Kosmo Online |
- DBKL tebang pokok halang laluan pejalan kaki
- Bekas pengarah didakwa terima deposit tanpa lesen
- Polis tahan dua lelaki cuba samun kedai serbaneka
DBKL tebang pokok halang laluan pejalan kaki Posted: DBKL tebang pokok halang laluan pejalan kaki13/02/2013 6:10pm KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menebang pokok yang rosak antara Jalan Melaka dan Bukit Nanas kerana didapati menghalang laluan pejalan kaki. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, DBKL dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan syarikat perunding landskap, Landskap Integrasi, mengenal pasti tidak kurang 15 batang pokok di laluan yang diberi nama 'Jejak Warisan 2' itu yang akan ditebang. "Antara pokok yang akan ditebang atau diganti daripada jenis rain trees (Hujan-hujan), Angsana dan Bongor, serta yang tak sihat kita akan ganti dengan pokok berlainan spesies yang lebih baik," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas sesi tinjauan mesra Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama media dan pertubuhan bukan kerajaan di laluan 'Jejak Warisan 2' di sini hari ini. Laluan Jejak Warisan 2 sepanjang 1.5 kilometer itu bermula dari Jalan Melaka melalui Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan dan berakhir di Pusat Maklumat Perhutanan Bukit Nanas. - BERNAMA |
Bekas pengarah didakwa terima deposit tanpa lesen Posted: Bekas pengarah didakwa terima deposit tanpa lesen13/02/2013 6:09pm KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah yang mengusahakan syarikat pelaburan berasaskan rumpai laut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah. Choi Kok Peng, 48, didakwa membantu syarikat AK United Sdn. Bhd. menerima deposit daripada orang ramai tanpa memegang lesen yang sah mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Aras 2 & 4, Wisma Dinari, Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, di sini, antara Oktober 2007 hingga November 2008. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 103(1)(a) Akta BAFIA 1989 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan. - BERNAMA |
Polis tahan dua lelaki cuba samun kedai serbaneka Posted: Ruang
|
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan