Selasa, 4 Disember 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kemeriahan Krismas di Viva

Posted:

Kemeriahan Krismas di Viva

Kemeriahan Krismas di Viva

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

PENGHUNI Rumah keluarga Kami (kiri) bersalaman dengan Santa Klaus sempena pelancaran sambutan Krismas baru-baru ini.


SUASANA dan perasaan gembira jelas kelihatan pada setiap wajah kanak-kanak yatim piatu terutamanya ketika menerima sumbangan hadiah daripada ikon perayaan Krismas, Santa Klaus di pusat beli-belah Viva, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seramai 75 orang kanak-kanak termasuk penjaga mereka dari Rumah Ozanam, Rumah Kanak-kanak Impian dan Rumah Keluarga Kami seluruh Selangor beratur menunggu giliran untuk bersalaman serta menyatakan hasrat kepada lelaki berjanggut putih yang memakai baju merah itu.

Mereka turut diraikan dengan penganjuran bengkel seni. Setiap seorang daripada mereka diberikan sehelai baju T untuk dilukis sebarang corak mengikut kreativiti masing-masing.

Sebelum itu, kanak-kanak dari ketiga-tiga rumah anak yatim tersebut diberi dandanan dan potongan rambut sebagai persediaan menyambut Krismas di salon Hair Atelier.

"Senyuman yang terukir pada wajah kanak-kanak tersebut menunjukkan usaha kami bagi memenuhi harapan Krismas mereka berjaya," kata Pengurus Besar, Kenny Chin pada majlis pelancaran Bengkel Santa tersebut.

Mereka juga menerima sumbangan bantal daripada Goodnite dan selepas majlis berakhir, anak-anak yatim tersebut dihiburkan dengan tayangan filem Rise of the Guardian.

Bertemu maskot

Menjelang sambutan Krismas pada tahun ini, pusat beli-belah Viva mengadakan tarikan berbeza daripada lokasi-lokasi beli-belah lain bertemakan Bengkel Santa (Santa's Workshop) di ruang legar, tingkat bawah.

Bermula dari 28 November 2012 hingga 1 Januari 2013, para pengunjung boleh melawat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti cenderamata, gula-gula dan barangan kraftangan.


RUANG legar aras bawah Pusat Beli Belah Viva dihias dengan dekorasi Krismas sempena sambutan perayaan bertemakan Bengkel Santa.


Selain itu, orang ramai juga boleh bertemu dengan maskot Viva sempena Krismas kali ini, Vivi The Elf bagi menyertai pengembaraannya.

"Bengkel Santa mempamerkan dekorasi barang-barang permainan yang besar dan pohon-pohon Krismas yang pasti membangkitkan nostalgia.

"Semuanya bagaikan dalam dunia Krismas yang penuh dengan keajaiban," ungkap Kenny lagi.

Persembahan tarian, bengkel kraftangan, sesi bergambar dan bermesra dengan Santa Klaus serta pertandingan mewarna turut diadakan.

Tidak ketinggalan, pusat beli-belah tersebut menawarkan potongan sehingga 80 peratus di kedai-kedai yang terpilih.

Viva juga mengadakan pertandingan menghias patung kuda yang disertai oleh pelajar-pelajar kesenian daripada kolej-kolej tempatan seperti Kolej Tunku Abdul Rahman, Institut Seni Malaysia, Kolej Saito dan Institut Reka Bentuk Raffles.

Pemenang pertandingan tersebut akan diumumkan pada 12 Disember dan buat masa sekarang, semua kerja seni peserta sedang dipamerkan di ruang legar Viva.

Lebih bermakna, Viva turut membuat kempen istimewa bertajuk Sebarkan Kegembiraan sepanjang musim festival ini bagi menggalakkan para pengunjung menderma hadiah kepada anak-anak yatim.

"Orang ramai yang berhajat untuk menderma hadiah istimewa kepada anak yatim boleh membungkus hadiah di kaunter khidmat pelanggan kami yang terletak di aras bawah.

"Tulis harapan dan keinginan anda sempena Krismas dan hadiah tersebut boleh dihantar secara percuma," terang Kenny mengenai cara pusat beli-belah tersebut dalam menggalakkan orang ramai menderma.

Makanan laut segardi Kafe Tupai-Tupai

Posted:

Makanan laut segardi Kafe Tupai-Tupai

Makanan laut segardi Kafe Tupai-Tupai


MOHD. SAFUL menunjukkan ikan merah masak kari yang menjadi kegemaran para pelangggannya.


MENGUTIP kulit kerang bersama anak-anak di tepi pantai Tanjung Leman, Mersing, Johor terasa amat menyeronokkan. Begitulah suasananya apabila kita sesekali bercuti bersama keluarga di tepi pantai. Pelbagai aktiviti kita boleh lakukan sambil bergurau senda selain menikmati keindahan alam.

Puas berjalan di sepanjang pantai, pasti tempat makan menjadi tumpuan kita sekeluarga. Jika berkunjung ke Tanjung Leman apa kata anda menjamu selera di Kafe Tupai-Tupai.

Pelbagai menu disediakan kepada para pengunjung sama ada secara ala carte atau bufet. Lebih istimewa, kafe ini menyediakan makanan laut yang segar dengan bekalannya diperoleh daripada nelayan tempatan.


KAFE Tupai-Tupai mendapat bekalan ikan segar dari jeti nelayan
di Tanjung Leman.


Pengurus kafe, Mohd. Saiful Samad, 26, berkata, pihaknya menyediakan bufet berharga RM6 seorang dengan menu harian termasuk makanan laut segar.

"Setiap hari, kami menyediakan lima set menu bermula dari 10.30 pagi hingga 2.30 petang. Selepas itu, kita menyediakan makanan ala carte sehingga 10 malam. Para pelanggan juga boleh menempah makanan dalam pakej-pakej tertentu yang harganya dijamin murah," katanya.

Menurut Mohd. Saiful, pihaknya amat bertuah ekoran kedudukan jeti nelayan tidak sampai lima minit perjalanan dari restoran, memudahkan bekalan ikan segar diperoleh.

"Penggunaan hasil laut yang segar membuatkan masakan menjadi lebih sedap. Dari segi harga pula, ia jauh lebih murah daripada restoran di bandar raya Johor Bahru," katanya yang telah empat tahun bekerja di kafe berkenaan.


PARA pelanggan boleh menempah pakej-pakej makanan dengan dikenakan harga yang berpatutan.


Tidak hairanlah, kafe yang dibuka pada Ogos tahun lalu itu menjadi tumpuan pelanggan tetap yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu, orang ramai juga boleh menempah perkhidmatan katering pada kadar bayaran yang berpatutan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian 012-746 8709. - NASRI JAMALUDIN

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved