Sabtu, 29 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat lapan

Posted:

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat lapan

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat lapan

29/12/2012 7:24pm

JOHOR BAHRU — Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun mati setelah terjatuh dari tingkat lapan Blok Cemara 2, Flat Kuarters Hospital Permai, di sini semalam.

Kanak-kanak itu, D. Dinesh Kumar, anak sulung daripada tiga beradik, ditemui mati di lantai bangunan 15 tingkat itu dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7 malam.

Bapa kanak-kanak itu, B. Devakumar, 22, berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana keluar membeli barangan keperluan dapur sementara isterinya V. Jayaturka, 22, pula sedang mandi.

Katanya, ketika kejadian Dinesh sedang bermain dengan dua adiknya di salah sebuah bilik.

"Sekembalinya dari kedai, saya lihat orang ramai berkumpul dan pada mulanya saya menyangkakan ada budak terjatuh ketika bermain di tingkat bawah.

"Bagaimanapun selepas menghampirinya, saya terkejut apabila melihat mangsa adalah anak saya dan ada saksi melihatnya terjatuh dari tingkat lapan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah di sini hari ini.— BERNAMA

Mohd. Fauzan, Nor Azian ungguli kejohanan basikal

Posted:

Mohd. Fauzan, Nor Azian ungguli kejohanan basikal

Mohd. Fauzan, Nor Azian ungguli kejohanan basikal

29/12/2012 7:11pm

MELAKA — Pelumba berpengalaman negara, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi muncul juara bagi acara lepas beramai-ramai lelaki elit pada Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix Kebangsaan sejauh 228 kilometer di Bukit Katil di sini hari ini.

Mohd. Fauzan, 26, yang menyarung jersi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalahkan pelumba Kuala Lumpur, Ahmad Fallanie Ali di tangga kedua setelah masing-masing menamatkan perlumbaan dengan catatan masa yang sama 5 jam 48 minit 18 saat dengan purata kelajuan 40.99 kmj.

Bagi acara lepas beramai-ramai wanita, Noor Azian Alias muncul pemenang mengalahkan Masziyaton Mohd Radzi dan Mariana Mohamad.

Ketiga-tiga pelumba menamatkan kayuhan sejauh sembilan pusingan sejauh 136.8 kilometer dengan catatan masa yang sama - 4 jam 4 minit 51 saat dengan purata kelajuan 33.52 kmj.— BERNAMA

Mayat lelaki terapung berhampiran Pasar Payang

Posted:

Mayat lelaki terapung berhampiran Pasar Payang

Mayat lelaki terapung berhampiran Pasar Payang

29/12/2012 6:43pm

KUALA TERENGGANU — Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemui terapung di Sungai Terengganu berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini, tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mayat Baharudin Zainudin, 56, yang lengkap berpakaian itu ditemui tanpa kesan kecederaan pada 12 tengah hari oleh orang awam ramai yang melihat suatu objek terapung, di muara Sungai itu.

"Mangsa dipercayai mati kurang daripada tempoh 24 jam berdasarkan keadaan mayat itu dan polis kini mengesan waris mangsa untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Manoharan berkata, hasil pemeriksaan pada mangsa, polis menemui kad pengenalan, dompet dan telefon bimbit di dalam kocek seluar mangsa yang beralamat di Taman Ampang Mewah, Selangor itu.

Manoharan berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kematian dan bagaimana mangsa boleh terlibat dalam insiden itu.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved