Khamis, 21 Februari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Cemburu: Wanita potong alat kelamin suami

Posted:

Cemburu: Wanita potong alat kelamin suami

Cemburu: Wanita potong alat kelamin suami

21/02/2013 10:09pm

JAKARTA – Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur, hari ini.

Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, lapor portal berita Tempo.Co.

"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi," kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.

Beliau berkata, ketika itu lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah pisau, kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.

Jurucakap polis daerah Saronggi yang mengesahkan kejadian itu berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat kelamin suaminya kerana mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep. – BERNAMA

8 tentera Indonesia mati ditembak penyerang

Posted:

8 tentera Indonesia mati ditembak penyerang

8 tentera Indonesia mati ditembak penyerang

21/02/2013 10:06pm

JAKARTA – Lapan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali yang dipercayai dari kumpulan pemisah, di pos keselamatan di dua tempat, di daerah kecil Puncak Jaya, Papua hari ini.

Polis Indonesia berkata, seorang anggota tentera ditembak mati di kawasan Tingginambut, manakala tujuh yang lain mati ditembak di kawasan Sinak, dalam kejadian serangan pada pukul 9.30 pagi dan 10.30 pagi itu.

TNI dalam kenyataan media menyatakan bahawa serangan itu dipercayai dilakukan kumpulan Gerakan Sivil Bersenjata Papua.

Sementara itu Menteri Penyelaras Bidang Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Djoko Suyanto mengecam keras kejadian serangan itu.

"Ini berlaku ketika kerajaan sedang berusaha mencapai perdamaian di Papua, mempercepatkan pembangunan, memberikan keistimewaan untuk Papua tapi masih diganggu tindakan tidak bertanggungjawab," katanya. – BERNAMA

Rayuan bantu ubati anak sakit jantung berlubang

Posted:

Rayuan bantu ubati anak sakit jantung berlubang

Rayuan bantu ubati anak sakit jantung berlubang

21/02/2013 10:04pm

KULAIJAYA – Seorang juruteknik merayu bantuan untuk membiayai kos rawatan anak bongsunya berusia 17 bulan, Nurafiah Sarah Mohd Asri, yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang.

Mohd Asri Abdullah, 42, dari Taman Wawasan di sini berkata, Nurafiah disahkan menghidap penyakit jantung berlubang berikutan masalah pada injap jantungnya, menyebabkan tumbesarannya tidak stabil, dan sentiasa dalam keadaan lemah.

"Lebih menyedihkan, Nurafiah tidak boleh menjalani pembedahan akibat berat badannya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan. Bagaimanapun Nurafiah perlu membuat pemeriksaan berjadual di Institut Jantung Negara," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pendapatannya sebagai juruteknik sekitar RM2,000 sebulan tidak cukup untuk membiayai kos rawatan itu memandangkan beliau juga terpaksa menanggung persekolahan dua lagi anak masing-masing berusia 10 dan 11 tahun.

"Dengan pendapatan tidak seberapa, saya buntu bagi mencari jalan membiayai kos rawatan dan kos perjalanan sebanyak RM1,000 ke sana (IJN)," katanya.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Asri di talian 017-7473706. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved