Sabtu, 1 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Malaysia belum ada penderma wajah

Posted:

Malaysia belum ada penderma wajah

Malaysia belum ada penderma wajah

LELAKI ini pernah hidup dalam persembunyian serta terpinggir selama 15 tahun di Hillsville, Virginia, Amerika Syarikat (AS), dengan berselindung di sebalik topeng wajah dan hanya keluar dari rumah pada waktu malam.

Semuanya disebabkan oleh satu insiden tembakan yang tepat mengenai wajahnya pada tahun 1997.

Akibat daripada kejadian itu, Richard Lee Norris, 37, mengalami kecacatan teruk kerana hilang gigi, hidung serta sebahagian daripada lidahnya.

Bagaimanapun, mimpi ngeri Norris itu berakhir selepas dia menjalani satu pembedahan pemindahan wajah 19 Mac lalu di Pusat Perubatan Universiti Maryland, Baltimore, AS.

Pembedahan selama 36 jam itu melibatkan 100 orang doktor yang terdiri daripada pakar pembedahan plastik serta pakar kraniofasia dari institusi tersebut yang diketuai oleh profesor bedah di Jabatan Perubatan, Dr. Eduardo D. Rodriguez.

"Sebelum ini, orang di sekeliling sering memerhatikan Norris kerana dia memakai topeng wajah dan mereka ingin tahu rahsia di sebalik topeng itu.

"Kini, mereka mempunyai alasan lain untuk merenung ke arahnya. Perkembangan ini sangat menakjubkan," ujar Rodriguez selepas pembedahan itu berjaya.

Bagi memastikan wajah baharu Norris berfungsi sepenuhnya terutamanya dari segi ekspresi wajah dan pergerakan, pasukan pembedahan telah memberikannya lidah baharu supaya dia dapat bercakap, makan dan mengunyah dengan sempurna.

Gigi

Selain itu, barisan giginya juga distruktur semula serta dihubungkan dengan saraf-saraf di sekitar wajahnya bagi memastikan dia kembali tersenyum riang.

Norris merupakan individu pertama di AS yang menjalani pembedahan pemindahan wajah pada keseluruhan muka yang berjaya mengekalkan penglihatannya.


FILEM tahun 1997, Face Off, lakonan John Travolta (kiri) dan Nicolas Cage menonjolkan idea pemindahan wajah menerusi teknologi transplan.


Nasib juga ternyata menyebelahinya apabila dia terselamat dalam pembedahan itu meskipun menjalani pembedahan membina semula dan memperbaiki saraf dan tisu wajah dari kulit kepala sehingga ke leher.

"Saya kini sudah boleh berjalan di hadapan semua orang tanpa mendapat renungan yang aneh daripada sesiapa pun.

"Perkara yang paling menggembirakan adalah saya kini dapat melakukan rutin harian seperti memegang muka, memberus gigi serta bercukur," jelas Norris yang telah kembali bekerja.

Pemindahan wajah adalah suatu prosedur pembedahan untuk menggantikan keseluruhan atau sebahagian daripada wajah seseorang.

Ia dijalankan bagi membaiki kecacatan wajah yang disebabkan oleh kemalangan, kebakaran, insiden tembakan, serta serangan haiwan.

Menurut seorang Pakar Kulit, Dr. Ko Chung Beng, dalam proses pemindahan wajah, perkara utama yang perlu ada ialah wajah daripada penderma.

"Ini ialah elemen asas kerana pembedahan ini melibatkan proses pemindahan wajah daripada satu individu kepada individu yang lain," katanya ketika ditemui di kliniknya di Klang, Selangor.

Tambahnya, proses pemindahan wajah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

"Dalam pembedahan itu, jutaan salur darah dan saraf muka dipindahkan dari wajah asal milik penderma kepada wajah milik pesakit.

"Bayangkanlah, salur-salur darah yang kecil itu perlu disambungkan antara satu sama lain. Proses ini dilakukan dengan teliti dan berhati-hati bagi mendapatkan hasil yang sempurna," ujarnya yang merupakan pakar pembedahan plastik.

Malaysia

Menurut Chung Beng, mungkin atas sebab itulah industri pemindahan wajah masih baharu di Malaysia memandangkan kekurangan tenaga pakar yang sanggup mengambil risiko melakukan pembedahan tersebut.

Beliau memberitahu, sehingga ke hari ini tiada seorang pun individu yang tampil menjadi penderma wajah.

"Ini mungkin disebabkan oleh budaya masyarakat Malaysia yang mahukan si mati dikebumikan dalam keadaan sempurna anggota badan.

"Mereka tidak dapat menerima andainya si mati dikebumikan dengan keadaan dirinya tanpa wajah kerana telah didermakan kepada orang lain," jelasnya.

Selain itu, ujar Chung Beng, di negara ini belum ada kes yang melibatkan kerosakan teruk pada wajah seperti yang berlaku di luar negara sehingga memerlukan pembedahan pemindahan wajah dilakukan ke atas pesakit.


MALAYSIA masih kekurangan tenaga pakar dan peralatan untuk melakukan pembedahan pemindahan wajah.


"Kalau ada pun ialah kes mangsa simbahan asid dan melecur teruk akibat kebakaran ataupun kemalangan yang masih boleh dirawat menerusi pembedahan plastik atau rawatan laser," jelasnya yang mendedahkan bahawa kos bagi membuat pembedahan plastik di negara ini boleh mencecah sehingga minimum RM10,000.

Sementara itu, dari segi kesannya pula, pesakit yang menjalani pembedahan ini akan mengalami masalah deria sentuhan pada wajah yang kurang sensitif.

"Hal ini disebabkan oleh saraf-saraf yang disambungkan itu tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna kerana ia tidak berada dalam tempurung wajahnya sendiri," katanya sambil menambah, pesakit akan mengalami kesukaran untuk membuat pelbagai mimik muka.

Ujarnya, perkara yang paling membimbangkan ialah jika sistem imunisasi badan pesakit tidak dapat menerima saraf-saraf bukan miliknya yang dipindahkan ke dalam wajah baharunya itu.

"Jika sistem imunisasi badan enggan menerima kehadiran 'ahli baharu' tersebut, ia akan menyebabkan sel-sel wajah yang dipindahkan itu mati serta tidak dapat berfungsi lagi," jelasnya.

Bagi Chung Beng, meskipun industri pemindahan wajah di Malaysia belum berkembang, beliau berharap agar lebih banyak pakar pembedahan plastik di negara ini dapat melengkapkan diri dengan ilmu kepakaran yang tinggi bagi membawa masuk teknologi perubatan tersebut ke sini.

"Jika keadaan ini berlaku, ia adalah suatu perkembangan yang baik terhadap industri perubatan negara kerana itu menunjukkan bahawa Malaysia semakin maju dalam bidang teknologi perubatan," katanya.

Sambal Sunda paling pedas

Posted:

Sambal Sunda paling pedas

Sambal Sunda paling pedas

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

KATA pemilik restoran, semakin pedas sambal semakin disukai pelanggan.


WULUJING Sumping dipilih sebagai kata-kata aluan yang dipamerkan pada pintu masuk Restoran Cibiuk yang beroperasi di Kajang, Selangor sejak Oktober lalu.

Membawa maksud selamat datang, ia merupakan cawangan pertama Restoran Cibiuk di Malaysia. Setakat ini ia mempunyai 34 cawangan di Indonesia khususnya di sekitar Jakarta dan Bandung.

Cibiuk, nama sebuah perkampungan di Bandung, terkenal dengan masakan orang Sunda terutamanya sambal. Tidak hairanlah jika restoran ini menyajikan 12 jenis sambal yang dibuat mengikut tahap kepedasannya iaitu daripada 1 hingga 12. Pastinya sambal tahap 12 ialah yang paling pedas.

Menurut pengurus restoran, Yasmin Mansor, makanan orang Sunda kurang berkuah.

Cili merah

"Sambal Sunda popular dengan kepedasannya. Peliknya, semakin pedas semakin pelanggan ingin makan. Walaupun berbeza tahap kepedasan, boleh dikatakan kesemua ramuannya terdiri daripada cili hijau, cili merah dan buah mangga," terang Yasmin.

Selain itu, pisang goreng bersalut keju serta coklat cair turut menjadi tarikan.

"Kita biasa menikmati pisang goreng tetapi tidak pernah mendengar mengenai pisang keju," katanya.

Air kelapa durian ala Cibiuk pula jangan dilepaskan.

"Buah kelapa akan dipotong kepada dua bahagian tetapi isi serta sabutnya tidak dibuang. Kemudian, minuman ini dicampur bersama seulas durian, aiskrim vanila dan jeli hijau," cerita Yasmin.

Makanan lain yang disediakan ialah nasi bakar ayam goreng, paket kasterol nasi liwet dan nasi timbel komplit dengan harga kira-kira RM10," tutur Yasmin.

Menurut seorang pelanggan, Tariq Abdul Jalil, dia teruja menikmati sambal Cibiuk.

"Semakin terasa pedas semakin kita ingin menikmatinya dengan nasi.

"Kegemaran saya ialah nasi timbel komplit kerana ia lengkap dengan nasi, ayam goreng kampung, tauhu bakar dan sup," katanya.

Bagi Nurhani Husin, dia menyukai nasi yang rasanya seperti pulut.

"Saya juga tertarik dengan pisang goreng keju yang lazat. Jarang sekali pisang goreng dicampurkan dengan keju serta coklat cair tetapi hasilnya cukup menyelerakan," katanya.

Perkara lain yang menarik mengenai Cibiuk ialah sebahagian besar pekerjanya, daripada pelayan, tukang cuci, tukang masak hinggalah pengurus merupakan pelajar sekolah tahfiz.

Menurut pemilik bersama Cibiuk Malaysia, Faridah Mansor, perkara itu bertujuan mendedahkan pelajar sekolah tahfiz dengan ilmu keduniaan khususnya perniagaan.

"Mereka boleh menguruskan perniagaan dan berdakwah sekali gus," Faridah berhujah.

KEPEDASAN sambal diukur daripada tahap 1 hingga 12.


Hafal al-Quran

Tutur beliau, setiap pelajar akan bekerja sekurang-kurangnya selama dua tahun sebelum diberikan modal permulaan untuk membuka restoran.

Katanya, setakat ini di Cibiuk Malaysia terdapat tiga pelajar tahfiz yang dibawa dari Indonesia.

Bagaimanapun, pada masa hadapan pihaknya akan mengambil pelajar tahfiz di negara ini khususnya di Selangor.

"Selain itu, kami akan bekerjasama dengan sekolah tahfiz terbabit supaya mereka bercucuk tanam serta menternak ikan dan ayam kampung untuk dibekalkan kepada restoran kami.

"Ini secara tidak langsung menjana ekonomi sekolah terbabit berbanding bergantung kepada yuran pengajian semata-mata," katanya.

Seorang pelajar tahfiz, Bubun Bunyamin Qomarudin, 19, berkata, dia pada mulanya agak khuatir tidak dapat menyesuaikan diri.

"Perkara ini jarang dibuat orang tetapi lama-kelamaan saya terbiasa. Malah, saya sempat menghafal al-Quran semasa pelanggan tiada," ujarnya.

Katanya, dia bekerja dari pukul 9 pagi sehingga 11 malam dengan gaji RM800 sebulan.

"Sebaik sahaja habis bekerja, saya akan menghafal al-Quran termasuk sebelum solat Subuh," katanya.

Bagi Hasanuddin Nordin, 28, dia agak lambat belajar di sekolah tahfiz jika dilihat pada usianya.

"Dahulu saya jahil malah gagal membaca al-Quran dengan lancar tetapi restoran ini memberi saya peluang bekerja sambil belajar.

"Jika diizinkan Tuhan, saya ingin mengumpulkan modal sebelum menubuhkan sekolah tahfiz di Indonesia menjelang umur 35 tahun," azamnya.

Lain pula tekad Muhammad Rizal Fadilah, 19, yang berharap dapat membuka sebuah restoran suatu hari nanti. Katanya, restoran itu juga akan menganjurkan program ceramah keagamaan.

"Pelanggan dapat makan dan mendengar kuliah agama sekali gus," ujarnya.

Perokok cilik Indonesia

Posted:

Perokok cilik Indonesia

Perokok cilik Indonesia


KETAGIHAN merokok yang melanda segelintir kanak-kanak berusia bawah enam tahun di seluruh dunia harus ditangani segera.


AGAK sukar untuk mempercayai seorang kanak-kanak, Aldi Ilham, 8, yang berasal dari Sukabumi, Indonesia merokok di hadapan rumahnya dan boleh menghabiskan dua kotak rokok sehari tanpa dimarahi oleh ibu bapa.

Dia yang mula merokok ketika berumur empat tahun itu enggan ke sekolah dan hanya bermain serta menghisap rokok sepanjang hari.

Walaupun jika dilihat pada umurnya, ia amat mengejutkan tetapi pemandangan sebegini bukanlah sesuatu yang asing di Indonesia. Dianggarkan satu juta kanak-kanak di Indonesia di bawah umur 16 tahun di negara itu menghisap rokok dengan satu per tiga daripada mereka merokok sebelum berumur 10 tahun.

Selain Aldi, seorang lagi kanak-kanak, Ardi Rizal yang kini berumur empat tahun pernah mengejutkan dunia kerana menghisap rokok sebanyak 40 batang rokok sehari ketika berusia dua tahun. Dia akan membuat perangai jika ketagihan rokoknya tidak dipenuhi.

Ardi menjadi terkenal setelah klip videonya sedang menghisap rokok tersebar luas di internet.

Hasil kaji selidik dengan sokongan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat yang disiarkan September lalu mendapati, kadar perokok lelaki Indonesia adalah yang tertinggi di dunia.

Hampir dua per tiga daripada golongan lelaki berumur lebih 15 tahun adalah perokok. Bilangan kanak-kanak yang menjadi perokok juga bertambah dengan peningkatan tujuh kali ganda dalam masa kurang sedekad.

Menteri Kesihatan Indonesia, Nafsiah Mboi mengakui bahawa negara itu sukar menghentikan tabiat merokok penduduknya.

"Hasil kajian juga mendapati hampir suku daripada golongan remaja di negara ini merupakan perokok tetap," ujarnya dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen, Channel 4 di Britain baru-baru ini.

Had umur


ALDI ILHAM menghisap rokok sepanjang hari di rumahnya di Sukabumi, Indonesia.


Senario itu dilihat berikutan penguatkuasaan undang-undang yang amat lemah di Indonesia dan tiada had umur minimum ditetapkan bagi pembeli rokok selain tiada pendidikan mengenai bahaya rokok diberikan kepada penduduknya.

Indonesia sendiri adalah antara negara termasuk Korea Utara dan Zimbabwe yang gagal menandatangani perjanjian tembakau WHO yang melarang pengiklanan, promosi dan penajaan produk tembakau serta larangan terhadap jualan rokok kepada mereka di bawah umur.

Berdasarkan kod etika terbabit, tidak sepatutnya ada iklan rokok dalam lingkungan 100 meter dari kawasan sekolah. Tetapi realitinya, iklan berkenaan jelas dipaparkan pada papan iklan yang memaparkan merokok sebagai gaya hidup moden dan perlu diterima oleh semua golongan muda.

"Indonesia sukar menandatangani perjanjian itu kerana negara ini menerima hasil daripada cukai tembakau. Industri tembakau itu sendiri menyediakan kira-kira 10 juta peluang pekerjaan membabitkan 10 peratus daripada hasil negara secara keseluruhannya," jelas Nafsiah.

Mengikut WHO, tembakau dikaitkan dengan kematian sebanyak enam juta orang di seluruh dunia setiap tahun. - NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Perjalanan terakhir lima beranak

Posted:

Perjalanan terakhir lima beranak

Perjalanan terakhir lima beranak

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

ABDULLAH bersama Muhammad Aiman (kiri), ibunya, Ramlah Omar (tengah), Samsiah dan Maisarah(atas pangkuan) dalam
gambar yang dirakamkan ketika Hari Raya Aidilfitri lalu di Felda Air Tawar, 5, Kota Tinggi.


MERSING – Lima sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna jenis Grand Livina yang mereka naiki hilang kawalan dan berpusing sebelum dirempuh sebuah lori tangki di Jalan Mersing-Endau dekat sini pukul 7.30 pagi semalam.

Mereka yang maut ialah juruteknik, Abdullah M. Yusof, 43; isterinya yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi, Samsiah Maidin, 37; anak mereka, Muhammad Aiman Syakirin Abdullah, 8, dan Maisarah, 4, serta adik kepada Samsiah, Noraini Maidin, 30-an.

Anak bongsu mangsa, Muhammad Ammar, 3, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Kosmo! Ahad difahamkan, Abdullah sekeluarga bersama sebuah kereta lain dalam perjalanan untuk menghantar adik iparnya, Muhammad Hafiz Maidin, 18, ke tempat belajarnya di Universiti Teknologi Mara, Jengka , Pahang.

Muhammad Hafiz menaiki sebuah kereta lain yang dipandu oleh datuknya, Maidin Mohamad, 66.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Mohd. Nor Rasid berkata, dalam kejadian ngeri itu, kenderaan yang dipandu oleh Abdullah dipercayai hilang kawalan lalu berpusing beberapa kali di tengah jalan.

"Pada waktu yang sama, sebuah lori tangki dari arah belakang terus melanggar kereta tersebut hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu melekat," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

Impak daripada rempuhan itu menyebabkan empat dari lima mangsa maut pada tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengunjung MAHA 2012 bakal cecah 3 juta hari ini

Posted:

Pengunjung MAHA 2012 bakal cecah 3 juta hari ini

Pengunjung MAHA 2012 bakal cecah 3 juta hari ini


PENGUNJUNG berjalan bawah teduhan yang sebenarnya pokok sayur-sayuran yang lebat berbuah di MAHA 2012, Serdang semalam.


PUTRAJAYA - Jumlah pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 yang bermula pada 23 November lalu kini mencecah 2.3 juta orang.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, jumlah itu dijangka meningkat hari ini yang juga hari terakhir program dan seterusnya mencapai sasaran tiga juta pengunjung.

"Purata sehari pengunjung MAHA 2012 ialah 400,000 orang. Selain pameran pelbagai seminar turut diadakan untuk memberi maklumat kepada mereka yang berminat dengan bidang agro pertanian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar MyAgrosis MAHA 2012 di sini semalam.

Sementara itu, Mohd. Hashim berkata, kini lebih ramai golongan profesional turut terbabit dalam sektor pertanian dan menjadikan bidang itu satu daripada sumber untuk meraih pendapatan tinggi.

"Ada doktor kini menjadi antara pengeksport utama durian ke China, ada doktor yang menjadi penternak ayam...telah menternak hampir 5,000 ekor ayam kampung...ada juruterbang menjadi penternak kambing.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kes dijangkiti HIV menurun

Posted:

Kes dijangkiti HIV menurun

Kes dijangkiti HIV menurun

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Jumlah pesakit yang dijangkiti Human Immunodeficiency Virus (HIV) di negara ini semakin menurun apabila sebanyak 3,392 kes dilaporkan menjelang hujung tahun ini berbanding 3,749 kes tahun lalu.

Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Chong Chee Kheong berkata, pada tahun ini, jumlah kes yang dilaporkan adalah pada kadar 11.8 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

"Ia merupakan sesuatu yang positif memandangkan dalam sembilan bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,544 kes jangkitan HIV baharu telah dilaporkan.

"Kemungkinan besar sasaran kerajaan iaitu 11 kes bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2015 akan dapat dicapai lebih awal," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Sambutan Hari AIDS Sedunia 2012 yang bertemakan Menuju Sifar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Malaya makin garang

Posted:

Harimau Malaya makin garang

Harimau Malaya makin garang

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

PENJAGA gol Malaysia, Farizal Marlias berjaya menangkap kemas bola percubaan pemain Indonesia pada aksi Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.


MASALAH komunikasi dilihat masih menghantui skuad Harimau Malaya sebaik melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 apabila membenam Indonesia 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Andai ia tidak diatasi segera, tidak mustahil anak-anak buah Datuk K. Rajagobal berdepan tugas getir ketika melayan kunjungan juara Kumpulan A, Thailand dalam aksi separuh akhir pertama pada 9 Disember ini.

Kesukaran benteng pertahanan Harimau Malaya mengekang larian deras Andik Vermansyah, Elie Aiboy dan Oktovianus Maniani malam tadi juga seolah-olah memberikan petunjuk jelas buat Thailand nanti.

Namun pada masa sama, kejayaan menewaskan Sang Garuda malam tadi sememangnya detik yang paling istimewa buat seluruh rakyat Malaysia, sekali gus mengulangi kecemerlangan final edisi dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia muncul juara buat julung kalinya.

Ternyata, skrip yang lebih kurang sama seperti mana edisi dua tahun lalu masih menjadi pilihan Rajagobal kali ini apabila kembali bangkit melakar dua kemenangan bergaya setelah dikejutkan Singapura 0-3 dalam aksi pembuka tirai kumpulan, Ahad lalu.

Sebaik membelasah Laos 4-1 dalam perlawanan kedua, Harimau Malaya tidak lagi menoleh ke belakang apabila menjadikan Sang Garuda sebagai medan melepaskan geram malam tadi sebaik dikritik hebat penyokong fanatik negara pada permulaan kempen kali ini.

Lebih manis, kekalahan Indonesia itu juga bermakna Sang Garuda ditunjukkan jalan keluar lebih awal dalam kempen kali ini setelah Singapura berjaya menewaskan Laos 4-3 dalam satu lagi aksi dramatik kumpulan yang berlangsung serentak di Stadium Shah Alam malam tadi.

Dengan keputusan itu, Singapura muncul juara kumpulan biarpun berkongsi enam mata dengan Harimau Malaya, namun kedua-dua pasukan dibezakan dengan jaringan gol.

Dalam perlawanan malam tadi, Harimau Malaya nyaris 'lemas' dengan asakan bertali-arus Sang Garuda yang dilihat beberapa kali berjaya memerangkap benteng pertahanan negara yang diterajui Aidil Zaquan Abdul Razak dan Mohd. Fadhli Shas.

Masalah komunikasi antara jentera tengah dan benteng pertahanan negara juga nyaris mengundang padah pada awal babak pertama, mujurlah kecekapan penjaga gol negara, Farizal Marlias melegakan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.

Namun, keghairahan skuad kendalian Nil Maizar memburu gol awal akhirnya dihukum pasukan negara apabila Azammuddin Mohd. Akil tenang memecah kebuntuan pada minit ke-26.

Pemain pertahanan, Mahalli Jasuli menambah derita Indonesia apabila menggandakan kelebihan tiga minit kemudian hasil hantaran kemas Wan Zack Haikal Wan Nor sekali gus mengatasi jangkauan penjaga gol lawan, Wahyu Tri Nughoro.

Indonesia yang terdesak memburu gol penyamaan dilihat semakin garang lantas mengundang aksi kasar beberapa pemain negara selepas itu sehingga memaksa pengadil dari Uzbekistan, Kovalenko Valentin melayangkan kad kuning kepada Aidil dan Shakir Shaari.

Mujur kebijaksanaan Fadhli dan Zubir Azmi merantai pergerakan Andik dan M. Syafiq sepanjang babak kedua juga menyebabkan Indonesia berputih mata bagi menyamakan kedudukan.

Begitupun, kecederaan beberapa pemain seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang dilihat terhincut-hincut pada penghujung babak kedua dilihat meresahkan menjelang pertemuan menentang Thailand nanti.

Thailand pamer karakter sebenar

Posted:

Thailand pamer karakter sebenar

Thailand pamer karakter sebenar


PEMAIN Thailand, Kirati Keawsombut (kiri) bersaing dengan tonggak Vietnam, Nguyen Gia Tu ketika aksi Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Rajamangala, Bangkok malam kelmarin.


BANGKOK - Juara tiga kali, Thailand jelas mempamerkan karakter selaku juara pada kempen Piala Suzuki AFF 2012 setakat ini.

Malam kelmarin, skuad kendalian Winfried Schafer itu muncul juara Kumpulan A apabila menewaskan Vietnam 3-1 di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad Gajah Putih itu merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya meraih sembilan mata maksimum dalam kempen kali ini selepas mereka terlebih dahulu menewaskan Filipina 2-1 dan Myanmar 4-0.

Keputusan itu membuka laluan buat Thailand membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B pada separuh akhir pertama di tempat lawan pada 9 Disember depan sebelum kembali beraksi di Stadium Rajamangala empat hari kemudian.

Sudah tentu, Schafer merupakan individu yang paling gembira dengan kejayaan pasukannya mara lebih jauh kali ini selepas terkandas di peringkat kumpulan dalam edisi dua tahun lalu.

"Apa lagi yang boleh saya katakan? Kami berjaya meraih sembilan mata maksimum, sudah tentu ia satu keputusan yang menakjubkan.

"Pada masa sama, saya juga memuji skuad kedua kami yang berjaya mengatasi Vietnam biarpun beraksi dengan 10 pemain (malam kelmarin).

"Percaturan saya merehatkan beberapa pemain utama bagi mengelak dilayangkan kad kuning atau merah juga berbaloi dengan kemenangan ini," katanya.

Schafer memberitahu, skuad kendaliannya kini mengalihkan fokus mengenai siapa lawan mereka di separuh akhir nanti.

"Kami pernah mengatasi Malaysia manakala Indonesia juga bukan satu masalah buat kami biarpun belum berdepan mereka sebelum ini.

"Jika berdepan Singapura juga saya tidak terlalu bimbang kerana pernah menyaksikan perlawanan antara mereka dan Filipina dalam satu aksi persahabatan baru-baru ini," katanya.

Di sebalik kecemerlangan anak-anak buahnya, Schafer enggan mendabik dada dengan kemampuan Thailand memburu kejuaraan buat kali keempat Piala Suzuki AFF selepas kali terakhir muncul juara sedekad lalu.

"Masih terlalu awal untuk menyifatkan kami mampu mengulangi kejayaan seperti mana edisi 2002.

"Tempoh 10 tahun sememangnya satu masa yang lama dan saya memahami keterujaan peminat.

"Cuma pada masa sama, saya lebih gemar memikirkan aksi di separuh akhir terlebih dahulu sebelum mencongak strategi di final," jelasnya.

Gelaran Wira milik Hafiz

Posted:

Gelaran Wira milik Hafiz

Gelaran Wira milik Hafiz


GAYA tunggangan Hafiz ketika beraksi dalam sesi ujian masa kategori Wira di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.


PELUMBA pasukan Mos Track Pro Yamaha Racing, Mohd. Hafiz Nor Azman mengesahkan status selaku juara keseluruhan kategori Wira Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2012.

Hafiz mengesahkan kejuaraan itu lebih awal tanpa perlu membuat perhitungan dalam perlumbaan akhir di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini.

Selepas sembilan pusingan, Hafiz mendahului senarai kedudukan keseluruhan dengan 165 mata apabila hanya dicabar hebat oleh pelumba AAP Mazoil Armstrong Motorsport, Fakhrusy Syakirin Rostam yang berada di kedudukan kedua dengan perbezaan tujuh mata.

Malangnya, Fakhrusy terpaksa menarik diri daripada meneruskan saingan kali ini setelah mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika sesi latihan bebas yang berlangsung pada sebelah pagi semalam.

Tanpa kehadiran Fakhrusy, kedudukan Hafiz gagal digugat oleh mana-mana pelumba lain memandangkan pencabar di tempat ketiga, Tengku Amirul Haffiruddin yang mewakili Motul Yamaha YY Pang jauh berada di belakang apabila sekadar mengumpul 123 mata.

Bagi Hafiz, dia sebenarnya tidak menyangka dapat memperoleh gelaran lebih awal kerana menjangkakan perebutan mahkota keseluruhan akan ditentukan sehingga ke garisan penamat.

"Saya gembira dengan kejayaan merangkul gelaran ini, malah saya rasakan cukup bertuah kerana gelaran dapat ditentukan sebelum perlumbaan bermula lagi.

"Mungkin ini yang dikatakan sebagai nasib baik. Pada masa sama, saya tetap akan memberikan aksi terbaik kerana mahu menamatkan saingan musim ini di atas podium," jelas Hafiz.

Begitupun, Hafiz berkata, dia bersimpati terhadap Fakhrusy kerana dia tidak dapat meneruskan perlumbaan.

"Jika tidak, saya jangkakan kami pasti akan bersaing sengit pada perlumbaan terakhir musim ini sebagaimana yang telah kami tunjukkan sepanjang sembilan pusingan lepas.

"Pasukan juga sebenarnya sudah membuat persediaan serta strategi terbaik bagi memastikan saya layak ke perlumbaan akhir esok (hari ini)," jelas Hafiz.

Pada sesi ujian masa semalam, Hafiz mencatat masa kedua terpantas iaitu 54.801 saat (s) dan berada di belakang Tengku Amirul Haffiruddin yang mencatatkan 54.680s.

Sementara itu, dalam saingan CP130 yang menyaksikan gelaran juara keseluruhan menjadi milik Azlan Shah Kamaruzaman, Mohd. Zamri Baba mempamerkan aksi cemerlang apabila muncul pelumba terpantas dengan catatan 53.107s.

Dia meninggalkan pencabar terdekat, Mohd. Affendi Rosli yang mencatatkan masa 53.206s diikuti Mohd. Ramdan Mohd. Rosli iaitu 53.282s.

Dalam kategori CP115, hasrat Mohd. Amirul Ariff Musa untuk menjulang mahkota keseluruhan musim ini semakin hampir setelah dia berjaya mencatat masa terpantas dengan catatan 53.945s.

Pelumba Pachie Yuzy Honda Racing itu mengatasi Mohd. Azhar Abd. Jalil yang mencatatkan 54.198s manakala S. Sasitharen berada di kedudukan ketiga dengan catatan 54.489s.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Operasi sahkan kerakyatan Rohingya di Myanmar

Posted:

Operasi sahkan kerakyatan Rohingya di Myanmar

Operasi sahkan kerakyatan Rohingya di Myanmar

AP
BEBERAPA pelarian Rohingya berjalan di sebuah kem pelarian Sin Thet Maw di pekan Pauktaw, negeri Rakhine pada 10 November lalu.


SIN THET MAW, Myanmar - Pemerintah Myanmar telah melancarkan operasi dengan tujuan untuk mengesahkan kerakyatan etnik Rohingya di negeri Rakhine, barat negara ini,

Sekumpulan wartawan agensi berita Associated Press mendapati, beberapa pegawai imigresen membuat bancian dari rumah ke rumah di kampung di Sin Thet Maw.

Jurucakap pentadbiran negeri itu, Win Myaing menyatakan operasi tersebut bermula sejak 8 November lalu di pekan Pauktaw yang turut meliputi kampung tersebut.

Menurutnya, operasi berkenaan akan dilakukan di serata negeri Rakhine.

Sebelum ini hampir 200 orang terbunuh dan 110,000 lagi hilang tempat tinggal ekoran pergaduhan antara etnik Rohingya dan Rakhine yang beragama Buddha. - AP

Penoreh getah mati dibaham harimau

Posted:

Penoreh getah mati dibaham harimau

Penoreh getah mati dibaham harimau

BANGKOK - Seorang penoreh getah, Hyaya Seng disyaki mati kerana diserang seekor harimau di selatan Thailand, kata seorang pegawai semalam.

Tapak kaki haiwan dewasa itu ditemui dekat mayat Seng di sebuah ladang di kawasan pergunungan di wilayah Yala dekat sempadan Malaysia.

"Mangsa kehilangan kepala dan mengalami luka di perut dan calar di seluruh badan," kata seorang timbalan ketua daerah, Urupong Chanakul.

Para penoreh getah di selatan negara ini kerap menjadi sasaran serangan gerila pemisah Islam yang kadangkala memenggal kepala mereka. - AFP

Ombak berwarna menjadi biru pada waktu malam

Posted:

Ombak berwarna menjadi biru pada waktu malam

Ombak berwarna menjadi biru pada waktu malam


AFP
OMBAK kelihatan berwarna biru di Pantai Stanwell Park, Sydney pada Rabu lalu.


SYDNEY - Beberapa pantai popular di sini pernah ditutup kerana fenomena pertumbuhan organisma alga merah.

Kehadiran organisma itu menyebabkan air bertukar menjadi merah.

Bagaimanapun, pada waktu malam, ombak bertukar menjadi biru cerah pada Rabu lalu.

Kehadiran alga itu yang dikenali sebagai Nocturnal Scintillans telah menyebabkan ramai orang tidak boleh berenang di pantai.

Bagaimanapun, pantai-pantai tersebut dibuka semula untuk orang ramai berenang kelmarin. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua lelaki dikhuatiri lemas di lombong

Posted:

Dua lelaki dikhuatiri lemas di lombong

Dua lelaki dikhuatiri lemas di lombong

01/12/2012 9:01pm

IPOH – Dua lelaki berusia lingkungan 40-an dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di sebuah lombong di Kampar pada kira-kira 4.33 petang hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddin Mat Daud berkata, mereka dilaporkan hilang ketika keluar menjala ikan di sebuah lombong di Kampung Labu Kuci, yang terletak berhampiran pasar awam Kampar.

"Operasi mencari dan menyelamat yang dimulakan sebaik sahaja menerima laporan masih diteruskan. Kita sedang menjalankan pencarian di permukaan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi tetap diteruskan walaupun dalam keadaan hujan dan operasi menyelam akan dilakukan pagi esok jika kedua-dua mangsa belum ditemui.

Katanya, sejumlah 14 anggota Bomba dan Penyelamat, yang dibantu anggota Jabatan Perkhidmatan Awam, Rela dan polis, terlibat dalam operasi itu. – BERNAMA

Pelajar mati lemas ketika mandi di Pantai Senok

Posted:

Pelajar mati lemas ketika mandi di Pantai Senok

Pelajar mati lemas ketika mandi di Pantai Senok

01/12/2012 8:56pm

BACHOK – Seorang pelajar mati lemas, manakala tiga rakannya sempat diselamatkan ketika mandi di kawasan Pantai Senok di sini hari ini.

Mereka adalah sebahagian daripada 25 pelajar yang mandi di pantai itu pada kira-kira 3.40 petang.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Mat Lazim Ismail berkata, mayat Mohd Fikri Ramli, 23, dijumpai orang awam yang mencari mangsa pada kira-kira 4 petang selepas dilaporkan hilang.

Tiga rakan mangsa yang turut lemas bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam yang melihat mereka dalam keadaan tenggelam timbul dilambung ombak, katanya di sini hari ini.

Mereka berasal dari Kota Bahru dan berkelah di pantai itu sempena musim cuti sekolah. – BERNAMA

5 sekeluarga terbunuh kereta bertembung lori

Posted:

5 sekeluarga terbunuh kereta bertembung lori

5 sekeluarga terbunuh kereta bertembung lori

01/12/2012 8:54pm

MERSING – Lima sekeluarga terbunuh, manakala seorang lagi cedera apabila kereta Nissan Grand Livina yang mereka naiki bertembung sebuah lori tangki di Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing di sini hari ini.

Empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian iaitu pemandu kereta Abdullah M. Yusof, 43; isterinya, Samsiah Maidin, 37; anak mereka Muhammad Aiman Syakirin, 8; dan Maisarah, 4.

Kakak ipar Abdullah, Noraini Maidin, 41, meninggal dunia di Hospital Mersing, manakala seorang lagi anaknya, Amar Haziq, 3, cedera dan menerima rawatan di hospital tersebut.

Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Mohd Nor Rasid berkata, kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi apabila kenderaan pelbagai guna yang dinaiki keluarga malang itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung lori tangki tersebut.

Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Felda Air Tawar 5 ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang untuk menghantar adik Samsiah, Muhammad Hakimi Maidin, 18, mendaftar masuk ke universiti itu.

"Mereka berkonvoi dua kereta. Kereta yang dinaiki Muhammad Hakimi bersama ayah dan ibunya, Maidin Mohamad, 66, dan Minah Ismail, 60, sudah jauh di hadapan ketika kejadian," katanya.

Beliau juga berkata, pemandu lori, Azhar Mohd Othman, 29, tidak cedera dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Langkah kanan Nirwana Band

Posted:

Langkah kanan Nirwana Band

Langkah kanan Nirwana Band

NIRWANA BAND mahu bekerja lebih keras untuk memastikan band mereka mampu bertahan lama.


NIRWANA Band, bunyi seperti nama sebuah kumpulan nasyid di Malaysia. Ironinya, band tersebut bukan sebuah kumpulan nasyid, jauh sekali membawa genre nasyid.

Mereka merupakan sebuah band Indonesia yang cukup popular dengan lagu berjudul Sudah Cukup Sudah. Malah, selepas mereka diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas Anugerah Industri Muzik 19 (AIM19) baru-baru ini, barulah sebahagian besar peminat lagu Sudah Cukup Sudah ini kenal siapa yang membuatkan mereka 'terbuai' setelah mendengar alunan suara merdu band kelahiran Indonesia ini.

Perkara itu juga turut diakui oleh lima orang jejaka anggota band ini iaitu Denis, Arief, Henry, Bayu serta Avew tentang diri mereka yang kurang dikenali di Malaysia, walaupun lagu mereka sangat digemari peminat di sini.

"Jika di Indonesia, memang ramai yang mengenali anggota band kami. Di Malaysia, hanya lagu kami yang terkenal tapi tidak mengenali kami berlima. Namun, setelah tampil dalam AIM tempoh hari, sudah ramai peminat yang kenal dengan kami.

"Pendek cerita, di Malaysia, lagu kami sahaja yang meletup, tetapi di Indonesia, kami memang telah terkenal," cerita anggota Nirwana Band ketika majlis pelancaran album mereka, Ingin Kau Bahagia yang bertempat di Hard Rock Café, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bangga jadii orang kampung

Sopan menyusun kata sepanjang sesi temu bual berlangsung, tutur vokalis Nirwana Band, Denis, mereka kini selesa membawa genre Pop Melayu berbanding rock semasa awal kemunculan mereka di arena muzik indie (independent).

Ditebak persoalan mengapa Nirwana Band menukar genre kepada Pop Melayu yang mungkin kedengaran sedikit ketinggalan dan 'kekampungan', jawab mereka dengan yakin, mereka bangga menjadi orang kampung.

"Kami tidak mahu menafikan yang kami memang berasal dari kampung. Kami sentiasa bangga dan ingin membudayakan muzik kampung kerana di Indonesia rumpunnya juga tetap Melayu. Maka dengan itu, mengapa tidak kami mencintai rumpun asal kami?

"Kami bangga kami orang Melayu dan tidak sesekali ego atau berlagak untuk mengaku yang kami ialah Melayu yang berasal dari kampung," jujur akui band yang berasal dari Subang, Jawa Barat tersebut.

Walau membawa muzik kampung, genre tersebutlah yang telah membuat mereka popular di Malaysia.

Ini kerana sebelum Nirwana Band meraih populariti di negara sendiri, mereka telah pun mencapai kejayaan di Malaysia terlebih dulu. Bicara Denis selaku vokalis dan ketua band, gelombang K-Pop yang kuat di Indonesia ketika itu telah menyebabkan band ini mencuba nasib di negara jiran.

Cerita Denis lagi, mereka pernah ditolak beberapa kali untuk menjadi sebuah kumpulan yang bernaung di bawah syarikat label muzik di sana. Namun, pihak pengurusan menyarankan agar mencuba nasib untuk mempertaruhkan single Sudah Cukup Sudah di Malaysia terlebih dulu.


BERBEKALKAN single Sudah Cukup Sudah, Nirwana Band diiktiraf sebagai pemenang Lagu Bahasa Melayu Oleh Artis Luar Negara Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (A1M 19).


Strategi menjadi

Ternyata, strategi untuk memasarkan single berjudul Sudah Cukup Sudah di Malaysia berkesan apabila single yang dipertaruhkan itu berjaya menjulang nama Nirwana Band sehingga menggondol anugerah kategori Artis Luar Negara Terbaik, Anugerah Industri Muzik 19 (AIM19).

Terkejut dengan keputusan yang diumumkan ketika itu, mereka mengaku tidak pernah mengharapkan kemenangan melalui kategori tersebut memandangkan semua pencalonan tidak kurang hebat.

"Selepas memenangi anugerah tersebut, kami menganggap ia sebuah tugas berat yang harus dipikul kerana ini merupakan permulaan untuk karier kami. Dengan kemenangan ini, kami masih belum merasa puas dan perlu berusaha dengan lebih keras lagi untuk memberikan yang terbaik kepada peminat-peminat yang sentiasa menyokong kami.

"Sebenarnya kami pun tidak menyangka diumumkan sebagai pemenang kerana kami bertanding dengan nama-nama besar yang memang sudah mempunyai profil kerjaya yang bagus di negara kami mahupun di Malaysia.

"Mereka juga jauh lebih senior daripada kami.

"Kami masih band baharu dan tidak menyangka sama sekali mendapat penghargaan sebesar ini. Ini kerana ketika mendapat jemputan ke AIM, kami hanya fikir untuk mempersiapkan diri bagi menghiburkan rakyat Malaysia," jelas Denis panjang lebar sambil memanjat kesyukuran ke atas kemenangan tersebut.

Berkorban demi peminat

Walaupun bermula dalam arus independent dengan membawa genre rock, namun oleh kerana kurang diterima, Nirwana Band sanggup melupakan apa yang digemari kerana sering ditolak syarikat rakaman.

Biar kini sudah menukar genre muzik, namun mereka masih mengekalkan elemen rock dan blues dalam konsep lagu-lagu mereka.

"Apabila kami menukar genre rock kepada pop, barulah kami diterima. Walaupun kami terpaksa melupakan apa yang kami suka, namun kami perlu berkorban sedikit untuk berjaya.

"Tujuan kami juga ingin mencari rezeki. Biarlah kami mengalah dan teruskan dengan apa yang diterima ketika ini," ujar Denis lagi.

Tambahnya, apa yang menjadi keutamaan band mereka sekarang ialah mementingkan selera masyarakat dengan akur terhadap apa (muzik) yang mereka ingin dengar.

Ulas salah seorang anggota Nirwana Ban yang lain iaitu Arief ringkas: "Ini kerana kami band untuk masyarakat dan kami bukan band syok sendiri."

Sementara itu, berbicara mengenai album baharu mereka yang berjudul Ingin Kau Bahagia pula, ujar mereka seratus peratus lagu-lagu di dalam album tersebut telah ditulis dan digubah oleh Nirwana Band sendiri. Selain itu, apa yang menariknya, penceritaan lagu yang terkandung dalam album ini merupakan kisah benar.

Afdlin ke Gaza bukan cari publisiti

Posted:

Afdlin ke Gaza bukan cari publisiti

Afdlin ke Gaza bukan cari publisiti

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


AFDLIN SHAUKI


PELAKON, pengacara, pengarah dan penerbit, Afdlin Shauki, 41, mencipta profil terkini dalam kariernya apabila menjadi duta sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Sharif, organisasi bebas kelima bernaung di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia yang bergiat aktif membantu rakyat Palestin.

Menunjukkan rasa sokongannya terhadap perjuangan membebaskan Palestin, Afdlin akan turut sama ke Gaza bersama badan tersebut bagi menghulurkan bantuan berupa makanan selama seminggu bermula 3 Disember ini.

Bukan berniat mencari publisiti, menurut Afdlin, dia ke Gaza untuk melihat sendiri kesusahan dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin, malah Afdlin akan turut menyalurkan sebahagian keuntungan daripada filem komedi seram arahan terbaharunya iaitu Pontianak VS Orang Minyak untuk rakyat di Gaza.

Filem yang telah menjengah pawagam bermula 22 November lalu itu membariskan ramai pelakon terkenal seperti Nabil, Johan, Afdlin Shauki, Sharifah Shahirah, Khir Rahman, Lana Nordin, Adibah Nor, Harun Salim Bachik, Fizz Fairuz dan Sharifah Amani.

Filem terbitan Ismail Holdings dan Vision Works Sdn. Bhd. itu menceritakan pergolakan dua hantu iaitu Pontianak dan Orang Minyak yang baru berkecimpung dalam dunia hantu. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Afdlin.

Kosmo!: Bilakah anda akan ke Gaza?

AFDLIN: Saya akan ke Gaza pada 3 hingga 10 Disember ini. Saya ke Gaza bersama dengan badan bukan kerajaan Aqsa Sharif untuk misi bantuan kewangan dan makanan.

Apakah perasaan anda jika ada sesetengah pihak yang mempertikaikan anda ke Gaza untuk mencari publisiti?

Saya tidak peduli orang mahu pertikaikan keinginan saya ke Gaza. Saya ke Gaza untuk melihat sendiri dengan mata bagaimana kesusahan dan penderitaan yang dialami mereka. Saya mahu berbual dengan mereka dan kongsikan pengalaman yang saya peroleh kepada rakyat Malaysia nanti.

Bilakah anda ditawarkan sebagai duta Aqsa Sharif?

Saya ditawarkan oleh Aqsa Sharif untuk menjadi duta mereka bermula 26 November. Aqsa Sharif merupakan organisasi bebas (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia.

Apakah tugas-tugas anda sebagai duta?

Saya membantu dari segi mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin. Saya juga akan berkongsi pengalaman yang saya peroleh di Gaza nanti, termasuk bagaimana penderitaan yang dialami oleh mereka untuk rakyat Malaysia tahu agar semuanya dapat menyalurkan sedikit sumbangan.

Apakah perasaan anda apabila dilantik sebagai duta untuk badan yang memperjuangkan pembebasan Palestin?

Saya rasa sangat terharu. Sebelum ini, jika orang tanya apa yang saya ingin buat pada buat masa terdekat ini, saya jawab tidak tahu. Kini, saya sudah ada matlamat iaitu untuk pergi ke Gaza. Ini adalah perjalanan hidup saya untuk melihat sendiri ketidakadilan yang berlaku di sana.

Bagaimanakah persediaan diri untuk ke Gaza?

Saya banyak membaca tentang Palestin dan mendapatkan informasi tentang apa yang berlaku di sana. Memang ada perasaan takut, cuma apalah sangat perasaan takut saya jika mahu dibandingkan dengan hidup mereka yang setiap hari sudah berasa takut dengan kekejaman yang berlaku. Jadi saya kena beranikan diri.

Bagaimanakah penerimaan keluarga bila anda ingin ke Gaza?

Keluarga memang berat hati mahu lepaskan saya ke Gaza, terutama sekali anak-anak. Bagaimanapun saya yakinkan mereka dan meminta mereka mendoakan keselamatan saya dan rakyat Palestin di sana.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Sekarang filem arahan saya masih ditayangkan di pawagam iaitu Pontianak Vs Orang Minyak. Saya harapkan ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini kerana saya mahu salurkan sebahagian keuntungan filem itu untuk rakyat di Gaza. Saya juga tidak akan bersama dengan ahli Boboi iaitu Harun Salim Bachik dan Nabil untuk persembahan Maharaja Lawak Mega 2012 pada 7 Disember nanti kerana masih belum pulang ke Malaysia.

Bunkface marah K-Pop

Posted:

Bunkface marah K-Pop

Bunkface marah K-Pop

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


ATAS: Pelancaran kali kedua album Bunkface, Bunk Not Dead di ibu kota baru-baru ini yang menggunakan teknologi Augmented Reality telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.


Bunkface mengaku mereka tidak kecewa kerana terkandas untuk bersaing dalam final Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) pada peringkat separuh akhir pertandingan itu baru-baru ini, bagaimanapun mereka meluahkan rasa kecewa apabila tidak banyak kumpulan yang layak untuk ke peringkat final.

Kata vokalisnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharom atau Sam, Bunkface tiada masalah kerana tidak berjaya ke AJL 27, tetapi kecewa apabila tiada peruntukan jumlah kumpulan yang boleh masuk ke final pertandingan berkenaan.

"Kami rasa macam tidak adil pula apabila hanya satu kumpulan sahaja berjaya masuk ke final. Kami bersimpati apabila ada kumpulan yang mengeluh mengenai hal itu," ujar Sam mewakili luahan hati rakan seperjuangan yang lain.

Dalam separuh akhir AJL 27, hanya sebuah sahaja kumpulan yang yang berjaya ke final iaitu Mojo melalui lagu Andaiku Bercinta Lagi.

Bunkface yang pernah ke final AJL melalui lagu Situasi dan Ekstravaganza pada tahun 2009 dan 2010 turut mengakui lagu Panik yang dipertaruhkan semasa separuh akhir jarang didengari oleh pendengar dan mempunyai kontroversi sendiri.

"Kami sudah buat sehabis baik malam itu, kalau tidak ke final tidak mengapa, tetapi kasihan kepada kumpulan lain yang baharu hendak mencipta nama, namun tidak berjaya pula," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kedua album Bunk Not Dead di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain meluahkan rasa kecewa terhadap perkara berkenaan, dua lagi ahli kumpulan Bunkface iaitu Youk (pemain gitar bass) dan Paan (pemain gitar utama) menyatakan perasaan terkilannya terhadap industri muzik tanah air yang didakwa semakin suram.

Kata mereka, industri muzik sekarang tidak seperti dahulu lagi kerana ia semakin tidak sihat dan suram serta kurang penghargaan oleh peminat. Ini kerana mereka lebih berminat dan terdedah kepada muzik luar negara.

Paling nyata apabila banyak peminat muzik kini lebih mengagungkan muzik aliran K-Pop yang turut mendapat sambutan daripada stesen-stesen radio apabila kerap memutarkan lagu-lagu yang berasal daripada Korea Selatan itu.

BUNKFACE dari kiri: Sam, Paan dan Youk menyuarakan rasa kurang senang dengan kebanjiran muzik K-Pop di Malaysia.


"Banyak radio menyiarkan lagu K-Pop dan Justin Bieber misalnya, yang membuatkan secara tak langsung, peminat sekarang lebih suka kepada mereka, bukan lagu tempatan lagi. Bagaimanapun kami tidak menyalahkan peminat, tetapi pihak berkuasa perlu berbuat sesuatu," jelas Youk.

Sam yang bersetuju dengan pandangan rakannya itu turut berkata, luahan rasa mereka itu adalah untuk kebaikan industri dan kumpulan muzik akan datang.

"Banyak kumpulan atau band mengeluh lagu mereka tidak keluar radio, kasihan mereka. Jadi, kami suarakan hal ini bagi pihak mereka dan berjuang untuk industri agar peminat tidak lupa bahawa muzik tempatan pun tidak kurang hebat," ujarnya yang risau terhadap demam muzik K-Pop yang semakin digilai remaja sekarang.

Tambahnya, situasi industri sekarang seolah-olah menutup ruang untuk kumpulan muzik bergerak dan banyak rakan seperjuangan terpaksa bermati-matian untuk dikenali melalui saluran yang sepatutnya walaupun mereka bagus.

Kata Sam: "Saya mewakili suara kumpulan muzik yang ada kerana mereka tidak berani menyuarakan perkara ini. Jadi dengan apa yang telah kami suarakan, diharap ada pihak yang akan bertindak terhadap situasi berkenaan."

Sementara itu, Bunkface melancarkan album ketiga mereka, Bunk Not Dead buat kali kedua kerana album berkenaan menggunakan teknologi Augmented Reality sepenuhnya. Ia mengandungi kod tersembunyi di sebalik gambar kulit album mereka sehingga membolehkan grafik dalam gambar itu bergerak-gerak jika dilihat melalui telefon pintar jenis Android dan Apple.

Teknologi berkenaan merupakan yang pertama di Asia dan digunakan oleh artis dalam pembikinan album mereka.

"Kami memilih teknologi tersebut untuk album kedua ini kerana melihat senario masa kini yang menyaksikan hampir semua individu memiliki telefon pintar, jadi secara tak langsung peminat kami boleh mengikuti segala aktiviti Bunkface menerusi teknologi yang kami sediakan.

"Cara untuk peminat mengikut segala aktiviti kami walau di mana saja mereka berada adalah dengan mengimbas kulit album melalui telefon pintar mereka, dan mereka terus memiliki aplikasi yang telah disediakan," jelas Sam mengenai alasan mereka memilih teknologi Augmented Reality tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved