Isnin, 17 Disember 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Menanti panda Fengyi dan Fuwa

Posted:

Menanti panda Fengyi dan Fuwa

Menanti panda Fengyi dan Fuwa

Oleh NIAM SEET WEI


MALAYSIA perlu memberi buluh yang sesuai sebagai makanan untuk Fengyi dan Fuwa.


WALAUPUN belum diketahui dengan pasti bilakah dua panda gergasi bernama Fengyi dan Fuwa akan tiba di Taman Wetland Putrajaya, namun demam panda atau 'pandamania' sudah mula dirasai di Malaysia. Fengyi dan Fuwa adalah antara lapan ekor panda yang mendapat perhatian ramai kerana turut menyerikan Sukan Olimpik Beijing 2008.

Dua haiwan unik itu akan dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun. Kerajaan China menawarkannya untuk memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik negara berkenaan dengan Malaysia pada 2014.

Fengyi dan Fuwa dilahirkan pada 23 Ogos 2006, di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi Wolong di wilayah Sichuan. Kini dua ekor panda itu tinggal di Ya'an Bifengxia Panda Base.

Fengyi, panda betina berusia enam tahun, sama saiznya dengan manusia dewasa, manakala Fuwa adalah panda jantan.

Fengyi dan Fuwa masing-masing mempunyai berat badan lebih 100 kilogram. Ditanya bagaimana hendak membezakan antara Fengyi dan Fuwa, penjaga dua panda itu Fuzhi, berkata, Fuwa mempunyai hidung yang lebih ketara, berdahi bulat dan kelihatan kuat.

"Fengyi pula bermuka bulat dan bermulut luas. Dia lebih mudah naik berang berbanding Fuwa," ujar

Fuzhi mula bertugas di Ya'an Bifengxia Panda Base sejak 10 tahun lepas.

Habitat berbuluh

Ketika rakyat Malaysia tidak sabar menunggu ketibaan Fengyi dan Fuwa, ramai orang tertanya-tanya mampukah Malaysia menyediakan habitat dan makanan yang sesuai untuk haiwan itu.

Ini kerana, pertama, Malaysia tidak memiliki iklim dan pohon buluh yang sesuai untuk kedua-dua ekor Panda itu.

Bagaimanapun, seorang pegawai di Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi, Tang Chunxiang, memberi jaminan bahawa terdapat cara untuk mengatasi masalah berkenaan.

Ahli veterinar kanan itu berkata, Malaysia perlu mencontohi cara Singapura menanam buluh yang mampu membolehkan panda tersebut menyesuaikan diri dengan cuaca tempatan.

Ditanya tempoh yang perlu diambil oleh panda untuk menyesuaikan diri dengan rumah baharunya, Tang berkata: "Selalunya, panda akan mengambil masa setengah tahun hingga satu tahun untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu."


PANDA yang akan dipinjamkan Kerajaan China kepada Malaysia, Fengyi dan Fuwa sedang bermain di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi Wolong di Wilayah Sichuan.


"Setiap hari, panda gergasi menghabiskan 70 peratus masanya untuk makan. Ini kerana ia memiliki sistem penghadaman yang sama dengan haiwan karnivor. Jadi, mereka boleh menghadamkan makanan dengan cepat dan ini menjadikan mereka cepat lapar," katanya kepada petugas media yang melawat Ya'an Bifengxia Panda Base baru-baru ini.

Lagipun, kata beliau, jenis buluh yang menjadi makanan panda mempunyai khasiat makanan yang rendah. Oleh itu, panda perlu makan kira-kira 50 kilogram buluh sehari untuk memberinya cukup tenaga.

Beliau berkata, bagaimanapun panda makan hanya 10 peratus daripada 50 kilogram itu kerana ia hanya makan bahagian tertentu sahaja daripada tumbuhan itu iaitu daun, batang dan pucuk.

Di Ya'an Bifengxia Panda Base, penjaga itu juga memberi Fengyi epal dan kek panda yang diadun daripada nasi, telur, kacang soya, jagung, serbuk buluh dan air suling.

Tang bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti sama ada lima jenis buluh yang dikenal pasti di Malaysia memenuhi keperluan Fengyi and Fuwa.

Membiak panda

Namun, dia yakin Taman Wetland Putrajaya adalah habitat sesuai bagi panda berkenaan. Oktober lepas, sekumpulan penyelidik dan delegasi daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia melawat Ya'an Bifengxia Panda Base untuk meninjau habitat panda.

"Kami memberi beberapa idea dan mengesyorkan pengubahsuaian yang perlu dibuat terhadap kandang panda di Taman Wetland. China menghantar panda ke banyak negara dan sehingga kini, belum ada laporan tentang kematian haiwan ini. Oleh itu, kami yakin akan sama juga halnya dengan Malaysia," kata Tang sambil menyuarakan harapan agar seekor anak panda akan lahir di Malaysia.

Beliau berkata, Fengyi dan Fuwa sudah cukup dewasa untuk mempunyai anak. Mereka juga sihat dan subur untuk membiak.

Akuinya, Fengyi dan Fuwa bukan sahaja akan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan China, tetapi juga mencetuskan kesedaran orang ramai tentang perilaku panda dan proses pemuliharaan haiwan itu. – Bernama

Rosmah Mansor sebuah biografi

Posted:

Rosmah Mansor sebuah biografi

Rosmah Mansor sebuah biografi

Oleh NOR SYARIZA MUHD. TAHIR


UPACARA memotong pulut kuning bersempena dengan hari lahir Rosmah.


SATU demi satu khabar angin dan tohmahan dilemparkan ke atas wanita berhati waja ini. Pelbagai cerita tidak berasas sengaja dicipta oleh pihak tertentu dengan niat untuk menjatuhkan kredibilitinya.

Namun, itu semua sama sekali tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berbakti kepada masyarakat, terutama golongan yang kurang bernasib baik.

Kecekalan dan kegigihan seorang isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam meneruskan liku-liku hidup sebagai Wanita Pertama Malaysia kini diabadikan dalam sebuah biografi khas yang bertajuk Rosmah Mansor.

Pengenalan terhadap buku yang bakal memasuki pasaran pada Januari 2013 itu telah diadakan dalam satu majlis prapelancaran buku Rosmah Mansor yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah turut berkenan mencemar duli dan menyempurnakan majlis memperkenalkan buku yang diterbitkan Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) itu.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi YAPM, Shamsulbahrin Ludin.

Naskhah hasil tulisan Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak itu antara lain turut memaparkan mengenai kisah hidup Rosmah semenjak dari zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang, yang boleh dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah negara.

Pelbagai kisah

Menurut Shamsulbahrin, segala persoalan dan khabar angin mengenai Rosmah akan terjawab melalui buku setebal 162 muka surat itu yang akan mengupas dengan lebih mendalam lagi kisah hidup wanita yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu.


SULTAN AHMAD SHAH berkenan melancarkan biografi Rosmah Mansor sambil diperhatikan oleh Sultanah Kalsom, Najib, Rosmah dan Shamsulbahrin.


"Ada antara fakta yang terdapat dalam buku tersebut tidak pernah diceritakan kepada sesiapa pun sebelum ini.

"Terlalu banyak cerita menarik yang akan didedahkan seperti kisah ketika Rosmah belajar di Kolej Tunku Kursiah, Negeri Sembilan, ketika dia belajar di universiti dan ketika memasuki alam pekerjaan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian itu berakhir.

Tambah Shamsulbahrin lagi, turut diceritakan dalam buku tersebut ialah mengenai penglibatan Rosmah yang gigih dalam membangunkan program Permata Negara, selain aktiviti kemasyarakatan yang membabitkan pertubuhan bukan kerajaan dan pelbagai program di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, penulis buku tersebut, Siti Rohayah berkata, segala kisah yang diceritakan dalam karya berkenaan merupakan kisah benar yang ditulis hasil temuramahnya bukan sahaja dengan Rosmah, malah individu lain yang turut mengenali beliau.

"Sejujurnya, saya sudah mengenali Rosmah semenjak dia belum bergelar isteri kepada Perdana Menteri lagi dan saya kenal hati budinya.

"Oleh itu, saya ingin mengajak masyarakat di luar sana untuk turut mengenali siapakah Rosmah Mansor yang sebenar, seterusnya membuang segala persepsi negatif yang pernah dilemparkan terhadapnya," kata Siti Rohayah.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved