Kosmo Online |
- Terbuka Australia: Djokovic mara ke final
- Stesen kereta api Alor Setar dipindah
- Jangan percaya konon Bible dibakar - polis
Terbuka Australia: Djokovic mara ke final Posted: Terbuka Australia: Djokovic mara ke final24/01/2013 6:51pm MELBOURNE - Pemain tenis nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic menewaskan pemain ranking keempat dari Sepanyol, David Ferrer untuk mara ke final Terbuka Australia, hari ini. Djokovic tidak memberi peluang langsung kepada lawannya dengan menang mudah 6-2, 6-2, 6-1 tempoh masa satu sejam 29 minit dan bakal menentang Roger Federer atau Andy Murray di peringkat akhir Ahad ini. - AFP |
Stesen kereta api Alor Setar dipindah Posted: [unable to retrieve full-text content]ALOR SETAR - Operasi stesen kereta api Alor Setar di Jalan Stesen Keretapi di sini akan diberhentikan mulai pukul 12 tengah malam 29 Januari. |
Jangan percaya konon Bible dibakar - polis Posted: Jangan percaya konon Bible dibakar - polis24/01/2013 5:49pm GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis "jom bakar...pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita" yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja 20 Januari lepas. "Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan. Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan