Selasa, 4 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Peniaga kuih rompak doktor dipenjara

Posted:

Peniaga kuih rompak doktor dipenjara

Peniaga kuih rompak doktor dipenjara

04/12/2012 6:17pm

PETALING JAYA — Dua peniaga kuih masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah merompak tiga orang termasuk seorang doktor di sebuah klinik menggunakan dua bilah parang bulan lepas.

Hakim Yasmin Abdul Razak memerintahkan Ahmad Eskandar Abu Kasim, dari Kuang, dan Mazalan Kamaruddin, dari Ulu Yam, Selangor, menjalani hukuman itu mulai tarikh tangkapan iaitu 27 November lalu.

Ahmad Eskandar, 42, dan Mazalan, 46, dituduh secara bersama melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata terhadap Dr. Rozaida Ashaari, 45, dan dua petugas di kliniknya iaitu Zubaida Mat Aroff, 41, dan Seri Najwa Jasri, 18, dengan merompak barangan seperti telefon bimbit, kad kredit dan wang tunai lebih RM400 milik mangsa di sebuah klinik di Bandar Baru Sungai Buloh.

Sementara itu seorang lagi tertuduh, Mohd. Nizwan Awalludin, 38, dari Ulu Yam, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang sama.

Hakim Yasmin membenarkan Mohd. Nizwan diikat jamin RM7,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan 15 Januari depan untuk sebutan semula.

Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir menjalankan pendakwaan manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, Datuk Suraj Singh. — BERNAMA

Pengarah syarikat didenda buat kenyataan palsu

Posted:

Pengarah syarikat didenda buat kenyataan palsu

Pengarah syarikat didenda buat kenyataan palsu

04/12/2012 5:17pm

KUALA LUMPUR — Seorang pengarah syarikat pembekal peralatan komputer didenda RM12,000 atau penjara satu tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana membuat pernyataan palsu kepada pendaftar syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Hakim Mahamud Abdullah menjatuhkan hukuman terhadap Lim Bing Khim, 33, setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Bing Khim, pengarah syarikat Sky River Interior World Centre Sdn. Bhd., didakwa melakukan kesalahan itu dalam "statement of declaration by applicant" bertarikh 2 Disember 2009 yang diserah simpan kepada pendaftar syarikat untuk tujuan permohonan pemotongan nama syarikat itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di premis syarikatnya di Wisma Zelan, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, Cheras pada 22 Disember 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kanan SSM, Mohd. Zulkhairi Kamaruzaman manakala Bing Khim diwakili peguam, Shahrul Nizam Azwir. — BERNAMA

Laporan untuk pembayar zakat

Posted:

Laporan untuk pembayar zakat

Laporan untuk pembayar zakat

04/12/2012 5:13pm

PUTRAJAYA — Semua majlis dan jabatan agama Islam negeri disaran mengeluarkan kad laporan agihan zakat kepada pembayar zakat, sebagai galakan kepada mereka untuk terus berzakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, amnya, menjelang hujung tahun antara 80 hingga 90 peratus daripada kutipan zakat telah diagih kepada golongan asnaf.

Baki dalam 20 peratus itu akan dibawa ke tahun depan, terutama untuk agihan pada Januari dan Februari kerana pada bulan itu jumlah kutipan zakat agak berkurangan, katanya selepas melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012, di sini hari ini.

Katanya, golongan asnaf tertinggi yang menerima agihan zakat ialah fakir miskin, diikuti pembiayaan pendidikan.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, sejak kebelakangan ini agihan zakat setiap negeri menunjukkan peningkatan, menandakan jumlah kutipan juga meningkat.

Ini menandakan umat Islam di negara ini semakin sedar akan ibadah berzakat, katanya sambil menambah, jumlah kutipan lazimnya meningkat ketika bulan puasa dan hujung tahun. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved