Rabu, 6 Februari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


HENTIKAN!

Posted:

HENTIKAN!

HENTIKAN!

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
sukan@kosmo.com.my

PELBAGAI spekulasi timbul selepas Nazmi bertindak kembali ke tanah air untuk beraksi dalam saingan Liga Super.


"HENTIKAN membuat spekulasi berhubung pemain muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor."

Demikian titah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah semalam yang meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung pemain muda negara itu yang kini menyertai Selangor PKNS.

Tengku Abdullah bertitah, baginda bagaimanapun mengakui terkejut dengan keputusan Nazmi meninggalkan kelab S.C. Beira–Mar dalam Liga Divisyen Satu Portugal untuk kembali bermain dalam liga bola sepak tempatan.

Begitupun, baginda berharap agar Nazmi dapat mengembalikan keyakinan diri dan bermain dengan sebaik mungkin.

Tambah baginda, Nazmi juga wajar membuat pertimbangan sekiranya diberi tawaran baharu untuk beraksi dengan mana-mana kelab bola sepak dari luar negara pada masa akan datang.

"Saya masih belum berkesempatan berjumpa dengan dia (Nazmi). Saya berharap, jangan kita cepat kritik dia kerana ia boleh menyebabkan dia cepat putus asa.

"Jika ada tawaran lagi untuk bermain di luar negara, harapan saya supaya dia dapat membuat pertimbangan kerana usianya masih muda," titah baginda kepada pemberita di Rompin, Pahang semalam.

Baginda bertitah demikian ketika ditanya mengenai isu Nazmi yang membuat keputusan menamatkan kontrak lebih awal dengan Beira–Mar dan kembali semula ke tanah air untuk beraksi dengan Selangor PKNS dalam Liga Super.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut menasihati para pemain muda yang ditawarkan beraksi di kelab luar negara supaya mengambil peluang keemasan tersebut selain membuat keputusan secara lebih matang.

"Kalau dapat tawaran seperti itu, jangan ada perasaan takut hendak meninggalkan rumah dan keluarga. Kalau tolak tawaran, para pemain sukar mendapat pengalaman berharga bermain dengan kelab luar negara.

"Peluang bermain dengan kelab-kelab di luar negara adalah suatu pengiktirafan dan ia harus diambil bagi membuktikan kemampuan mereka," titah baginda.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan kesan yang boleh menjejaskan kesediaan para pemain muda tempatan untuk beraksi di luar negara akibat tindakan Nazmi meninggalkan Beira–Mar, baginda menjelaskan: "Ia perkara terpencil. Mereka (para pemain muda) tidak perlu risau dan sewajarnya berfikir secara mendalam sekiranya menerima tawaran daripada mana-mana kelab luar negara."

Jelajah Australia capai objektif

Posted:

Jelajah Australia capai objektif

Jelajah Australia capai objektif

SEMUA pemain Harimau Muda sentiasa bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat dalam skuad utama.


GOLD COAST, Australia - Siri jelajah skuad Harimau Muda ke Australia mencapai objektifnya.

Jelajah selama 10 hari itu yang bermula penghujung Januari lalu, berakhir dengan kejayaan yang cukup membanggakan yang menyaksikan mereka meraih tiga kemenangan dan tewas sekali dalam empat perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan di Australia.

Pencapaian tersebut menunjukkan skuad kendalian Ong Kim Swee (gambar kecil) itu kini semakin memperlihatkan kematangan, selain mempamerkan peningkatan yang sungguh luar biasa.

Boleh dikatakan skuad bola sepak muda negara itu sudah tidak ada perasaan gerun untuk beraksi di pentas antarabangsa.

Ketika berada di bumi Australia, Harimau Muda memulakan jelajah mereka dengan penuh bergaya apabila meraih kemenangan 5-1 ke atas kelab Palm Beach Sharks dalam aksi persahabatan pertama, diikuti kemenangan 2-1 ke atas Brisbane Sharks pada perlawanan kedua.

Namun, mereka tewas 1-2 kepada Brisbane Olympic pada perlawanan ketiga.

Pada aksi terakhir kelmarin, rentak cemerlang mereka semakin terserlah apabila membelasah pasukan Australia Queensland Academy 7-0.

Sepatutnya, skuad Harimau Muda dijadualkan menentang juara Liga Australia, Brisbane Roar pada perlawanan terakhir itu tetapi kelab berkenaan tidak dapat beraksi ekoran masalah yang tidak dapat dielakkan.

Di sebalik kejayaan cemerlang itu, masih ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab tampil dengan kenyataan bahawa siri lawatan skuad muda negara itu ke Australia sebagai sesi 'makan angin' sahaja.

Dakwaan tersebut segera dinafikan oleh Kim Swee yang menyatakan tanggapan tersebut sebagai tidak berasas.

Tanpa berselindung, jurulatih kelahiran Melaka itu mengakui beliau sangat kecewa dengan dakwaan seperti itu yang hanya bertujuan untuk merosakkan imej mahupun reputasi skuad Harimau Muda.

"Sudah tentu saya kecewa kerana matlamat kita sepanjang jelajah ini adalah untuk memberi pendedahan serta latihan kepada pemain dan ia telah dicapai dengan cemerlang," katanya.

Sambil menyifatkan Harimau Muda telah mencapai matlamat sebenar di bumi Australia, Kim Swee turut memberitahu bahawa beliau cukup berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain.

Tumpuan Kim Swee selepas ini adalah pertemuan menentang Myanmar pada 22 Februari ini dan Slovakia (23 Mac) dan beliau menuntut agar semua pemain meneruskan momentum cemerlang bagi menghadapi dua perlawanan tersebut.

"Kami perlu bekerja lebih keras lagi sebagai usaha memperkuatkan skuad Harimau Muda dalam misi mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.

"Secara keseluruhannya, siri Jelajah Australia Harimau Muda memberi kepuasan kepada saya kerana para pemain telah menunjukkan sikap yang amat terpuji dalam setiap perlawanan yang mereka harungi.

"Jelajah ini juga menjadi medan buat saya menilai prestasi pemain-pemain baharu yang diserapkan dalam skuad ini seperti D. Kenny Pallraj, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan serta Mohd. Adam Nor Azlin dan mereka juga tidak menghampakan saya.

"Jadi, jelajah ini memberikan saya lebih banyak ruang menilai kelemahan," katanya.

Jelasnya lagi, beliau yakin skuad kendaliannya akan memanfaatkan segala pengalaman sepanjang berada di Australia sebelum beraksi pada Pestabola Merdeka yang dijangka diadakan pada Ogos depan.

Satu perkara menarik yang berlaku dalam skuad muda negara itu ialah semua pemain tampil dengan penuh bersemangat untuk merebut tempat dalam skuad utama dan bagi Kim Swee, persaingan seperti itu merupakan perkembangan yang sihat.

"Ini membuktikan bahawa semua pemain dalam skuad bersaing sesama sendiri untuk menampilkan prestasi terbaik, sekali gus merebut tempat dalam skuad utama," katanya.

"Pemain-pemain yang sudah lama dalam skuad juga turut bekerja keras untuk mengekalkan prestasi seperti Irfan Fazail, Izham Tarmizi Roslan dan Izzaq Faris Ramlan.

"Malah, saya juga amat bangga dengan pemain-pemain seperti Adam, Nurridzwan, Kenny dan Muhammad Ariff Farhan Mohd. Isa yang menunjukkan kesungguhan untuk bersaing pada peringkat lebih tinggi. Bukan sahaja kepada pihak lawan tetapi bersaing sesama sendiri dalam pasukan.

"Pemain-pemain ini mempamerkan keseriusan yang tinggi dan saya tidak nampak mereka bersikap sambil lewa dan ia adalah petanda positif buat skuad ini untuk mara lebih jauh.

"Jika banyak lagi pendedahan pada peringkat antarabangsa untuk Adam, Ariff, Nurridzwan termasuk Rozaimi Abdul Rahaman, saya percaya mereka ini akan menjadi lebih matang dengan corak permainan masing-masing," jelas Kim Swee.

'Buru gelaran juara Asia'

Posted:

'Buru gelaran juara Asia'

'Buru gelaran juara Asia'


ABU SAMAH (dua dari kanan) dan Muzammil (tiga dari kanan) ketika hadir pada majlis penajaan Jersi LTdL oleh MAS di Bukit Jalil semalam.


PELUMBA berbasikal lebuh raya negara diharap dapat mengambil kesempatan untuk mencipta kejayaan selaku juara Asia pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) yang bermula pada 21 Februari ini hingga 2 Mac depan.

"Sepanjang penganjuran LTdL, tiada pelumba Malaysia yang berjaya meraih kejayaan sebagai pelumba terbaik Asia.

"Untuk edisi kali ini, kita mempunyai seramai 17 pelumba mengambil bahagian dan diharap ada di antara mereka yang mampu muncul sebabai pelumba terbaik Asia," kata Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab semalam.

Beliau ditemui pemberita pada majlis penyerahan tajaan Jersi Putih Malaysia Airlines (MAS) untuk pelumba terbaik Asia di ibu pejabat LTdL di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.

"Walaupun mereka (pelumba) mewakili pelbagai pasukan, termasuk pasukan kebangsaan, mereka seharusnya ingat bahawa mereka berlumba untuk menaikkan nama Malaysia. Saya harap semua pelumba akan dapat bekerjasama," katanya.

Untuk edisi ke-18 LTdL tahun ini, selain 12 pelumba tempatan yang masing-masingnya mewakili pasukan kebangsaan dan Terengganu Cycling Team (TSG), terdapat lima lagi pelumba yang mewakili pasukan profesional benua dan benua.

Mereka terdiri daripada Anuar Manan (Synergy-Baku Cycling Project), Adiq Husainie Othman (Champion System Pro Cycling Team), Ng Yong Li (RTS Racing Team) serta Loh Sea Keong dan Ahmad Haidar Anuawar daripada pasukan OCBC Singapore Continental Cycling Team.

Persaingan untuk pelumba terbaik Asia diperkenalkan pada edisi ketiga LTdL pada 1998 yang menyaksikan pelumba Indonesia, Tonton Susanto menjadi pelumba pertama memenanginya.

Untuk rekod, Tonton turut muncul sebagai pelumba terbaik Asia pada 2002 dan 2009, sekali gus menjadikannya pemegang rekod kategori tersebut dengan tiga kemenangan.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Serantau MAS, Muzammil Mohamad berkata, kerjasama dengan penganjur LTdL dapat membantu syarikat penerbangan tersebut memperluas dan memperkukuhkan jenamanya.

Penajaan MAS kali ini merangkumi tiket penerbangan dan memberi tambahan lebihan berat bagasi daripada 10 kilogram (kg) kepada 15kg.

"Memandangkan setakat ini tiada pelumba negara yang berjaya meraih Jersi Putih selaku juara Asia, pihak MAS ingin mengumumkan bahawa sekiranya ada pelumba negara yang berjaya meraih Jersi Putih, mereka akan menerima penajaan tiket penerbangan pergi-balik ke Paris untuk menyaksikan perlumbaan Tour de France.

"Bagi pemenang peringkat pula kita akan memberikan imbuhan berupa tiket penerbangan pergi-balik untuk destinasi rantau Asia Tenggara," kata Muzammil.

Katanya, selaku penaja Jersi Putih berkenaan dan mahu turut terlibat dalam pembangunan sukan di negara ini, imbuhan berkenaan adalah sebagai pemangkin kepada pelumba negara untuk mencipta kejayaan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved