Khamis, 25 April 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bengkel bantu murid UPSR

Posted:

Bengkel bantu murid UPSR

Bengkel bantu murid UPSR

AZHARUDDIN (lima dari kiri) dan Ahmad Taufik (tengah) bergambar bersama para guru dan murid-murid yang terlibat dalam Bengkel Bahasa Inggeris dan Sains di SK Taman Nusa Perintis 1, Gelang Patah, Johor baru-baru ini.


USAHA mendidik anak bangsa tidak sepatutnya dibebankan atas bahu guru-guru sahaja. Individu, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan masing-masing dalam membantu mendidik mereka.

Begitulah yang dilakukan pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dengan mengambil pendekatan menganjurkan Bengkel Bahasa Inggeris dan Sains untuk murid-murid di sekitar Gelang Patah, Johor.

Program tahunan itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Daerah Johor Bahru dengan pembabitan seramai 150 murid yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Bengkel tersebut diadakan sebulan sekali bermula pada bulan Mac lalu hingga Jun tahun ini bertempat di dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Nusa Perintis 1 dan SK Tanjung Kupang.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Strategi PTP, Azharuddin Nordin berkata, sebelum ini bengkel tersebut hanya mengajar subjek Bahasa Inggeris tetapi mulai tahun ditambah subjek Sains.


AHMAD TAUFIK menyampaikan modul pembelajaran kepada salah seorang murid yang terlibat dalam bengkel.


"Sehubungan itu, kami turut melantik tenaga-tenaga pengajar yang pengalaman luas dalam teknik pengajaran subjek Bahasa Inggeris dan Sains.

"Kelas tersebut dijalankan secara intensif selama empat bulan selain bengkel sehari agar murid-murid terbabit dapat memahami dengan lebih baik dan meningkatkan pemahaman terhadap subjek tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru, Ahmad Taufik Hamzah berkata: "Inisiatif PTP patut dipuji dan dicontohi oleh syarikat-syarikat korporat yang lain."

"Penganjuran program-program seperti ini dapat membantu meningkatkan tahap pengetahuan murid-murid serta membantu mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

"Saya yakin bengkel ini akan memberi manfaat kepada murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti," katanya.

Masa makan lebih seronok dengan

Posted:

Masa makan lebih seronok dengan <i>Twinkle Tup</i>

Masa makan lebih seronok dengan Twinkle Tup


TWINKLE TUP merupakan rangkaian produk baharu keluaran Tupperware Brands.


RAMAI ibu bapa berdepan masalah ketika memberi makan anak-anak sama ada mereka makan sedikit atau tidak mahu makan langsung.

Peka dengan masalah tersebut, Tupperware Brands Malaysia Sdn. Bhd. (Tupperware Brands) tampil membawa pembaharuan dalam rangkaian produk mereka dengan memperkenalkan Twinkle Tup.

Naib Pengerusi Kawasan merangkap Pengarah Urusannya, David Wong memberitahu, rangkaian produk baharu itu dibangun dan direka selepas melakukan penyelidikan ekstensif dan ujian.

"Twinkle Tup merupakan bekas minuman dan makanan berwarna terang, ceria yang direka khusus untuk kanak-kanak berusia enam hingga 18 bulan dan 18 bulan hingga 36 bulan.

"Produk ini mempunyai ciri-ciri selamat, mendidik dan memperkasa perkembangan kanak-kanak. Ia juga boleh dijadikan alat mainan dan pembelajaran yang inovatif," kata David.

"Justeru, ia dapat membantu kanak-kanak meningkatkan keyakinan diri, pembangunan kemahiran motor, memperbaiki koordinasi mata dan tangan sepanjang tumbesaran mereka," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Kanan Pemasaran Tupperware Brands, Karen Ng memberitahu, Twinkle Tup bebas daripada BPA, penggunaan warna yang dibenarkan, mesra kanak-kanak dan tiada bahagian tajam yang boleh mencederakan mereka.

"Produk ini memudahkan kanak-kanak minum kerana aliran air yang keluar terkawal selain mudah dipegang," katanya. - NURUL IZZA ROSLI

Iron Man hampir tumpas

Posted:

Iron Man hampir tumpas

Iron Man hampir tumpas

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

MARVEL'S IRON MAN 3


PENGGEMAR siri komik Marvel Iron Man pastinya menanti-nantikan kemunculan filem aksi penuh mendebarkan Iron Man 3 pada minggu ini.

Filem francais ketiga lakonan mantap Robert Downey Jr. itu menyajikan lebih drama dan air mata berbanding filem terdahulu.

Mampukah Tony Stark melawan gerak hati yang sentiasa mempersoalkan kecanggihan teknologi yang diciptanya sehingga mengabaikan kesejagatan dunia? Saksikan Iron Man 3 di pawagam berhampiran.

Layar Perak turut membawa penonton menyaksikan adegan asmara antara Nora Danish dan Rusdi Ramli menerusi filem romantik Mencari Cinta yang telah mengundang kontroversi awal sebelum ditayangkan.

Turut mengisi slot menarik di pawagam pada minggu ini ialah himpunan filem pelbagai genre dari negara ikonik romantik, Perancis sempena Festival Filem Perancis.

Antara yang menarik perhatian ialah What's In A Name, The Horseman On The Roof, Jet Lag, Popular, The Snows Of Kilimanjaro, The Chef dan A Screaming Man.

Mencari Cinta

Tarikh tayangan: 25 April 2013

Durasi: 1 jam 38 minit

Genre: Romantik

Pengarah: Shirin Khuzaimi

Pelakon: Nora Danish, Riezman Khuzaimi, Connie Ahmad

Sinopsis: Pada mulanya, Myra Tan Sri Johan akan berkahwin dengan Malek, lelaki pilihan sendiri tetapi akhirnya ditinggalkan oleh Malik yang mencintai orang lain. Kejadian itu membawa banyak masalah kepada Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani kerana semua persiapan sudah siap dan jemputan telah dihantar. Pada masa sama, seorang budak kampung bernama Razlan Ariffin yang taat dan sopan kepada ibu bapanya dan memiliki sebuah ladang, baru sahaja putus tunang dengan Mila yang ingin melanjutkan pelajarannya. Razlan menerima hakikat bahawa dia dan Mila sudah tidak mempunyai perasaan sayang. Nasib menemukan Razlan dengan Myra apabila kedua-dua belah keluarga merancang untuk menyatukan mereka berdua. Adakah Razlan yang dibesarkan oleh ibu bapa tradisional serasi dengan Myra yang merupakan anak orang kaya dengan gaya hidup moden? Bolehkah mereka jatuh cinta antara satu sama lain?

Marvel's Iron Man 3

Tarikh tayangan: 26 April 2013

Durasi: 2 jam 10 minit

Genre: Aksi, pengembaraan, sains fiksyen

Pengarah: Shane Black

Pelakon: Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Ben Kingsley, Guy Pearce, Rebecca Hall, James Badge Dale, Jon Favreau

Sinopsis: Susulan peristiwa yang berlaku daripada filem Iron Man 2, Tony Stark kini berdepan dengan musuh yang tidak mengenal erti putus asa. Apabila Tony mendapat tahu bahara dunia peribadinya telah dimusnahkan oleh musuh tersebut, dia mengambil keputusan untuk mencari petualang itu dan membalas dendam. Perjalanannya bagaimanapun, berdepan dengan ujian yang menguji kesabarannya. Tony akhirnya dibiarkan terselamat bersama alatan canggihnya, bergantung harap pada kepintaran dan nalurinya untuk mempertahankan individu yang berada di sampingnya. Ketika bertempur, Tony berdepan persoalan yang selama ini sering menghantui kehidupannya; adakah manusia mencipta sut berteknologi tinggi atau teknologi membina manusia?

The Snows Of Kilimanjaro

Tarikh tayangan:

25 April 2013

Durasi: 1 jam 57 minit

Genre: Romantik

Pengarah: Robert Guediguian

Pelakon: Ariane Ascaride, Jean-Pierre Darroussin, Gerard Meylan

Sinopsis: Walaupun kehilangan kerja, Michel hidup bahagia bersama Marie-Claire, anak-anak dan cucu-cucu. Mereka mempunyai kawan rapat dan berbangga dengan kesatuan serta perjuangan politik mereka. Kebahagiaan tersebut berakhir apabila mereka dirompak dan dipukul oleh dua perompak. Keadaan menjadi lebih teruk apabila mereka mendapati salah seorang daripada perompak tersebut merupakan rakan sekerja Michel yang telah dipecat.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved