Kosmo Online - Komuniti Kita |
- UUM anjur makan malam rai pengamal media Kedah
- Wira Sasa menang Cabaran Xplorace Wilayah 2013
- UiTM bantu orang Islam di Kemboja
UUM anjur makan malam rai pengamal media Kedah Posted: UUM anjur makan malam rai pengamal media Kedah
ERAT. Satu majlis Malam Mesra Media Bersama Unit Komunikasi Korporat Universiti Utara Malaysia (UUM) di Hotel Holiday Villa, Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Majlis itu menghimpunkan lebih 50 pengamal media daripada pelbagai agensi di negeri Kedah. Ia dirasmikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Abdul Malek Karim yang mewakili Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak. Turut dihadiri Presiden Kelab Media Elit Kedah, Kamarul Arifin. Pada majlis tersebut, Abdul Malek berkata, media memainkan peranan penting dalam mempromosi bidang pendidikan di negara ini. Majlis diserikan dengan acara cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik sebagai penghargaan kepada pihak media yang banyak memainkan peranan memperkenalkan UUM selama ini. | |
Wira Sasa menang Cabaran Xplorace Wilayah 2013 Posted: Wira Sasa menang Cabaran Xplorace Wilayah 2013![]() PASUKAN Wira Sasa (duduk), Anak Cucu Pak Dollah (kiri) dan Optimus Prime meraikan kemenangan masing-masing dalam Cabaran Xplorace Wilayah 2013 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur baru-baru ini. MENCABAR. Cabaran Xplorace Wilayah 2013 yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sekitar ibu negara sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan mendapat sambutan baru-baru ini. Lebih 400 peserta menyertai program bertemakan Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan di Perpustakaan Kuala Lumpur. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tuan Idzawi Raja Ismail berkata, acara itu juga dapat memberi kesedaran kepada rakyat mengenai tempat-tempat menarik di ibu kota. Ia dimenangi oleh pasukan Wira Sasa diikuti pasukan Anak Cucu Pak Dollah pada tempat kedua dan ketiga oleh pasukan Optimus Prime. | |
UiTM bantu orang Islam di Kemboja Posted: UiTM bantu orang Islam di Kemboja![]() BADERISANG (tengah) bersama sukarelawan komander Kesatria yang menyertai Opkim ke Kemboja pada majlis penyerahan bendera ke Kemboja di UiTM, Pulau Pinang baru-baru ini. BERBAKTI. Seramai 20 sukarelawan yang terdiri daripada komandan Kesatria dan kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang ke Kemboja bagi menjayakan Operasi Khidmat Masyarakat (Opkim) baru-baru ini. Ketua Unit Kokurikulum UiTM Pulau Pinang, Mejar Jauhari Mat Rejab berkata, kehidupan masyarakat Islam di negara itu yang serba daif membuatkan pihaknya memilih untuk melakukan kerja khidmat bakti kepada mereka yang tidak berkemampuan. "Kita turut membawa RM60,000 hasil sumbangan pelajar, warga UiTM dan badan korporat untuk digunakan bagi membiayai projek pembinaan sekolah agama, surau, dan tandas di perkampungan itu," katanya. Turut hadir ialah Mejar Kehormat Unit Kesatria, Dr. Baderisang Mohamed. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan