Sabtu, 12 Januari 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bersatu harungi petaka tsunami

Posted:

Bersatu harungi petaka tsunami

Bersatu harungi petaka tsunami

FILEM The Impossible menampilkan McGregor dan Watts sebagai teraju utama.


DUA figura hebat, Ewan McGregor dan aktres Naomi Watts tidak perlu diperkenalkan lagi. Baik McGregor yang beraksi hebat dalam filem Star Wars Episode II: Attack of the Clones sebagai Obi-Wan Kenobi, mahupun Watts yang membawa peranan Ann Darrow dalam produksi King Kong - masing-masing mempunyai kelas tersendiri di Hollywood.

Terbaharu, mereka dikhabarkan intim - semuanya gara-gara lakonan bersama dalam filem tentang bencana alam tsunami, The Impossible yang bakal menjengah pawagam di Malaysia bermula pada 17 Januari ini.

McGregor dan Watts masing-masing membawakan peranan sebagai suami dan isteri yang pergi bercuti di Thailand bersama tiga orang anak mereka yang masing-masing dilakonkan oleh Tom Holland, Samuel Joslin dan Oaklee Pendergast.

Begitupun, percutian mereka itu bertukar menjadi tragedi apabila secara tiba-tiba tsunami melanda dan memusnahkan hotel yang dihuni mereka itu.

Air mata Ewan McGregor

Terlalu mendalami karakter Henry Belon yang dibawakannya dalam filem itu, McGregor mengakui air matanya tumpah ketika menjalani babak yang mana Watts dibawa ke bilik pembedahan.

"Salah seorang pelakon cilik melakonkan karakter anak saya dalam filem The Impossible iaitu Samuel Joslin bertanya, 'kenapa kamu berdua (McGregor dan Watts) menangis?'. Saya membalas, 'Kami sedih. Kami tidak tahu sama ada dapat lagikah bertemu dengan dia (Watts) selepas menjalani pembedahan ini'."

"Dia bertanya lagi, 'ya saya tahu tetapi kenapa awak juga menangis?'. Dia mahu tahu sama ada ia adalah air mata sebenar daripada kami berdua.

"Katanya, 'ia seolah-olah seperti sebenar'. Saya cuba jelaskan kepadanya, ia perlu kelihatan seperti tangisan sebenar jika tidak, penonton tidak merasai emosinya," ungkap McGregor mengenai keletah Joslin.

Mengulas mengenai keserasiannya berlakon di samping ketiga-tiga Holland, Joslin dan Pendergast, ujarnya: "Saya tidak melakukan helah untuk memaksa kanak-kanak itu berlakon. Saya sendiri mempunyai anak dan kadangkala mereka sendiri mengeluarkan emosi tanpa diminta.

"Saya agak gusar pertama kali berada di lokasi penggambaran The Impossible, sama ada tiga kanak-kanak ini mengenali saya atau tidak. Tetapi mereka kata pernah melihat saya beraksi dalam filem Star Wars. Saya lantas berkata kepada mereka, 'Sayalah Obi-Wan Kenobi itu'," ujarnya.

Ulas McGregor lagi, dia dan tiga pelakon kanak-kanak tersebut menghabiskan masa bersama termasuk bermain pingpong untuk membina keserasian sebagai bapa dan anak di layar perak.

Ditebak soalan sama ada dia bakal menggondol anugerah melalui peranannya dalam filem berdasarkan kisah benar itu, akui McGregor, 42, sudah tentu dia berasa gembira jika memenangi anugerah.


WATTS mengakui sangat beremosi sepanjang menjalani penggambaran filem The Impossible.


"Saya tidak menafikannya, tetapi anugerah bukanlah terlalu penting buat saya. Apa yang saya inginkan sudah tentu watak yang bagus dan membantu saya kekal dalam industri. Itu lebih hebat," jelasnya.

Disoal mengenai perancangan kariernya pada masa akan datang, jelas McGregor: "Tidak ada perancangan. Tidak mungkin ada. Anda tidak boleh bergantung kepada sesuatu perancangan. Anda tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Saya sangat beruntung kerana berjaya sebagai pelakon. Saya hanya melakukan perkara yang saya suka. Apa lagi yang saya boleh buat selain berlakon?"

Kongsinya lagi, dia agak selektif dalam memilih pengarah filem-filem lakonannya.

"Saya mahu bekerja dengan orang yang berpengalaman iaitu mereka yang sudah lama dalam industri perfileman. Namun, saya juga mahu bekerja dengan orang baharu tetapi bagus dalam industri," tuturnya.

Naomi Watts menderita bronkitis

Tampil menerusi The Impossible yang memaparkan sebuah kisah benar tentang sebuah keluarga yang terbabit dalam tragedi tsunami yang melanda Thailand pada tahun 2004, Watts sebenarnya telah mengajak suami, aktor Liev Schreiber untuk turut berkunjung ke lokasi penggambaran di negara tersebut.

Dua orang anaknya, Sasha, 5, dan Kai, 4, turut dibawa bersama.

Ketika itu, pengarah The Impossible, Juan Antonio Bayona sedang menggambarkan kehancuran dahsyat yang berlaku ketika tsunami melanda Thailand untuk direalisasikan di lokasi penggambaran filem tersebut.

Watts tidak kisah mengajak Sasha dan Kai untuk melihat dirinya yang berlumuran darah dan lumpur ketika menjalani penggambaran The Impossible.

"Ini bukan cara terbaik untuk melihat ibu kamu," ujar Naomi sambil tertawa mengenang memori bersama dua anaknya itu di lokasi penggambaran The Impossible.

Jelas Watts lagi, dia dan keluarganya tiba pada hari pertama penggambaran yang mana karakternya itu perlu digambarkan sebagai masih pada tahap mengalami luka yang minimum.

Namun pada hari ketiga, dia disolek dengan luka yang lebih dahsyat dan tubuh badannya juga dipenuhi dengan lumpur.

"Saya kemudiannya menerangkan kepada anak-anak saya tentang solekan luka tersebut agar mereka faham ia bukan benar.

"Saya tahu keadaan ini tidak normal, namun inilah sebahagian daripada kehidupan pelakon. Kami bermain dengan karakter dan menjadi orang lain pada setiap masa," jelasnya yang membawa peranan sebagai doktor yang berasal dari Sepanyol bernama Maria Belon dalam The Impossible.


McGREGOR agak cerewet dalam memilih filem untuk dilakonkannya.


Mengulas mengenai pengalamannya sepanjang penggambaran filem tersebut, ulas Watts, pada satu tahap dia hampir-hampir mati lemas kerana ditenggelami air.

"Ketika kami menjalani penggambaran di dalam tangki air, ia seolah-olah sedang mengalami situasi sebenar. Ada ketika saya sukar untuk bernafas kerana kehabisan oksigen dan badan pula tenggelam," ungkapnya.

Watts mengakui kagum dengan semangat Maria.

"Setiap ibu selalu memikirkan keselamatan anak-anaknya. Jadi, saya tidak dapat membayangkan bagaimana untuk melaluinya jika ia benar-benar terjadi ke atas keluarga saya," ceritanya.

Berkongsi cabaran yang dilalui, Watts memberitahu, dia menghadapi penyakit bronkitis dan sakit perut sepanjang menjalani penggambaran The Impossible.

Puncanya, sebab dia secara tidak sengaja telah menelan sejumlah besar air ketika babak penggambaran di dalam tangki air tersebut. Perkara itu telah diakui sendiri oleh Bayona.

"Ia sangat mencabar fizikal. Dari hari pertama, Watts mengalami bronkitis dan masalah perut kerana dia telah menelan banyak air. Namun, tidak kira macam mana letih atau teruknya keadaan dia, bila saya minta dia mengulang kali adegan tersebut dia akan melakukannya," ujar Bayona.

Begitupun, segala penat lelah Watts merealisasikan watak tersebut tidak sia-sia apabila dia tercalon untuk Anugerah Golden Globe 2012 dan Screen Actors Guild Awards 2012 - kedua-dua untuk kategori Aktres Terbaik dan bakal berlangsung pada tahun ini.

Edcoustic cuba nasib di Malaysia

Posted:

Edcoustic cuba nasib di Malaysia

Edcoustic cuba nasib di Malaysia

Oleh MAHFUZ MOHAMAD

ALBUM kelima Edcoustic bakal dilancarkan sekitar bulan Mei tahun ini.


INDUSTRI nasyid tanah air suatu ketika dahulu h pernamenjadi fenomena apabila kumpulan Raihan berjaya dikenali di seluruh dunia.

Sehingga kini, Raihan masih memegang rekod jualan album tertinggi di pasaran Malaysia menerusi jualan album, Puji Pujian yang mencecah 750,000 unit.

Sementara, jualan album Raihan di seluruh dunia sepanjang 17 tahun pembabitan mereka dalam dunia seni sudah mencecah 3.5 juta unit.

Selepas Raihan, muncul kumpulan-kumpulan nasyid seperti cendawan tumbuh selepas hujan termasuklah Rabbani, Hijjaz, Brothers, In-team dan UNIC.

Walaupun sekarang ini muzik nasyid tidak gah seperti zaman awal kemunculan kumpulan-kumpulan tersebut, namun kehadiran artis baharu dari luar negara sedikit sebanyak mewarnai industri muzik nasyid tanah air.

Jika sebelum ini, muncul beberapa karyawan nasyid dari negara seberang yang cuba menembusi pasaran di negara ini seperti Opick, terbaharu, kumpulan nasyid dari Indonesia yang menggelarkan diri mereka, Edcoustic turut berusaha untuk melebarkan sayap mereka di Malaysia.

Edcoustic yang dianggotai Aden Supriadi, 33, selaku vokalis dan Eggie Gustaman, 29, sebagai pemain gitar mula bertapak di negara ini sejak tahun lalu menerusi album kompilasi, Hits Satu Dekade.

"Kami berharap dengan kehadiran kami di Malaysia dapat mewarnai lagi industri nasyid negara ini lantas menaikkan semula populariti lagu-lagu nasyid serantau dan antarabangsa.

"Situasi muzik nasyid di Malaysia sama seperti di Indonesia yang kurang mendapat sambutan, namun ia tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri," ujar Aden yang sudah tujuh kali berkunjung ke Malaysia.

Walaupun duo yang membawakan lagu bergenre pop inspirasi itu baru bertapak di negara ini, namun di Indonesia mereka telah mula bergiat aktif sejak 10 tahun yang lalu dengan kemunculan album pertama berjudul, Masa Muda.

Ditanya mengenai pencapaian yang paling membanggakan sepanjang tahun 2012, menurut Aden, memasuki pasaran Malaysia merupakan detik manis yang tidak dapat dilupakan.

Perjalanan muzik Edcoustic bakal lebih rancak lagi dengan penghasilan album terbaharu yang juga album kelima mereka pada bulan Mei tahun ini di Indonesia.

"Kami berharap album baharu yang masih dirahsiakan lagi judulnya itu dapat diterima oleh masyarakat dan akan lebih ramai lagi yang akan meraih inspirasi dengan lagu kami.

"Selain album baharu, saya juga akan menerbitkan sebuah novel yang berjudul, Azalia sebelum bulan Mac ini di Indonesia dan jika diizinkan Allah, buku ini juga akan dijual di Malaysia," jelas Aden mengenai perancangan Edcoustic dan dirinya pada tahun 2013 ini.

Duo yang meminati penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza itu menambah, seiring dengan kemunculan Edcoustic di Malaysia, mereka turut berkolaborasi dengan kumpulan nasyid tempatan, In-team menerusi lagu ciptaan Aden, Kau Ditakdirkan Untukku. Lagu itu juga bakal dimuatkan dalam album terbaharu In-team.

Persatuan lain tidak faham kepayahan kami - DJ Dave

Posted:

Persatuan lain tidak faham kepayahan kami - DJ Dave

Persatuan lain tidak faham kepayahan kami - DJ Dave

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


DJ DAVE di samping pelawak tersohor negara, Jamali Shadat pada acara Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan Artis 2012 di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.


SEBAGAI presiden dan pemegang amanah dana RM2 juta Yayasan Artis 1Malaysia hasil sumbangan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk DJ Dave baru-baru ini telah mengadakan sebuah majlis untuk menyampaikan sumbangan kepada seniman dan seniwati negara.

Acara dikenali sebagai Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan Artis 2012 telah pun berlangsung di Dataran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor baru-baru ini yang mana seramai 142 orang artis veteran telah pun menerima sumbangan sebanyak RM2,000 setiap seorang.

Namun isunya, wujud suara sumbang yang mempersoalkan mengapa DJ Dave memegang dana ini terlalu lama dan ada juga yang menimbulkan persoalan tentang bantuan yang sepatutnya diberi kepada Datuk Yahya Sulong.

Antara karyawan seni veteran yang hadir pada majlis tersebut termasuklah Datuk Aziz Satar, Datuk Jamali Shadat, dan Karim Latif.

Selesai majlis tersebut, Kosmo! sempat menemu ramah DJ Dave untuk menjelaskan isu yang wujud dalam kalangan artis-artis veteran ini.

Kosmo!: Datuk, boleh jelaskan isu tentang kes Datuk Yahya Sulong itu. Kenapa dana Yayasan Antis 1Malaysia tidak membayar sepenuhnya bayaran sewa rumah yang didiami pelawak veteran berbanding dengan sekadar memberi lagi sumbangan wang kepadanya?

DJ Dave: Saya sedang membuat satu inisiatif yang mana surat sudah dihantar kepada menteri (Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim) supaya dapat membantu Datuk Yahya. Mungkin mereka boleh beri pelepasan kepadanya atau satu skim supaya mengurangkan ansuran pembayaran rumah tersebut.

Saya sudah buat usulnya dan kami memang sedang mencuba sedaya upaya kerana memang saya rasa artis 60-an banyak berjasa dan telah berkhidmat dan membantu negara secara tidak langsung.

Ingin saya beritahu, selain Yahya, Maimon Mutalib juga pernah menerima sumbangan sebanyak RM4,000 dan penghawa dingin untuk rumahnya. Untuk Yahya Sulong kami telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM6,000 secara keseluruhannya dan begitu juga dengan Azean Irdawaty ada juga sumbangan yang diberikan kepadanya.

Adakah untuk menerima sumbangan ini, mereka perlu untuk jadi ahli Yayasan Artis 1Malaysia ataupun sebaliknya?

Buat masa ini, mereka tidak perlu mendaftar untuk menjadi ahli atau sebagainya. Asalkan mereka ini merupakan seniman atau seniwati yang telah banyak menabur jasa terhadap industri seni.

Tidakkah perlu disalurkan dana bantuan melalui persatuan artis atau yang seumpamanya?

Tidak perlu. Datang terus kepada saya kerana saya payungnya. Ada persatuan yang buat bising tetapi saya tidak mahu dedahkan beritahu persatuan manakah yang dimaksudkan itu. Mereka mempersoalkan kenapakah ambil masa terlalu lama untuk agihkan dana ini.

Ingin saya jelaskan di sini, mereka tidak tahu tentang kepayahan yang telah kami lalui. Kami perlu mencari semua individu yang layak meraih agihan dana ini kerana bukan kesemua mereka masih tinggal di alamat yang kita tahu ini. Kita perlu berusaha untuk mencari mereka. Ingin saya tegaskan di sini, walaupun kami tidak jumpa mereka, tetapi semua akan dipastikan menerima sumbangan ini.

Sumbangan dilakukan secara tahunan ataupun sekali sahaja?

Jika kita punya dana, apa salahnya? Jadi, kami harus bina dana ini dan saya perlu lakukan sesuatu yang mana saya ingin mencari seorang pengurus besar untuk menguruskan dana dan segala perancangan di bawah Yayasan Artis 1Malaysia. Kami yang ada sekarang ini adalah sebagai pemegang amanah. Kami juga akan wujudkan satu polisi dan pengurus tersebut akan menjalankan tugas.

Adakah pengurus tersebut akan dipilih dan dilantik dalam kalangan artis juga?

Tidak kisah sesiapapun sebenarnya, asalkan dia layak memegang jawatan itu, tidak salah untuk dia mencuba. Namun, kami memerlukan minimum seorang pemegang ijazah dan punya pengalaman dalam bidang ini.

Apakah yang diharapkan daripada badan kerajaan dan pihak-pihak tertentu?

Harapan saya memang besar. Kami telah usulkan kepada kerajaan tentang pengecualian cukai. Di mana, kepada pihak yang menderma, mereka akan mendapat pengecualian cukai. Jika kita berjaya mendapatkan usul tersebut, nescaya kami akan mendapat bantuan banyak pihak.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved