Rabu, 19 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


AUG: Mohd Razif bantu skuad badminton raih 2 emas

Posted:

AUG: Mohd Razif bantu skuad badminton raih 2 emas

AUG: Mohd Razif bantu skuad badminton raih 2 emas

19/12/2012 7:04pm

VIENTIANE — Bekas pemain badminton kebangsaan Mohd. Razif Abdul Latif cemerlang apabila menyumbang dua pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2012 di Gimnasium I, Kompleks Sukan Nasional di sini hari ini.

Kilauan emas itu diraih melalui acara beregu campuran dan beregu lelaki.

Mohd. Razif meraih pingat emas pertama buat skuad badminton dalam acara beregu campuran bersama Chong Sook Chin dengan mengalahkan Ariyanto Haryadi Putra/Dian Fitriani, pemenang perak dari Indonesia 25-23, 21-7.

"Saya dan Sook Chin pernah digandingkan dalam skuad kebangsaan dulu. Pada set pertama memang sengit, sebab lawan kami juga merupakan pemain berpengalaman dari Indonesia," kata Mohd. Razif kepada pemberita.

Sebutir lagi emas daripada Mohd Razif diraih dalam acara beregu lelaki melalui gandingan bersama Cheah Liek Hou, yang menewaskan beregu Thailand, Nopparut Hiripongsathorn/Sermsin Wongyaprom, 21-13, 21-9.— BERNAMA

Guardini kembali ke LTdL bersama Astana

Posted:

Guardini kembali ke LTdL bersama Astana

Guardini kembali ke LTdL bersama Astana

19/12/2012 7:02pm

KUALA LUMPUR — Buat tahun ketiga berturut-turut, Andrea Guardini sekali lagi merupakan antara bintang yang akan memeriahkan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 , tetapi kali ini, dia datang bersama Pro Team Astana, bukan lagi dengan pasukan Pro Continental, Farnese Vini.

Guardini berkata, Le Tour de Langkawi merupakan perlumbaan yang amat dekat di hatinya.

"Saya sukakan kehangatan negara ini dan rakyatnya. Keseluruhan suasana perlumbaan ini memberi rangsangan hebat kepada saya. Apabila saya berbincang tentang kontrak baharu saya dengan Astana, tidak sukar untuk mencapai persetujuan kerana hakikatnya saya akan mengambil bahagian dalam Le Tour de Langkawi sekali lagi.

"Pihak pengurusan pasukan dengan terus terang menyatakan kepada saya bahawa perlumbaan ini sangat penting bagi Astana, kerana kami merupakan satu-satunya Pro Team dari Asia," kata Guardini dalam kenyataan yang dikeluarkan penganjur perlumbaan di sini hari ini.

Penunggang berusia 23 tahun dari Itali ini merupakan penunggang pertama yang merangkul kemenangan dalam enam peringkat pada edisi tahun lepas dan penunggang yang paling banyak meraih kemenangan dalam sejarah LTdL iaitu 11 kemenangan.

Bagaimanapun, Guardini berkata, dia sedar cabaran lebih sengit yang terpaksa dihadapi pada LTdL 2013 berikutan penyertaan lebih banyak pasukan Pro Team.— BERNAMA

Polis buru tiga lelaki cuba samun pasar raya

Posted:

Polis buru tiga lelaki cuba samun pasar raya

Polis buru tiga lelaki cuba samun pasar raya

19/12/2012 5:47pm

KUALA LUMPUR — Polis memburu tiga rakan penjenayah yang ditembak mati oleh polis semasa menyamun sebuah pasar raya 24 jam di Taman Sri Rampai di sini, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, wajah ketiga-tiga suspek berumur 20-an itu dirakam dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya tersebut, dengan salah seorang mereka sedang berada di dalam pasar raya itu semasa kejadian, dan dua lagi di luar premis.

"Kami percaya mereka mempunyai dua kumpulan dan bergerak secara berasingan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dalam kejadian 4.40 pagi itu, seorang daripada empat suspek terkena tembakan yang dilepaskan polis, manakala seorang lagi melarikan diri.

Suspek yang maut itu mengugut juruwang pasar raya tersebut dengan mengacukan parang di leher mangsa sehingga menyebabkan kecederaan ringan.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved