Sabtu, 12 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hatrik Marlon bantu ATM belasah PKNS

Posted:

Hatrik Marlon bantu ATM belasah PKNS

Hatrik Marlon bantu ATM belasah PKNS

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

MARLON (dua dari kanan) menanduk bola ketika membantu ATM menewaskan PKNS 3-1 di Stadium Shah Alam semalam.


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mencatat kemenangan pertama selepas menewaskan Selangor PKNS 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam semalam.

Selepas tewas 0-1 kepada Lions XII pada aksi pembukaan pada Rabu lalu, skuad bimbingan B. Sathianathan tidak berdepan masalah untuk menundukkan PKNS yang beraksi tanpa penyerang import, Patrick Wleh Ronaldinho selepas dia dilayangkan kad merah pada minit ke-60.

Lebih menarik, penyerang import veteran skuad The Gladiators, Marlon Alex James mempamerkan aksi sebenar selepas meledak hatrik termasuk satu sepakan penalti pada minit kelapan, 64 dan 71.

Gol sagu hati PKNS dijaringkan oleh Mohd. Fazli Baharuddin pada minit ke-27, sekali gus menyaksikan skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim mencatat kekalahan kedua selepas tewas 1-2 kepada Kelantan pada aksi pembukaan.

Sementera itu, di Stadium Jalan Besar Singapura, hasrat Selangor untuk meneruskan kecemerlangan dalam kempen Liga Super tidak kesampaian selepas tunduk 0-1 kepada Lions XII .

Biarpun masih segar dengan kejayaan menewaskan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Shah Alam pada Selasa lalu, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu gagal membawa pulang sebarang mata.

Pasukan dari Singapura itu tidak mengambil masa yang lama untuk membuka jaringan hasil tandukan penyerangnya, Fazrul Nawas pada minit ke-23.

Kejayaan itu hadir apabila Fazrul bijak menyambung tandukan Baihakki Khaizan hasil sepakan penjuru Muhammad Hafiz Abu Sujad.

Alves puas hati aksi Negeri Sembilan

Posted:

Alves puas hati aksi Negeri Sembilan

Alves puas hati aksi Negeri Sembilan

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


DE PORRAS (tengah) masih gagal menemui sentuhan jaringan selepas beraksi dalam dua perlawanan bersama Negeri Sembilan pada aksi Liga Super musim ini.


PENGENDALI Negeri Sembilan, Divaldo Alves tetap berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya meskipun masih gagal mencatat kemenangan dalam dua aksi Liga Super musim ini.

Pada perlawanan kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin, skuad kendalian jurulatih dari Portugal itu pulang hampa selepas terikat tanpa jaringan dengan Terengganu.

Hasil keputusan tersebut, Negeri Sembilan kini meraih satu mata daripada dua perlawanan pertama dan masih belum merekodkan sebarang gol musim ini.

Bagaimanapun, Alves berkata, pada perlawanan tersebut anak- anak buahnya menunjukkan peningkatan yang positif berbanding ketika tewas 0-1 kepada Selangor, Selasa lalu.

"Saya berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh para pemain tetapi saya berasa sedikit kecewa kerana kami gagal menggunakan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

"Pada separuh masa pertama, kami lebih banyak menguasai perlawanan dan beberapa kali membuat hantaran berbahaya di kubu lawan, namun masih gagal menjaringkan gol," katanya ketika dihubungi Seremban semalam.

Alves berkata, pada separuh masa kedua, aksi anak-anak buahnya sedikit menurun, terutamanya selepas kecederaan yang dialami dua tonggak import mereka iaitu penyerang, Emanuel De Por- ras dan pemain pertahanan, William Modibo.

"Walaupun kami terpaksa mengeluarkan pemain utama, kami masih beraksi dengan baik dan dapat menyerap asakan pihak lawan yang lebih banyak menyerang," jelasnya.

Mengulas mengenai prestasi dua tonggak import pasukan itu, Alves berkata, masih terlalu awal untuk menilai prestasi mereka ketika ini.

Katanya, adalah tidak adil untuk menilai persembahan mereka berdasarkan dua perlawanan sahaja dan masih banyak perlawanan yang perlu dilalui.

"Pada perlawanan sebelum ini aksi mereka kurang memberangsangkan kerana mengalami kecederaan.

"Saya yakin mereka akan menunjukkan kemampuan sebenar apabila pulih daripada kecederaan dan selepas itu kami akan me- nilai prestasi sebenar mereka.

"Saya berharap para penyokong memberi pemain-pemain ini sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan terus memberi sokongan kepada pasukan," katanya.

T-Team calar ego Kelantan

Posted:

T-Team calar ego Kelantan

T-Team calar ego Kelantan

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

CALEB FOLAN (kanan) diasak pemain Kelantan pada aksi Liga Super
di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala
Terengganu petang semalam.


T-TEAM berjaya menewaskan juara trebel, Kelantan 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu petang semalam.

Skuad The Titans yang mempamerkan semangat juang tinggi membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi rembatan cantik, Md. Aizulridzwan Razali untuk membolosi kawalan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan yang dikecapi skuad kendalian Peter James Butler itu memastikan mereka mengutip tiga mata penuh di laman sendiri pada kempen musim baharu ini.

Butler berkata, anak-anak buahnya menunjukkan keinginan dan komitmen yang tinggi untuk meraih kemenangan pada perlawanan menentang Kelantan hari ini (semalam).

"Secara keseluruhan, T-Team bermain lebih baik dari aspek taktikal dan semangat juang berbanding Kelantan untuk meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super.

"Kami merupakan sebuah pasukan yang lebih baik dan berhak mengutip tiga mata penuh. Bagaimanapun, kami masih menghormati Kelantan apabila turun ke padang," ujarnya.

Butler berkata, T-Team tidak memerlukan nasib untuk menang kerana para pemain pasukan itu menunjukkan komitmen dan mengikut segala percaturan diberikan kepada mereka.

Berbanding di Perak, pasukannya tidak bernasib baik apabila melepaskan gol pada minit-minit akhir permainan, sekali gus terpaksa berputih mata pulang dengan tangan kosong.

Dalam pada itu pengendali Kelantan, Bojan Hodak memberitahu, beliau merasakan pasukan The Red Warriors tidak bermain dengan baik.

"Walaupun kami dapat mengawal secara taktik tetapi tidak menggunakan peluang terhidang sebaik mungkin untuk menjaringkan gol. T-Team pula berjaya menggunakan peluang yang ada untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

"T-Team juga mempunyai kelebihan kerana hanya bermain dua perlawanan berbanding Kelantan yang mengharungi tiga perlawanan. Tidak ada siapa yang boleh dipersalahkan dalam kekalahan ini kecuali kami," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved