Sabtu, 16 Februari 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Grammy Awards anugerah tertinggi Gotye

Posted:

Grammy Awards anugerah tertinggi Gotye

Grammy Awards anugerah tertinggi Gotye

GOTYE berkongsi kenangan manis kejayaan single Somebody That I Used To Know di pentas Grammy Awards ke-55 bersama Kimbra.


DIA kini melakar sejarah sebagai penyanyi solo lelaki Australia pertama menjulang trofi anugerah kedua tertinggi Grammy iaitu Rakaman Album Terbaik Tahun Ini pada majlis Grammy Awards ke-55 yang berlangsung pada malam Ahad lepas.

Satu-satunya penyanyi solo kelahiran Australia yang pernah merangkul anugerah bagi kategori tersebut ialah penyanyi Olivia Newton-John menerusi lagu, I Honestly Love You pada tahun 1975.

Ternyata, Gotye kini sukses dalam meletakkan dirinya pada tahap yang sama dengan penyanyi Australia lain yang terlebih dulu mencipta nama dan seterusnya meraih pengiktirafan Grammy yang termasuklah Bee Gees, Keith Urban selain Olivia sendiri.

Grammy Awards ke-55 yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat itu menyaksikan Gotye menerusi single hitnya, Somebody That I Used To Know mengikuti jejak langkah nama-nama legenda dunia muzik global seperti Frank Sinatra, Michael Jackson, Whitney Houston, U2, Coldplay dan sudah tentu Olivia yang sebelum ini pernah mengungguli kategori sama.

"Lidah saya kelu untuk berkata-kata sekarang! Menerima anugerah ini daripada seorang idola yang selama ini saya puja dan membesar dengan muziknya adalah penghormatan terbesar sebenarnya.

"Dia juga memberikan inspirasi untuk saya terus berkarya. Terima kasih untuk semua pemuzik dan pendengar muzik seluruh dunia," ucap Gotye ketika menerima trofi emas berbentuk gramofon tertera perkataan Rakaman Album Terbaik Tahun Ini Grammy Awards ke-55 daripada penyanyi veteran legenda, Prince pada majlis tersebut.

Somebody That I Used To Know menewaskan empat calon lain dalam kategori tersebut iaitu single Lonely Boy nyanyian The Black Keys; lagu hit Kelly Clarkson, Stronger (What Doesn't Kill You); single hit alunan band Fun, We Are Young; lagu alunan Frank Ocean, Thinkin' 'Bout You; dan We Are Never Ever Getting Back Together yang merupakan lagu popular dendangan Taylor Swift.

Pada malam itu, kemenangan penuh bermakna itu diraikan dengan tepukan dan meraih penghormatan kira-kira 20,000 tetamu Grammy ke-22 yang termasuklah nama-nama besar industri muzik global seperti Sting, Adele, Kelly Clarkson, Beyonce, Rihanna, Jay-Z, Elton John, Nicole Kidman dan Keith Urban.

Lebih manis, pemilik nama sebenar Wouter De Backer, 32, itu sebenarnya menang bagi kesemua pencalonan yang diraihnya dalam Grammy kali ini.

Sebelum menjulang trofi Rakaman Album Terbaik Tahun Ini, namanya diumumkan terlebih dulu sebagai pemenang untuk kategori Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik (juga menerusi single Somebody That I Used To Know) dan Album Alternatif Terbaik (Making Mirrors).

Kejayaan Gotye itu ada cerita tersendiri. Menurut Gotye, dia telah merentasi perjalanan yang panjang dalam membikin album ketiganya, Making Mirrors yang menampilkan single Somebody That I Used To Know itu.

"Saya merakamkan kebanyakan lagu-lagu dalam album Making Mirrors di dalam sebuah bangsal di rumah ladang milik ayah saya di selatan Melbourne, Australia. Jadi, tidak salah kalau saya mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah saya kerana membenarkan saya meletakkan alat-alat muzik saya di situ," ujarnya.

Somebody That I Used To Know sebenarnya merupakan kolaborasi Gotye bersama Kimbra Lee Johnson. Ia sekali gus membuat nama gadis kelahiran berusia 22 tahun itu dikenali di seluruh dunia.

"Sudah pasti individu yang telah melonjakkan nama saya sekelip mata itu ialah Gotye kerana melibatkan saya dalam perjalanan lagu yang begitu sentimental ini," ujar Kimbra.


IMPAK kejayaannya ini, Gotye kini meneruskan langkahnya dalam arus muzik perdana dengan penuh berkeyakinan.


Semuanya impak kejayaan single itu yang terjual sebanyak 13 juta unit di seluruh dunia termasuklah mengungguli carta lagu di 30 buah negara, sekali gus menjadikan lagu itu menduduki tangga pertama dalam carta lagu paling laris terjual di Amerika Syarikat tahun lepas.

Lagu itu juga kekal pada kedudukan teratas carta Billboard Hot 100 selama lapan minggu di Amerika Syarikat manakala, klip videonya meraih tontonan lebih 383 juta kali di YouTube.

"Saya berasa sangat bertuah dan terharu apabila muzik saya kini dinikmati orang ramai dan saya tidak ambil pusing setinggi atau sejauh masa skala muzik saya mampu terbang.

"Beberapa tahun lalu saya melalui liku-liku hidup dalam pelbagai fasa yang memeritkan tapi saya masih merasakan saya perlu menghargai nilai personal saya," getusnya.

Kejayaan lagu dan klip videonya itu turut membawa Gotye dan Kimbra untuk mengisi salah satu slot dalam program temu bual popular, Saturday Nite Live selain single tersebut terpilih untuk dinyanyikan semula dalam siri drama muzikal TV popular, Glee.

Sarat elektronik

Gotye yang merupakan penyanyi berdarah campuran Belgium-Australia itu mengakui dia pernah kebuntuan idea untuk memilih aliran muzik untuk album ketiganya itu.

"Saya tidak pernah terlalu memikirkan persiapan untuk album Making Mirrors dan langsung tiada perancangan pun untuk menyiapkan album tersebut.

"Cuma saya rasa saya mungkin perlu merakamkan lagu-lagu yang berunsur muzik elektronik dan menggunakan lebih banyak alat muzik.

"Pada masa sama saya lemas untuk mencipta sesebuah lagu yang sebenarnya lebih organik dan mungkin memberikan banyak tekstur, warna, melodi dan harmoni berbanding perkusi atau hanya bunyi drum.

"Namun sudah pasti rentak drum adalah pencetus lagu saya, kemudian karya-karya itu mengikut aliran yang tepat," katanya yang sebelum ini pernah muncul dengan album Boardface (2003) dan Like Drawing Blood (2006).

Perancangan

Sebelum muncul dengan nama Gotye, dia lebih dikenali sebagai Wally Basic, pemain drum dan vokalis band The Basics.

Setelah berjaya menjulang tiga anugerah besar Grammy Awards malam Ahad lalu, Gotye mengumumkan dua buah album The Basics berjudul Ingredients dan Leftovers akan dilancarkan pada bulan depan.

"Ingredients merupakan sebuah album kompilasi yang menghimpunkan beberapa lagu terbaik daripada tiga buah album sebelum ini dan single yang meledak di antara album tersebut.

"Leftovers pula mengumpulkan demo serta versi alternatif lagu-lagu The Basics serta sebuah lagu yang belum pernah diterbitkan sebelum ini, So Hard For You," kata Gotye.

Selain Gotye, The Basics turut turut dianggotai pemain bass Kris Basic (atau nama sebenarnya Schroeder), dan gitaris Tim Basic (Heath).

Band itu bagaimanapun kurang mendapat publisiti, namun muzik mereka sering menjadi latar menghiasi drama Scrubs dan Californication.

Adibah 'kekasih' baharu Halim

Posted:

Adibah 'kekasih' baharu Halim

Adibah 'kekasih' baharu Halim

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


SUASANA hari pertama Adibah menjadi penyampai radio Suria FM secara rasmi bergandingan dengan Halim pada 4 Februari lalu.


SETELAH lama berseorangan, akhirnya, Halim Othman kini sudah bertemu 'kekasih' baharu bagi mengisi kekosongan dirinya selama ini. Setelah lama mencari dan dilamar, akhirnya, artis serba boleh, Adibah Noor bersetuju menjadi pasangan Halim Othman.

Namun, persetujuan Adibah bukanlah untuk menjadi pasangan hidup Halim, tetapi untuk bergandingan dalam segmen Ceria Pagi @ Suria bersama Halim iaitu sebagai ahli keluarga baharu stesen radio Suria FM.

Segmen yang bermula seawal pukul 5 pagi hingga 10 pagi itu kini dikendalikan oleh mereka berdua dan jelas kelihatan keterujaan di wajah Halim dan Adibah sendiri untuk bersama-sama menceriakan pagi pendengar setia mereka setiap Isnin hingga Jumaat.

Ketika mengadakan sidang akhbar yang bertempat di Pejabat Suria FM, Tropicana City Office Towers, Petaling Jaya, Selangor, Adibah dan Halim telah ke udara buat pertama kalinya pada 4 Februari lepas.

"Pemilihan Adibah Noor sebagai penyampai Suria FM adalah tepat. Selain daripada kredibilitinya sebagai penghibur, kami juga memilihnya kerana permintaan yang tinggi oleh para pendengar Suria FM sendiri. Apa yang menjadi keutamaan ialah keserasian bersama Halim Othman sendiri.

"Selain itu, kami juga dapat melihat keserasian Halim ketika Adibah menjadi jemputan segmen Ceria Pagi tidak lama dahulu. Kami melihat pakej yang ada, dan bagi kami, Adibah punya lebih daripada pakej yang dimahukan. Jadi, kami rasa ini ialah pilihan terbaik untuk tahun 2013," jelas Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin.

Bagi Adibah pula, sememangnya dia sangat teruja menjalani karier dalam bidang yang masih hijau bagi dirinya ini. Menjadi penyampai radio, kata Adibah, merupakan impiannya sejak di bangku sekolah lagi.


HALIM akui teruja ingin bergandingan dengan Adibah dan merasakan mereka mempunyai keserasian yang baik.


"Saya kini telah melibatkan diri dalam pelbagai bidang termasuklah menyanyi, berlakon, mengacara dan kini menjadi seorang penyampai radio. Rasanya, sebagai seorang penghibur, apa salahnya jika saya mencuba sesuatu yang baharu.

"Namun, bukanlah niat saya untuk meninggalkan bidang yang diceburi sebelum ini, akan tetapi, bertujuan untuk mewarnakan lagi perjalanan karier saya sebagai seorang anak seni tempatan," bicara Adibah yang menerima tawaran Hot FM sebagai penyampai radio untuk untuk mencabar dirinya sendiri.

Tambah wanita yang sentiasa ceria ini, sudah lama sebenarnya Suria FM menyatakan hasrat untuk mengambil dirinya sebagai penyampai di stesen radio popular itu, namun lamaran tersebut dianggap sebagai gurauan memandangkan percakapan yang bersahaja dan tidak formal.

"Bagaimanapun setelah diberitahu secara rasmi, baru saya percaya, bahawa Suria FM benar-benar ingin ambil saya sebagai penyampai radio. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana memberi peluang kepada saya.

"Mengenai kontrak, untuk permulaan, hanya enam bulan. Ini kerana, saya masih tidak begitu yakin dengan diri saya dan beri peluang kepada pihak Suria FM untuk menilai saya. Mungkin jika mereka berpuas hati, kami akan berbincang semula," jelas Adibah yang turut memberitahu, pada awal perbincangan, dia ditawarkan kontrak selama setahun.

Mengulas mengenai gandingan baharunya bersama Adibah, ujar Halim, dia sangat mengagumi Adibah dan menganggap ia sebagai sebuah penghormatan dapat bekerja bersama.

"Saya rasa Adibah mempunyai banyak isi dalam setiap penyampaiannya dan bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja. Gandingan kami masih baharu, dan saya serta Adibah akan sama-sama jelajah apa yang kami perlu lakukan kelak," ujar Halim.

Azad dilarang jumpa anak

Posted:

Azad dilarang jumpa anak

Azad dilarang jumpa anak

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


AZAD mengakui rezekinya semakin banyak dengan kelahiran Amarra Sofea Rose.


KEGEMBIRAAN jelas terpancar pada wajah figura tinggi lampai, Azad Jazmin. Apatah lagi apabila menyentuh perihal cahaya mata sulungnya, Amarra Sofea Rose yang dilahirkan pada 11 Januari lalu hasil perkongsian hidupnya dengan isteri, pelakon Eira Syazira.

Setelah sebulan lebih bergelar bapa, Azad atau nama sebenarnya, Azad Jazmin John Louis Jeffri khabarnya dilarang daripada bertemu dengan anaknya itu. Apakah cerita di sebaliknya?

Ikuti temu bual bersama Azad ketika ditemui pada majlis pratonton filem terbaharu lakonannya, Gangster Celop di E@ Curve, Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kosmo!: Bolehkah ceritakan pengalaman serta kehidupan Azad kini setelah bergelar bapa?

AZAD: Memang saya akui, kehidupan kini sangat seronok. Pertama, ini kerana kali pertama menjadi bapa (ketawa). Selain itu, isteri saya perlu menjalani pembedahan kerana bayi besar iaitu seberat 4.5 kilogram. Namun, kami sangat bahagia dan dia kini telah berusia sebulan lebih sejak dilahirkan pada 11 Januari lalu.

Apakah perubahan yang berlaku pada diri Azad selain seronok menjadi seorang bapa?

Saya rasa perubahan pada diri saya tidak terlalu banyak dan masih gila-gila seperti dahulu. Cuma apa yang berbeza ialah tanggungjawab yang perlu dipikul. Mungkin dahulu suami, dan kini seorang bapa pula.

Biasanya, pukul 12 tengah malam atau 1 pagi sudah boleh tidur. Tapi, kini setiap dua jam, saya perlu bangun untuk buat susu anak. Jadi itulah rutinnya, kerana setelah ada orang ketiga dalam hidup, memang rasa dan perjalanan hidup itu sedikit berbeza.

Jadi, anda juga banyak membantu isteri untuk membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya?

Ini kerana Eira menjalani pembedahan, jadi dia perlukan masa yang banyak untuk berehat dan sembuh daripada luka pembedahan tersebut. Dalam masa dua minggu, saya melakukan kerja ibu dan bapa. Saya membancuh susu untuk anak, menukar lampin dan melakukan rutin-rutin yang perlu dilakukan kepada bayi. Saya perlu bantu isteri saya dan saya gembira lakukannya. Namun, kini setelah dua minggu Eira sudah beransur pulih dan sedang menjalani sesi berpantang pula.

AZAD dan Eira kini melalui pengalaman baharu dikurniakan anak sulung.


Khabarnya, mertua ada melarang Azad daripada menemui anak. Boleh komen?

Kini, isteri saya tinggal bersama mertua di Putrajaya. Jika saya pulang lewat kerja, tidak dapatlah saya bertemu isteri dan anak. Ini kerana, ibu mertua seorang yang berpegang pada pantang larang orang tua-tua. Jadi, selepas Maghrib, saya sudah tidak boleh pergi ke rumah mertua kerana dikhuatiri akan mengganggu bayi.

Apakah perkembangan terbaharu Azad?

Saya kini sedang menjalankan penggambaran bersama pengarah, Osman Ali iaitu filem yang berjudul Sejoli dan Mamak Cupcake.

Sejak kebelakangan ini, rezeki anda nampaknya semakin bertambah.

Mungkin rezeki anak saya yang baru dilahirkan itu. Dahulu memang saya kurang percaya perkara sebegini, Namun apabila alaminya sendiri, memang jelas rezeki yang saya dapat diibaratkan seperti Sungai Nil, sentiasa ada di mana-mana. Saya juga ada kontrak bersama Grand Brilliance Sdn. Bhd. iaitu sebanyak 10 judul filem yang mana, lima filem sebagai pelakon pembantu dan lima lagi sebagai watak utama. Filem pertama lakonan saya di bawah kontrak ini, berjudul Showdown yang bakal menjalani penggambaran pada April ini. Namun, saya tidak mengikat kontrak untuk menjadi artis di bawah naungan Grand Brilliance.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved