Khamis, 13 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Piala AFF: Malaysia gagal ke final, kalah 3-1

Posted:

Piala AFF: Malaysia gagal ke final, kalah 3-1

Piala AFF: Malaysia gagal ke final, kalah 3-1

13/12/2012 10:49pm

KUALA LUMPUR – Thailand layak ke final Piala AFF Suzuki 2012 selepas menewaskan Malaysia, 3-1 secara agregat pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, malam ini.

Kedua-dua pasukan sebelum ini seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 Disember lepas.

Thailand akan menentang Singapura pada perlawanan akhir yang dijadual berlangsung pada 19 dan 22 Disember ini. – BERNAMA

Kanak-kanak enam tahun maut akibat denggi

Posted:

Kanak-kanak enam tahun maut akibat denggi

Kanak-kanak enam tahun maut akibat denggi

13/12/2012 10:41pm

PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia akibat demam denggi minggu lepas, menjadikan angka kematian akibat jangkitan itu 34 orang setakat 8 Disember lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, angka itu menyamai statistik tahun lepas bagi tempoh sama.

"Mangsa yang tidak sedar diri kerana mengalami demam kuat, muntah, cirit-birit, pendarahan pada hidung serta mulut telah dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan meninggal dunia setelah dua hari dirawat di ICU dengan sebab kematian "Dengue Shock Syndrome"," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, secara keseluruhan, kes demam denggi sepanjang tahun ini setakat 8 Disember lepas mencatatkan peningkatan 10 peratus kepada 20,387 kes berbanding 18,583 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Bagi tempoh minggu lepas, sejumlah 467 kes dilaporkan berbanding 476 pada minggu sebelumnya, namun tujuh negeri mencatat peningkatan dengan Selangor merekodkan peningkatan tertinggi sebanyak 39 kes daripada 168 kepada 207 kes.

Turut mencatat peningkatan ialah Perak yang meningkat sembilan kes, Pulau Pinang (4 kes), Terengganu dan Kedah (masing-masing meningkat 3 kes) serta Negeri Sembilan dan Melaka yang meningkat satu kes masing-masing. – BERNAMA

Polis tahan lima lelaki curi kabel Telekom

Posted:

Polis tahan lima lelaki curi kabel Telekom

Polis tahan lima lelaki curi kabel Telekom

13/12/2012 8:42pm

SERDANG – Akibat leka melerai kabel telekomunikasi bernilai RM70,000 tiga lelaki tidak menyedari kehadiran polis yang kemudian memberkas mereka di Taman Muhibah di sini, awal pagi semalam.

Susulan tangkapan itu, polis memberkas dua lagi lelaki di kawasan tersebut, yang dipercayai turut terlibat mencuri kabel berkenaan.

Ketua Polis Serdang, ACP Abd Razak Elias berkata, dalam kejadian pada kira-kira 3.45 pagi itu, polis menahan semua suspek yang berumur antara 24 dan 44 tahun, termasuk seorang bekas pekerja kontraktor pemasangan kabel.

Beliau berkata, suspek berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan kepakarannya untuk mencuri kabel selain menyamar sebagai pekerja kontraktor pemasangan bagi mengelak kegiatan mereka dikesan.

"Kecurian kabel itu menjejaskan 1,500 pengguna telefon di sekitar kawasan kejadian. Kos membaik pulih pula dianggarkan RM 100,000," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Serdang.

Abd Razak berkata, siasatan mendapati seorang suspek yang berumur 31 tahun dikehendaki mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana memukul, manakala dua lagi positif dadah jenis methapetamine dan ganja. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved