Rabu, 14 November 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


3 cedera dalam pergaduhan 2 keluarga berjiran

Posted:

3 cedera dalam pergaduhan 2 keluarga berjiran

3 cedera dalam pergaduhan 2 keluarga berjiran

14/11/2012 6:10pm

MELAKA — Tiga lelaki cedera selepas terlibat dalam pergaduhan membabitkan dua keluarga berjiran di Taman Samarinda Alor Gajah di sini ketika sambutan Deepavali malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam tadi, kedua-dua jiran itu bergaduh menggunakan kayu dan besi dipercayai akibat rasa tidak puas hati dengan pelbagai perkara termasuk bunyi bising sempena sambutan perayaan Deepavali.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu, tiga lelaki berusia antara 18 hingga 23 tahun cedera sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah dan dirawat sebagai pesakit luar.

Sebelum kejadian, kedua-dua jiran itu terlibat dalam perang mulut kira-kira 12.30 pagi Selasa, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki berusia 18 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.— BERNAMA

Maahad tahfiz mohon bantuan orang ramai

Posted:

Maahad tahfiz mohon bantuan orang ramai

Maahad tahfiz mohon bantuan orang ramai

14/11/2012 5:49pm

KUALA LUMPUR - Maahad Tahfiz Akademi Iqro Al-Quran (Matiq) merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos operasi sekolah tersebut.

Sekolah yang beroperasi di No. 7, Jalan Avenue 1, Avenue Ampang dekat sini memerlukan sumbangan bagi menampung perbelanjaan bulanan termasuk makanan para pelajar, gaji tenaga pengajar, sewa bangunan dan bil-bil utiliti.

Tenaga pengajar sekolah tersebut, Mohd. Amir Ismail berkata, kos pengurusan bulanan Matiq itu kini mencecah kira-kira RM40,000.

"Sebelum ini, kami menyewa tiga unit rumah kedai bagi keselesaan pelajar untuk belajar selain menggunakan satu unit bagi operasi memproses air berkarbonat dan mineral untuk dijual.

"Selepas beberapa bulan, perniagaan itu terpaksa dihentikan disebabkan satu daripada tiga unit rumah kedai tersebut terpaksa dilepaskan bagi mengurangkan perbelanjaan bulanan sekolah ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Matiq ketika ini mempunyai sebanyak 120 pelajar dengan 70 daripada mereka ditaja oleh ahli sekolah itu sendiri manakala bakinya adalah hasil sumbangan individu dan syarikat korporat.

Menurut Mohd. Amir, sekolah itu ketika ini hanya mempunyai tiga buah bilik darjah sekali gus menyebabkan penghuninya belajar dalam keadaan kurang selesa dan bersesak-sesak.

Dalam pada itu, kata beliau, syarikat korporat yang menyumbang secara tetap sebanyak RM1,000 sebulan akan diberikan satu slot ceramah di syarikat mereka oleh ustaz-ustaz dari sekolah berkenaan.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun Maybank 5622 5450 1589 atas nama

Akademi Iqro' Al-Quran Bestari atau menghubungi Mohd. Amir di 012-2582792.

Pemilik syarikat didakwa salah guna wang umrah

Posted:

Pemilik syarikat didakwa salah guna wang umrah

Pemilik syarikat didakwa salah guna wang umrah

14/11/2012 5:40pm

MELAKA — Seorang pemilik syarikat ejen pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap 34 pertuduhan menyalah guna wang perbelanjaan yang diserahkan pelanggannya bagi mengerjakan umrah berjumlah RM291,250.

Jamlee Mohd. Zid, 41, didakwa melakukan pecah amanah menyalahgunakan wang tersebut bagi kegunaan sendiri dengan melanggar perjanjian dalam pakej umrah yang menetapkan cara bagaimana amanah itu kena disempurnakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap 34 individu di syarikat J&J Mesra Travel & Tours Sdn. Bhd., Bukit Baru di sini antara 17 Ogos 2011 hingga 12 April 2012 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Sazali Omar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan enam penjamin bagi kesemua pertuduhan serta menetapkan 12 Disember depan bagi sebutan semula kes itu.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved