Khamis, 25 April 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mati ditembak dalam Perdana

Posted:

Mati ditembak dalam Perdana

Mati ditembak dalam Perdana

MAYAT Ragunathan yang mati ditembak ketika berhenti di Jalan Seremban-Tampin, Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang lelaki mati selepas ditembak dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa, N. Ragunathan, 39, yang memandu kereta Proton Perdana maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, sebelum kejadian, mangsa yang dalam perjalanan ke Seremban berhenti di tepi jalan berhampiran Ibu Pejabat JPJ negeri tetapi tidak diketahui tujuannya berhenti di situ.

Menurut beliau, kereta mangsa kemudian dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal sebelum pembonceng motosikal itu melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa dari jarak dekat.

"Semasa terkena tembakan, mangsa yang cedera parah cuba memandu kereta untuk melarikan diri tetapi tidak sampai 40 meter kenderaan dipandunya terbabas ke tepi jalan. Mangsa kemudian ditemui mati di tempat kejadian," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lima pelajar ditahan belasah rakan sekolah

Posted:

Lima pelajar ditahan belasah rakan sekolah

Lima pelajar ditahan belasah rakan sekolah

MIRI – Lima pelajar lelaki tingkatan 5 sebuah sekolah menengah di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes pukul melibatkan seorang pelajar di sekolah sama sehingga mangsa mengalami kecederaan parah pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, kesemua lima pelajar yang berusia 17 tahun itu ditahan sama ada di sekolah berkenaan atau rumah masing-masing sejurus selepas kejadian tersebut.

"Semasa kejadian pada pukul 5.30 petang Selasa lalu, mangsa sedang menunggu van di luar sekolah sebelum dihampiri lima rakan sekolahnya.

"Berlaku pertelingkahan antara mangsa dan kumpulan suspek itu sebelum suspek-suspek itu kemudian membelasah mangsa termasuk ada antara suspek menggunakan topi keledar," kata beliau pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sasar lebih 100,000 pengunjung

Posted:

Sasar lebih 100,000 pengunjung

Sasar lebih 100,000 pengunjung


MOHAMMAD menunjukkan sebahagian produk keluaran usahawan bumiputera dijual sempena Ekspo Windows To The World di Shah Alam semalam.


KUALA LUMPUR – Lebih 100,000 pengunjung dijangka membanjiri Ekspo Windows To The World Wilayah Persekutuan yang akan diadakan di Aras 2, Stesen Sentral di sini selama lima hari bermula hari ini.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Wilayah Persekutuan, Teh Arfah Kamarul Zaman (gambar kecil) berkata, ekspo itu bertujuan untuk membantu usahawan industri kecil dan sederhana memantapkan perniagaan masing-masing.

Selain itu, ekspo itu juga memainkan peranan sebagai 'jambatan' antara agensi-agensi kerajaan dengan usahawan.

"Ia juga satu platform untuk produk usahawan bumiputera ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Ini adalah peluang usahawan kecil melebarkan sayapnya perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi," ujarnya di sini semalam.

Ekspo Windows To The World dianjurkan oleh Mara dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala Kosmo! pula menjadi akhbar rasmi ekspo yang diadakan bermula pukul 7.30 pagi sehingga 7.30 malam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved