Ahad, 16 Disember 2012

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Swee kunci mulut

Posted:

Kim Swee kunci mulut

Kim Swee kunci mulut

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

NAMA pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee ketika ini cukup laku bagaikan 'pisang goreng panas' dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Ia ekoran pengendali kelahiran Melaka itu dikatakan calon paling sesuai mengambil alih tugas pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal ekoran kegagalan skuad Ha rimau Malaya mempertahankan Piala Suzuki AFF kali ini sebaik ditewaskan Thailand menerusi agregat 1-3 pada peringkat separuh akhir di Stadium Supachalasai Bangkok, minggu lalu.

Biarpun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mempercayai kredibiliti Rajagobal sehingga kontraknya berakhir pada Disember 2013, sebahagian besar penyokong tempatan dilihat sudah mula kurang sabar dan mendesak supaya Rajagobal meletak jawatan ataupun dipecat serta-merta.

Pada masa sama, rata-rata mereka mahu Harimau Malaya diambil alih oleh Kim Swee berdasarkan reputasi jurulatih itu mempertahankan ibu emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia tahun lalu.

Begitupun, Kim Swee lebih gemar mengambil pendekatan 'mengunci mulut', selain membayangkan mahu kekal menerajui Harimau Muda bagi mempertahankan emas pada temasya Sukan SEA di Myanmar, tahun depan.

"Biarlah beliau (Rajagobal) teruskan dahulu kerja beliau (selaku jurulatih).

"Senang cerita, fokus utama saya ialah mempertahankan emas Sukan SEA," kata Kim Swee ringkas kepada Kosmo! semalam.

Semalam, Kosmo! Ahad melaporkan kedudukan Rajagobal selaku jurulatih Harimau Malaya masih terjamin sekurang-kurangnya sehingga kontraknya tamat penghujung tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dilaporkan berkata, Rajagobal perlu diberikan sokongan biar pun gagal mempertahankan Piala Suzuki AFF kali ini.

Dalam pada itu, Kim Swee yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-42 pada 11 Disember lalu menegaskan, beliau sentiasa akur dengan arahan yang dikeluarkan FAM berhubung perkara itu.

"Saya hanya ikut arahan FAM," jelas Kim Swee.

Harimau Muda bersedia awal

Posted:

Harimau Muda bersedia awal

Harimau Muda bersedia awal

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (dua dari kanan) lebih memikirkan misi untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013.


TIRAI temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar hanya akan disingkap pada penghujung tahun depan.

Namun, 'kerja rumah' pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee telah pun bermula dalam misi mempertahankan ibu segala emas yang dimenangi mereka di Jakarta, Indonesia dua tahun lalu.

Sedar mempertahankan emas jauh lebih sukar terutamanya dalam usaha melakar kemenangan hatrik pada temasya kali ini, Kim Swee enggan anak-anak buahnya terlalu selesa dibuai mimpi indah selaku juara bertahan.

Menurut beliau, tiga bulan terakhir sebelum tirai temasya bermula Disember tahun depan merupakan detik penentu sejauh mana kemampuan Harimau Muda mempertahankan kejuaraan ataupun tidak.

"Dalam tempoh tiga bulan terakhir sebelum temasya Sukan SEA bermula, saya akan mengenal pasti sistem atau kelemahan pasukan.

"Ia tempoh yang paling penting buat saya mengetahui apa yang perlu diperbaiki dalam pasukan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda yang kembali menjalani latihan minggu lalu telahpun menjalani latihan persahabatan bersama Sarawak yang berkesudahan seri 1-1 di Port Dickson, petang kelmarin.

Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu beliau merancang membawa anak-anak buahnya berguru di Australia bermula Januari depan sebaik tidak lagi menyertai saingan Liga Singapura (Liga S) bagi musim 2013.

Selepas itu katanya, beliau juga merancang untuk menimba ilmu di Slovakia atau pun benua Eropah untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan pada pertengahan Mac depan, dan hanya kembali ke tanah air sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Saya juga dalam perancangan membawa Harimau Muda menyertai Pestabola Merdeka (Ogos) dan Newspaper Cup di Vietnam (Oktober) sebagai sebahagian daripada persiapan mempertahankan emas Sukan SEA.

"Cuma pada masa sama, kami perlu kekal realistik. Tiada gunanya muncul juara mana-mana kejohanan jemputan jika emas Sukan SEA terlepas daripada genggaman.

"Senarai terkini skuad Harimau Muda juga akan diumumkan dalam masa terdekat, dan saya harap skuad Harimau Muda kali ini dapat memberikan yang terbaik di Myanmar nanti bagi memastikan kita mempertahankan kejuaraan," katanya optimis.

Habuan menanti pemain Perak

Posted:

Habuan menanti pemain Perak

Habuan menanti pemain Perak

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@kosmo.com.my


SKUAD Piala Emas Raja-Raja Perak (jersi kuning) bakal menerima habuan tambahan jika berjaya muncul juara pada kejohanan tersebut tahun ini.


KERAJAAN negeri Perak akan menyediakan insentif jika Perak muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja 2012 Sabtu depan.

Perak akan menentang Kedah pada final kejohanan edisi ke-72 itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin memberitahu bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersetuju dengan cadangan tersebut jika Perak berjaya menjulang piala berkenaan.

Juara Piala Emas Raja-Raja akan menerima hadiah wang tunai RM40,000 daripada Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM).

Oleh itu, skuad yang dibimbing oleh Abu Bakar Fadzim itu akan menerima hadiah wang tunai RM80,000 jika mereka berjaya membawa pulang Piala Emas Raja-Raja ke Ipoh.

Kerajaan Perak bersedia menambah RM40,000 lagi jika Perak muncul juara.

Perak layak ke perlawanan akhir setelah membelasah Selangor 6-1 pada aksi separuh akhir kedua di Ipoh malam kelmarin sekali gus mara dengan kelebihan agregat 7-1.

Sebelum ini, skuad yang dibarisi oleh pemain-pemain Piala Presiden Perak menang 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Shah Alam minggu lalu.

Kejayaan Perak layak ke perlawanan akhir itu merupakan kejayaan terindah untuk mengulangi kejayaan 22 tahun lalu.

Kali terakhir Perak layak ke perlawanan akhir ialah pada tahun 1990 sekali gus muncul juara setelah mengalahkan Kelantan 3-0 pada perlawanan akhir.

"Kita akan tambah wang hadiah itu bagi merangsang para pemain supaya bekerja keras untuk mengejar kejuaraan yang dinantikan sejak 22 tahun lalu,'' jelas Zainol ketika ditemui di Ipoh semalam.

Hasrat kerajaan negeri menambah wang hadiah itu telah diumumkan kepada semua pemain dan pegawai pasukan Perak selepas perlawanan separuh akhir kedua kelmarin.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved