gelap yang bosan bagi menutup beberapa bahagian badan mereka. Namun kini tidak lagi apabila semakin banyak gaya yang dapat menukar imej mereka kepada aura anggun nan jelita.

Sebelum membuat sebarang pembelian baju, jangan malu untuk mencuba dulu bagi melihat kesesuaiannya pada tubuh. Saiz yang dinyatakan pada baju tidak semestinya padan dengan badan anda.

Usah takut untuk bergaya seperti model di pentas peragaan. Ambil inspirasi fesyen terkini dengan memilih busana yang seakan-akan sama dengan jenama-jenama terkenal. Lupakan peraturan lapuk yang membelenggu diri selama ini kerana yang paling utama adalah memilih busana yang tepat untuk diri anda.

Jika ingin bergaya mengikut trend terkini, dapatkan tukang jahit atau pereka fesyen tempatan dan reka busana idaman anda. Kepakaran mereka dapat membantu anda untuk tampil menarik.

Koleksi musim baharu Flow memberi deretan pilihan yang menyerlahkan lagi pesona diri di samping mengekalkan kejelitaan semula jadi si pemakai.

Inspirasi era retro dengan sentuhan gaya bohemian menjadi pegangan kepada seleksi busana kali ini. Ia menonjolkan semangat hippie dipadankan dengan kesesuaian peredaran moden.

Corak cetakan dan berpaten mendominasi busana Flow. Bagi mendapatkan sentuhan segar, sarungkan busana bermotifkan etnik tribal yang menjadi ikutan masa kini. Pilihan warna yang pelbagai boleh dilihat seperti rona hitam putih yang diserikan pada baju maxi.

Alunan seksi cetakan kulit harimau bintang dan kuda belang kembali semula pada koleksi musim ini. Ia diserlahkan pada blaus, seluar jenis palazo dan skirt pensil dengan stail terkini yang cantik dipadankan dengan aksesori tambahan seperti anting-anting dan juraian rantai.

Kebangkitan fesyen vintaj era 70 dinyatakan melalui gaya retro zig-zag dan cetakan paisley. Kombinasi yang menarik dan berpaten pada dres, blaus berwarna-warni dan variasi palazo memberi inspirasi fesyen kepada setiap wanita terutamanya yang bertubuh besar.

Legasi musim bunga Coach

Posted:

Legasi musim bunga Coach

Legasi musim bunga Coach


VARIASI koleksi Coach musim bunga 2013.


PENGGEMAR aksesori label mewah dari Amerika Syarikat, Coach kini boleh memiliki koleksi terbaharu melalui hamparan variasi item untuk musim bunga 2013. Koleksi kali ini meneruskan legasi warisan jenama tersebut yang telah menginjak usia 70 tahun berpaksikan barangan kulit mewah, ketukangan inovatif dan gaya ikonik.

Coach memberi pembaharuan koleksi terasnya terutama untuk koleksi Legacy yang memperkenalkan rekaan terkini dan sentuhan istimewa untuk kaum wanita dan lelaki. Kesegaran dapat dirasai melalui pemilihan warna-warna, material kulit dan sentuhan baharu untuk musim kali ini.

Koleksi Legasi musim bunga 2013 untuk wanita dicetuskan dengan warna segar dan platform-platform baharu. Kulit Legacy yang tahan lasak dipertingkatkan kepada tekstur mewah selain mempunyai tekstur berlubang yang diperbaharui. Kesemua koleksi itu diserlahkan dengan juntai jumbai kulit bersudut dengan potongan ringkas.

Beg Legacy Duffle dihiasi warna-warna lembut dan elegan seperti lemon dan chambray. Versi yang lebih kecil dan cerah, Legacy Perforated Rugby Stripe Duffle ditampilkan dengan hiasan warna-warna kontra yang lebih berani. Palet biru pekat, putih dan chambray memberikan perubahan yang lebih lasak pada beg Duffle.

Sentuhan terbaharu turut menghiasi beg Mini Tanner yang menggabungkan rupa moden Tanner Tote yang lebih besar dengan saiz kecil dan gesper bertali bebas. Mempunyai banyak fungsi menjadi kunci kepada beg Romy Top Handle dengan reka bentuk rona pastel dan pemegang boleh laras.

Coach untuk sang pria ditambah baik rekaannya dengan bentuk moden dan lebih pelbagai fungsi.

Koleksi Bleecker yang sesuai untuk lelaki lasak digayakan dengan warna-warna maskulin yang menjelaskan pesona seorang lelaki. - HAFIZ AHMAD

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved