Rabu, 21 November 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Khairul Fahmi tamatkan zaman bujang 28 Dis

Posted:

Khairul Fahmi tamatkan zaman bujang 28 Dis

Khairul Fahmi tamatkan zaman bujang 28 Dis

21/11/2012 6:51pm

KUALA LUMPUR — Kemenangan skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF Suzuki 2012 nanti akan menjadi hadiah yang amat bermakna kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang akan menamatkan zaman bujangnya pada 28 Disember nanti.

Pemain berusia 23 tahun itu mengumumkan akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Khairul Fahmi berkata, walaupun beliau dan skuad kebangsaan kini dalam peringkat persediaan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala AFF Suzuki bermula, pada Ahad ini, namun ia tidak akan menjejaskan fokusnya bersama skuad Harimau Malaya.

"Hari ini bila saya sudah umumkan tarikh perkahwinan, saya harap penyokong dan peminat akan memahami saya kerana fokus utama saya pada masa ini adalah bersama pasukan negara.

"Perkahwinan ini tidak akan jejaskan fokus saya bersama skuad kebangsaan kerana majlis akad nikah hanya akan berlangsung enam hari selepas Piala AFF Suzuki tamat ditambah persiapan perkahwinan saya banyak dibantu oleh keluarga saya dan keluarga Leuniey," katanya selepas sidang media bagi mengumumkan rasmi tarikh perkahwinannya di sini, hari ini.— BERNAMA

Cederakan isteri: Pemotong rumput didenda RM2,000

Posted:

Cederakan isteri: Pemotong rumput didenda RM2,000

Cederakan isteri: Pemotong rumput didenda RM2,000

21/11/2012 6:43pm

KUALA LUMPUR — Seorang pemotong rumput didenda RM2,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencederakan isterinya dengan botol kaca selepas ditegur mangsa merosakkan peralatan sembahyang di depan rumah mereka.

Majistret Nurul'Ain Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap L.Dorarajoo, 55, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap S.Pathiamah, 59, sehingga menyebabkan kecederaan di kepala, di rumah mereka di Brickfields pada 9.30 pagi, 17 November lepas mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, atau denda, atau sebat, atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.— BERNAMA

Bapa rayu mahkamah benar anak enggan pulang berkahwin

Posted:

Bapa rayu mahkamah benar anak enggan pulang berkahwin

Bapa rayu mahkamah benar anak enggan pulang berkahwin

21/11/2012 6:37pm

KULIM — Seorang bapa terpaksa merayu kepada Mahkamah Syariah supaya meluluskan perkahwinan anak gadisnya berusia 12 tahun yang enggan pulang ke rumah tetapi mahu tinggal di rumah teman lelakinya.

Pembantu Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim, Azmi Ahmad berkata, peristiwa itu berlaku kira-kira dua minggu lalu dan gadis itu dan teman lelakinya berusia 19 tahun akan mendirikan rumah tangga bulan depan.

"Gadis itu baru sahaja mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) manakala pasangannya pula menganggur tetapi ibu bapa mereka bersetuju pasangan itu dinikahkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kem Bina Generasi al-Quran di Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob dekat sini hari ini.

Azmi yang mewakili Pegawai Tadbir Agama Daerah Kulim melancarkan program tersebut berkata, waris gadis berkenaan telah membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah Daerah sebagai mematuhi Enakmen Keluarga Islam 2008 (Pindaan) Negeri Kedah.

"Bagi pihak perempuan yang berumur di bawah 16 tahun yang mahu bernikah dan lelaki pula yang berusia di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah melalui enakmen tersebut," katanya yang juga Ketua Bahagian Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved