Kosmo Online - Negara |
- Perjalanan terakhir lima beranak
- Pengunjung MAHA 2012 bakal cecah 3 juta hari ini
- Kes dijangkiti HIV menurun
Perjalanan terakhir lima beranak Posted: Perjalanan terakhir lima beranak Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
MERSING – Lima sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna jenis Grand Livina yang mereka naiki hilang kawalan dan berpusing sebelum dirempuh sebuah lori tangki di Jalan Mersing-Endau dekat sini pukul 7.30 pagi semalam. Mereka yang maut ialah juruteknik, Abdullah M. Yusof, 43; isterinya yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, Kota Tinggi, Samsiah Maidin, 37; anak mereka, Muhammad Aiman Syakirin Abdullah, 8, dan Maisarah, 4, serta adik kepada Samsiah, Noraini Maidin, 30-an. Anak bongsu mangsa, Muhammad Ammar, 3, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Kosmo! Ahad difahamkan, Abdullah sekeluarga bersama sebuah kereta lain dalam perjalanan untuk menghantar adik iparnya, Muhammad Hafiz Maidin, 18, ke tempat belajarnya di Universiti Teknologi Mara, Jengka , Pahang. Muhammad Hafiz menaiki sebuah kereta lain yang dipandu oleh datuknya, Maidin Mohamad, 66. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Mohd. Nor Rasid berkata, dalam kejadian ngeri itu, kenderaan yang dipandu oleh Abdullah dipercayai hilang kawalan lalu berpusing beberapa kali di tengah jalan. "Pada waktu yang sama, sebuah lori tangki dari arah belakang terus melanggar kereta tersebut hingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu melekat," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam. Impak daripada rempuhan itu menyebabkan empat dari lima mangsa maut pada tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Pengunjung MAHA 2012 bakal cecah 3 juta hari ini Posted: Pengunjung MAHA 2012 bakal cecah 3 juta hari ini![]() PENGUNJUNG berjalan bawah teduhan yang sebenarnya pokok sayur-sayuran yang lebat berbuah di MAHA 2012, Serdang semalam. PUTRAJAYA - Jumlah pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 yang bermula pada 23 November lalu kini mencecah 2.3 juta orang. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, jumlah itu dijangka meningkat hari ini yang juga hari terakhir program dan seterusnya mencapai sasaran tiga juta pengunjung. "Purata sehari pengunjung MAHA 2012 ialah 400,000 orang. Selain pameran pelbagai seminar turut diadakan untuk memberi maklumat kepada mereka yang berminat dengan bidang agro pertanian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar MyAgrosis MAHA 2012 di sini semalam. Sementara itu, Mohd. Hashim berkata, kini lebih ramai golongan profesional turut terbabit dalam sektor pertanian dan menjadikan bidang itu satu daripada sumber untuk meraih pendapatan tinggi. "Ada doktor kini menjadi antara pengeksport utama durian ke China, ada doktor yang menjadi penternak ayam...telah menternak hampir 5,000 ekor ayam kampung...ada juruterbang menjadi penternak kambing. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Kes dijangkiti HIV menurunOleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR KUALA LUMPUR - Jumlah pesakit yang dijangkiti Human Immunodeficiency Virus (HIV) di negara ini semakin menurun apabila sebanyak 3,392 kes dilaporkan menjelang hujung tahun ini berbanding 3,749 kes tahun lalu. Pengarah Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Chong Chee Kheong berkata, pada tahun ini, jumlah kes yang dilaporkan adalah pada kadar 11.8 kes bagi setiap 100,000 penduduk. "Ia merupakan sesuatu yang positif memandangkan dalam sembilan bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,544 kes jangkitan HIV baharu telah dilaporkan. "Kemungkinan besar sasaran kerajaan iaitu 11 kes bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2015 akan dapat dicapai lebih awal," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Sambutan Hari AIDS Sedunia 2012 yang bertemakan Menuju Sifar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan