Selasa, 18 Disember 2012

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Penambahan elemen laman sosial

Posted:

Penambahan elemen laman sosial

Penambahan elemen laman sosial

Oleh ADLAN JAAFAR

ANALISIS yang dijalankan oleh Ericsson ConsumerLab di Asia Tenggara dan Oceania menunjukkan pengguna telefon pintar dalam kalangan pengguna internet di Malaysia dijangka meningkat secara mendadak daripada 47 kepada 73 peratus pada tahun 2013.

Ericsson ConsumerLab menjalankan kaji selidik secara dalam talian melibatkan 500 pengguna Malaysia berumur antara 16 hingga 60 tahun.

Menurut ketuanya, Afrizal Abdul Rahim, telefon mudah alih masih lagi popular dalam kalangan pengguna tetapi telefon pintar dijangka menguasai pasaran negara dalam masa terdekat.

"Perkembangan telefon pintar di Malaysia diramal mencapai tahap matang kerana peranti itu menawarkan kepelbagaian penggunaan yang dapat memenuhi semua keperluan komunikasi pengguna," katanya.

Faktor pendorong kepada penggunaan telefon pintar pada masa hadapan ialah penggunaan internet yang meliputi 39 peratus, peningkatan peranti (34 peratus) dan penggunaan aplikasi (29 peratus).

Selain telefon pintar, tablet turut mula mengorak langkah dengan pengenalan variasi terbaharu yang mampu milik. Penembusan tablet di Malaysia dijangka meningkat tiga kali ganda daripada 14 ke 48 peratus.

Aplikasi komunikasi

Penggunaan aplikasi yang memacu pertumbuhan data mudah alih dan paling popular digunakan rakyat Malaysia berkaitan komunikasi, permainan serta televisyen atau video.

Rata-rata pengguna telefon pintar pasti mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis aplikasi komunikasi seperti BlackBerry Messengger (BBM), WhatsApp, Viber ataupun Skype.

Pengguna telefon pintar, Nahzatul Shima Abu Bakar, 27, mempunyai lebih 25 aplikasi dan tiga daripadanya adalah untuk komunikasi iaitu Viber, WhatsApp dan LINE.

Selain untuk komunikasi, Nahzatul Shima menggunakan sepenuhnya kebolehan telefon pintar untuk perbankan, e-mel, menonton YouTube dan menempah tiket wayang.

LINE merupakan aplikasi pesanan mesej telefon mudah alih yang membolehkan penggunanya menikmati panggilan dan mesej percuma sama ada tempatan atau antarabangsa. Lebih penting, LINE lebih stabil terutamanya ketika membuat panggilan.

Pengurus Besar Line Business Office, Cho Simeon ketika ditemui di Kuala Lumpur pada akhir Oktober lalu, sempat membuktikannya dengan membuat panggilan telefon kepada isterinya di Korea Selatan.

"Saya menggunakan kad sim tempatan untuk membuat panggilan dan suaranya jelas diterima di sini," katanya sambil menambah, LINE juga boleh didaftarkan dengan alamat e-mel.


MELALUI LINE, Khong Ming mahu mengukuhkan pangkalan data pengguna di Malaysia.


LINE dilancarkan pada 23 Jun 2011 oleh enjin carian dari Korea Selatan , NHN Corp. yang mempunyai 70 juta pengguna dari 231 buah negara seluruh dunia.

LINE yang comel

Mengulas lanjut mengenai aplikasi komunikasi di telefon pintar Nahzatul Shima berpendapat, setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing.

"WhatsApp lebih mudah digunakan terutamanya apabila mahu berbual dengan penggunaan banyak perkataan.

"LINE pula lebih banyak grafik dan kelihatan comel sesuai apabila chatting," ungkap wanita yang bekerja sebagai jurulatih peribadi di Mont Kiara, Kuala Lumpur itu.

Dia yang berasal dari Johor tetapi menetap di Klang, Selangor itu turut memberi senarai kedudukan bagi aplikasi yang digunakannya iaitu bermula dengan WhatsApp kerana sistem operasi yang mudah.

Diikuti dengan LINE kerana grafik yang pelbagai jenis dan terakhir ialah Viber. Bagaimanapun, sistem pesanan pendek (SMS) masih lagi diperlukan untuk menghubungi individu yang tidak menggunakan telefon pintar atau penerima tiada liputan internet.

"Orang ramai pasti membandingkan LINE dengan aplikasi komunikasi lain dan menyifatkan ia sebagai pesaing kami, tetapi LINE menawarkan lebih daripada itu.

"Aplikasi LINE merupakan sebuah ekosistem komunikasi yang menawarkan pelbagai ciri lain seperti Line Camera, elemen laman sosial dan Line Coin," terang Simeon.

Tambahnya, LINE mempunyai pelekat (sticker) pada ruangan berborak (chat) seperti yang dimaksudkan oleh Nahzatul Shima. Ia berfungsi sama seperti emotikon yang terdapat pada aplikasi komunikasi lain dan SMS.

"Chatting menggunakan sticker adalah yang paling menarik pada LINE berbanding penggunaan perkataan sahaja," terang Simeon ringkas.

Emotikon selalunya sangat ringkas sehinggakan kadangkala maksud sebenar sukar disampaikan dan mungkin disalah tafsir.

Pelekat pula lebih jelas dan realistik dengan menonjolkan aksi karakter sama ada perbuatan atau perasaan yang dapat meningkatkan lagi penyampaian mesej.

Malah, ketika berbual dalam ruangan chat LINE, pengguna sudah cukup menghantar pelekat sahaja tanpa perlu menaip perkataan.

Menariknya, pelekat digambarkan dengan karakter iaitu Cony, Brown, Moon dan James dengan aksi serta perasaan berjumlah lebih 1,400 keping. Sebanyak 344 keping daripada jumlah tersebut percuma.

Kini, dengan menggunakan LINE, perasaan suka, marah, gembira mahupun sayu dapat diluahkan dengan lebih berekspresi dan nyata.

"Kami juga memberikan identiti tempatan sesebuah negara pada LINE seperti memperkenalkan pelekat menggunakan karakter selebriti tempatan," kata Penolong Pengurus Pejabat Perniagaan LINE, Leong Khong Ming.

Penyanyi Gangnam Style dengan tarian ikonik, menunggang kuda, Psy turut menjadi karakter yang pelekat selain selebriti K-pop lain, 2NE1.

LINE turut mengadakan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi tempatan seperti Advanced Info Service (AIS) di Thailand, Telkomsel (Indonesia) dan Vibo Telecom Inc. (Taiwan).


JUMLAH pengguna telefon pintar dijangka akan terus meningkat pada tahun 2013 di Malaysia.


Kata Khong Ming, pihaknya sedang dalam perbincangan dengan beberapa selebriti tempatan yang terkenal untuk bekerjasama.

Elemen media rangkaian sosial juga terdapat pada LINE pada bahagian Home dan Timeline sama seperti laman sosial lain. Pengguna dapat mengemaskini status, gambar, lokasi serta video untuk dikongsi bersama-sama senarai rakan-rakan.

LINE boleh digunakan pada semua versi peranti pintar seperti Apple (iOS), Android, Windows dan BlackBerry. Aplikasi komunikasi itu juga mempunyai versi komputer peribadi yang dilancarkan pada awal Mac 2012 lalu.

Selain itu, LINE juga mempunyai permainan, LINE Birzzle dan LINE Card yang membolehkan kad ucapan dihantar.

Ciri unik LINE yang lain ialah akaun rasmi yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan selebriti, jenama, penyanyi dan apa-apa sahaja pada waktu On Air Mode. Pada waktu itu, pemilik akaun rasmi boleh membaca dan membalas pesanan daripada pengguna.

"Sebagai contoh, Thai Airline di Thailand mempunyai akaun rasmi LINE dan pihaknya menggunakan aplikasi tersebut untuk berinteraksi secara terus kepada pengguna," cerita Simeon lagi.

Tambah Khong Ming: "Sambutan amat menggalakkan di Malaysia dan buat masa sekarang kami menyasarkan untuk mengukuhkan pangkalan data pengguna di sini."

Kamera pintar Samsung Galaxy

Posted:

Kamera pintar Samsung Galaxy

Kamera pintar Samsung Galaxy


SKRIN di belakang kamera membolehkan pengguna menyunting terus gambar dan memuat naik ke laman sosial.


PELANCARAN kamera pintar Samsung Galaxy baru-baru ini membuktikan bahawa Samsung, jenama global terkemuka dalam media digital dan teknologi penumpuan digital sentiasa komited dalam menawarkan gajet idaman pengguna.

Revolusi komunikasi visual dapat dilihat melalui rekaan peranti istimewa yang diyakini mampu mencuri tumpuan penggemarnya.

Dikenali sebagai Connected Camera, ia menggabungkan ciri-ciri fotografi berprestasi tinggi dengan kebebasan sambungan internet 3G dan WiFi yang dikuasakan oleh platform Android 4.1 (Jelly Bean).

Kini, sebaik lensa kamera merakam sesuatu imej, ia boleh terus dimuat naik ke laman sosial kegemaran masing-masing seperti Facebook, Twitter atau Instagram.

Selain menyediakan aktiviti merakam imej, kamera Samsung Galaxy turut membolehkan pengguna menyunting gambar atau video sebelum dikongsi bersama keluarga tersayang atau rakan-rakan dengan satu langkah mudah.

Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon berkata, pengenalan terhadap kamera Samsung Galaxy menunjukkan betapa teknologi kamera kini telah berubah dengan pantas.



"Kami telah berjaya menembusi tembok kebiasaan bagi penggunaan teknologi kamera konvensional. Menerusi gabungan Unit Telefon dan Perniagaan Imej Digital, Samsung berjaya menghasilkan sebuah kamera yang menepati cita rasa semua," katanya.

Bagi mengelakkan aktiviti pelayaran internet menerusi kamera itu menjadi perlahan ketika waktu puncak, ia turut dilengkapi bersama teknologi Dual Band dan Channel Bonding.

Justeru, jangan ketinggalan untuk meneroka keseronokan menggunakan peranti serba canggih ini yang dijual pada harga yang amat berpatutan. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Ramalan gajet 2013

Posted:

Ramalan gajet 2013

Ramalan gajet 2013

Oleh KHAIRUL ANUAR RAHMAN


Telefon pintar Samsung Galaxy S4 turut berada dalam senarai produk terbaharu untuk dipasarkan tahun hadapan.


TAHUN 2012 bakal melabuhkan tirainya kurang dari dua minggu sahaja lagi. Bagi peminat tegar gajet, kehadiran tahun baharu tentunya sesuatu yang dinanti kerana seperti biasa, pelbagai gajet terkini bakal menemui mereka.

Berikut disenaraikan gajet yang diramal bakal memasuki pasaran pada tahun 2013, atau paling lewat pada tahun berikutnya.

1. Fujitsu Lifebook 2013

Sungguhpun memiliki nombor 2013 pada penghujung namanya, Fujitsu Lifebook 2013 ini sebenarnya peranti konsep yang menggabungkan komputer riba, telefon pintar, tablet dan kamera.

Kombinasi ini bukanlah gabungan ciri yang disatukan di dalam satu peranti tetapi lebih tepat, gabungan peranti fizikal yang boleh dicantum dan dileraikan daripada peranti induknya.

Sebagai contoh, komputer riba ini tidak mempunyai papan kekunci biasa seperti komputer riba biasa, sebaliknya terdapat satu slot kosong di tengahnya dengan penyambung 16-pin untuk disambung dengan tablet yang kemudiannya berfungsi sebagai papan kekunci.

Sama seperti tablet, kamera dan telefon juga boleh ditanggalkan dari badan komputer apabila hendak digunakan dan dipasangkan semula untuk mengecas bekalan bateri atau untuk memuat naik gambar, video dan fail ke komputer. Walaupun ramai yang menganggarkan ia tidak mungkin akan menjadi realiti seawal tahun hadapan, tetapi sekurang-kurangnya ia akan menemui pengguna dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.

2. Telefon dengan skrin boleh lentur

Penganalisis teknologi meramalkan telefon pintar dengan skrin boleh lentur bakal menjadi realiti pada tahun 2013. Desas-desus mengatakan bahawa Samsung dijangka melancarkan telefon itu pada tahun hadapan sekali gus menjadi peneraju dalam teknologi skrin.

Paparan yang fleksibel tersebut membolehkan skrin telefon digulung, dibengkok atau dilipat tanpa merosakkannya. Samsung telah memperkenalkan teknologi kepada umum ketika pameran konsumer elektronik atau CES pada tahun 2011 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Menggunakan teknologi OLED boleh lentur, Samsung dijangka dapat menghasilkan telefon yang lebih nipis, ringan dan fleksibel berbanding teknologi LCD konvesional.

3. Pencetak 3D untuk konsumer

Pencetakan 3D merupakan satu proses menghasilkan objek tiga dimensi, dari model digital. Dengan erti kata lain, pencetak 3D membuat salinan model digital dan menghasilkan objek fizikal dan bukannya hasil cetakan di atas kertas seperti pencetak biasa.

Sungguhpun pencetak 3D telah wujud pada awal abad ke-21, aplikasinya terhad digunakan di dalam pembuatan kasut, reka bentuk industri, automotif, aero angkasa dan industri lain bagi menghasilkan prototaip kepada sesuatu produk.

Hanya sejak kebelakangan ini, pencetak 3D untuk pengguna rumah mula dipasarkan, akan tetapi pasarannya masih kecil. Pasaran pencetak 3D dijangka akan berkembang pada tahun hadapan dan tahun-tahun mendatang dengan bertambahnya pengimport yang membawanya masuk ke Malaysia.


TEKNOLOGI skrin telefon boleh lentur bakal menemui pengguna di negara ini.


4. Apple TV

Terkenal dengan reka bentuk yang agak luar biasa, Apple dikhabarkan bakal memperkenalkan televisyen (TV) keluaran mereka.

Walaupun berita ini, tidak dapat disahihkan lagi, para penganalisis teknologi mengandaikan produk ini bakal muncul pada 2013.

Ini disokong oleh kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook awal tahun ini yang telah memberi bayangan 'sesuatu yang lebih besar dan lebih baik dari Apple TV bakal diperkenalkan'.

Andainya ia menjadi kenyataan, ia dilaporkan bakal dikuasakan unit pemproses A5 dengan video berdefinisi tinggi dan dijangkan akan ditawarkan di dalam beberapa saiz termasuk 32 dan 55 inci.

5. Samsung Galaxy S4

Samsung Galaxy S3 baru sahaja dilancarkan pada Mei yang lalu, tetapi Samsung dikhabarkan telahpun menyusun strategi untuk mengeluarkan penggantinya - Samsung Galaxy S4.

Diramalkan akan menggunakan pemproses quad-core 1.8GHz dengan kamera berkuasa 13-megapiksel. Jika dibandingkan antara Samsung Galaxy S2 dengan Samsung Galaxy S3, yang memperlihatkan penambahan saiz skrin dari 4.3-inci kepada 4.8-inci, tidak mustahil jika S4 dibekalkan dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan berdefinisi tinggi (HD).

Telefon pintar ini juga dijangka bakal menggunakan sistem operasi Android 5.0 dengan kod nama Key Lime yang dikatakan akan menggantikan versi Android 4.2 Jelly Bean.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved