Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Boling persahabatan TM, media Terengganu
- 12 pegawai Jabatan Penerangan Sabah terima penghargaan
- Warga emas Bandar Puncak Alam sertai Walk for Health
Boling persahabatan TM, media Terengganu Posted: Boling persahabatan TM, media TerengganuKAKITANGAN TM dan petugas media bergambar kenangan pada kejohanan boling persahabatan di Kuala Terengganu baru-baru ini. PENGHARGAAN. Satu Kejohanan Boling Jemputan Telekom Malaysia (TM) bersama Media Terengganu 2012 diadakan di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu baru-baru ini. Kejohanan diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. Pengurus Besar TM Terengganu, Hamidun Ismail berkata, kejohanan itu merupakan tanda penghargaan TM kepada media cetak dan elektronik yang selama ini membuat liputan mengenai syarikat berkenaan. "Kejohanan sebegini bukan sahaja mampu mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak tetapi juga memupuk semangat kesukanan sekali gus mengamalkan cara hidup sihat," katanya. |
12 pegawai Jabatan Penerangan Sabah terima penghargaan Posted: 12 pegawai Jabatan Penerangan Sabah terima penghargaanJAPLIN (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada wakil Majlis Perbandaran Sandakan yang memenangi Anugerah Keceriaan Bangunan Kerajaan di Kota Kinabalu baru-baru ini. ANUGERAH. Seramai 12 pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Sabah menerima anugerah inovasi pada Malam Anugerah Inovasi jabatan itu sempena Bulan Kemerdekaan peringkat negeri Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu baru-baru ini. Antara penerima anugerah ialah Timbalan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sabah, Muhammad Mohd. Ali. Beliau yang merupakan Pegawai Penerangan di Pejabat Akhbar Jabatan Ketua Menteri menerima Anugerah Pegawai Perhubungan Awam Terbaik. Pada majlis tersebut juga, sebanyak tujuh Anugerah Keceriaan disampaikan bagi kategori Bangunan Kerajaan, Swasta, Sekolah dan Kediaman. Anugerah kepada para pemenang disampaikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Japlin Akim. |
Warga emas Bandar Puncak Alam sertai Walk for Health Posted: Warga emas Bandar Puncak Alam sertai Walk for HealthSEBAHAGIAN daripada warga emas Fasa 2 Bandar Puncak Alam yang menyertai aktiviti Walk for Health di Kuala Selangor baru-baru ini. RIADAH. Seramai 90 warga emas Fasa 2 Bandar Puncak Alam menyertai aktiviti 'Walk For Health' anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Kuala Selangor baru-baru ini. Pelancaran aktiviti itu bertujuan mengalakkan lebih ramai lagi warga emas turun padang untuk menyertainya malah memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih kerap mengadakan program riadah. Melalui aktivti itu, para peserta berjalan selama dua jam. Walaupun letih, mereka berharap aktiviti seperti itu diadakan lagi supaya warga emas dapat hidup lebih sihat. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan