Kosmo Online |
- 500 Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan
- Pelajar UUM maut kereta dihempap
- Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecahkan
500 Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan Posted: 500 Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan25/12/2012 6:44pm KUALA KRAI — Kira-kira 500 penduduk di Kampung Karangan dan Kampung Budi di sini terputus hubungan apabila jambatan yang merentas Sungai Kelantan ke kampung mereka ditenggelami air. Ini berikutan hujan lebat di Hulu Kelantan sejak kebelakangan ini membuatkan jambatan sepanjang 300 meter penghubung kawasan berkenaan dengan Kampung Manjor ditenggelami air lebih lima meter. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Manjor Selatan, Che Mat Taib berkata, kemungkinan paras air di kawasan jambatan mengambil masa panjang untuk surut. "Berikutan itu, penduduk terpaksa menggunakan khidmat bot tambang untuk menyeberang sungai bagi melakukan segala urusan sama ada di Kuala Krai atau Gua Musang," katanya kepada pemberita. — BERNAMA |
Pelajar UUM maut kereta dihempap Posted: Pelajar UUM maut kereta dihempap25/12/2012 6:43pm BUKIT KAYU HITAM — Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut setelah kereta yang dinaiki bersama tiga rakannya dihempap lebih 500 keping papan dari sebuah lori treler berhampiran Kompleks Kastam dan Imigresen Bukit Kayu Hitam di sini, kira-kira pukul 8.15 malam tadi. Tan Chuan Ta, 20, dari Kajang, Selangor maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakan pelajarnya, Wang Zong Ching, 24, iaitu pemandu kereta; Khoo Kah Wai, 22; dan Yong Hoi Siong, 23, cedera ringan. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Ibrahim Mohd. Yusof berkata, ketika kejadian sebuah lori treler dipandu warga Thailand membawa muatan ratusan keping papan terlanggar pembahagi jalan menyebabkan ratusan keping papan itu jatuh menghempap kereta dinaiki pelajar-pelajar tersebut. Katanya, Chuan Ta yang duduk di tempat duduk belakang sebelah kanan tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Dia dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat. "Tiga rakan yang lain hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HJ (Hospital Jitra)," kata Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, pemandu lori berkenaan melarikan diri ke negaranya selepas kejadian itu dan polis sedang berusaha mengesannya Ibrahim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) 1987. Empat sahabat itu dalam perjalanan pulang ke UUM selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Pekan Danok yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam. — BERNAMA |
Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecahkan Posted: Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecahkan25/12/2012 6:41pm KUALA TERENGGANU — Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan. Katanya, langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang. Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir. "Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini. Ahmad menasihati penduduk di daerah berkenaan agar berwaspada, bertenang dan sentiasa mengikuti arahan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan pelepasan air daripada empangan itu. Beliau berkata beberapa kawasan di daerah Besut sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dan bukan disebabkan tindakan melepaskan air empangan sepertimana yang berlaku sekarang. "Walaupun empangan ini siap setahun dua lagi, banjir tetap juga berlaku kerana Besut mempunyai kawasan rendah dan sawah padi. Cuma dengan adanya empangan, ia (banjir) diharap dapat dikurangkan," katanya. — BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan