Kosmo Online |
- Dua lelaki dikhuatiri lemas di lombong
- Pelajar mati lemas ketika mandi di Pantai Senok
- 5 sekeluarga terbunuh kereta bertembung lori
Dua lelaki dikhuatiri lemas di lombong Posted: Dua lelaki dikhuatiri lemas di lombong01/12/2012 9:01pm IPOH – Dua lelaki berusia lingkungan 40-an dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di sebuah lombong di Kampar pada kira-kira 4.33 petang hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Zainuddin Mat Daud berkata, mereka dilaporkan hilang ketika keluar menjala ikan di sebuah lombong di Kampung Labu Kuci, yang terletak berhampiran pasar awam Kampar. "Operasi mencari dan menyelamat yang dimulakan sebaik sahaja menerima laporan masih diteruskan. Kita sedang menjalankan pencarian di permukaan," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, operasi tetap diteruskan walaupun dalam keadaan hujan dan operasi menyelam akan dilakukan pagi esok jika kedua-dua mangsa belum ditemui. Katanya, sejumlah 14 anggota Bomba dan Penyelamat, yang dibantu anggota Jabatan Perkhidmatan Awam, Rela dan polis, terlibat dalam operasi itu. – BERNAMA |
Pelajar mati lemas ketika mandi di Pantai Senok Posted: Pelajar mati lemas ketika mandi di Pantai Senok01/12/2012 8:56pm BACHOK – Seorang pelajar mati lemas, manakala tiga rakannya sempat diselamatkan ketika mandi di kawasan Pantai Senok di sini hari ini. Mereka adalah sebahagian daripada 25 pelajar yang mandi di pantai itu pada kira-kira 3.40 petang. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Mat Lazim Ismail berkata, mayat Mohd Fikri Ramli, 23, dijumpai orang awam yang mencari mangsa pada kira-kira 4 petang selepas dilaporkan hilang. Tiga rakan mangsa yang turut lemas bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam yang melihat mereka dalam keadaan tenggelam timbul dilambung ombak, katanya di sini hari ini. Mereka berasal dari Kota Bahru dan berkelah di pantai itu sempena musim cuti sekolah. – BERNAMA |
5 sekeluarga terbunuh kereta bertembung lori Posted: 5 sekeluarga terbunuh kereta bertembung lori01/12/2012 8:54pm MERSING – Lima sekeluarga terbunuh, manakala seorang lagi cedera apabila kereta Nissan Grand Livina yang mereka naiki bertembung sebuah lori tangki di Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing di sini hari ini. Empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian iaitu pemandu kereta Abdullah M. Yusof, 43; isterinya, Samsiah Maidin, 37; anak mereka Muhammad Aiman Syakirin, 8; dan Maisarah, 4. Kakak ipar Abdullah, Noraini Maidin, 41, meninggal dunia di Hospital Mersing, manakala seorang lagi anaknya, Amar Haziq, 3, cedera dan menerima rawatan di hospital tersebut. Ketua Polis Daerah Mersing, DSP Mohd Nor Rasid berkata, kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi apabila kenderaan pelbagai guna yang dinaiki keluarga malang itu hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung lori tangki tersebut. Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Felda Air Tawar 5 ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang untuk menghantar adik Samsiah, Muhammad Hakimi Maidin, 18, mendaftar masuk ke universiti itu. "Mereka berkonvoi dua kereta. Kereta yang dinaiki Muhammad Hakimi bersama ayah dan ibunya, Maidin Mohamad, 66, dan Minah Ismail, 60, sudah jauh di hadapan ketika kejadian," katanya. Beliau juga berkata, pemandu lori, Azhar Mohd Othman, 29, tidak cedera dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan