Kosmo Online |
- Dakwaan paksa lakukan seks: Anggota polis direman
- Negara ketandusan akauntan bertauliah
- 2 suspek tikam pemandu bas kilang dicari
Dakwaan paksa lakukan seks: Anggota polis direman Posted: Dakwaan paksa lakukan seks: Anggota polis direman10/11/2012 7:43pm BUKIT MERTAJAM — Tiga anggota polis ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung aduan seorang wanita warga asing yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika disiasat. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, polis kini menjalankan siasatan terperinci terhadap kes itu. "Kita tidak akan melindungi anggota polis berkenaan sekiranya terbukti mereka terbabit dalam kejadian tersebut," katanya.— BERNAMA |
Negara ketandusan akauntan bertauliah Posted: Negara ketandusan akauntan bertauliah10/11/2012 5:47pm BESUT — Negara memerlukan ramai akauntan bertauliah bagi membantu merangsang pertumbuhan ekonomi dalam negara secara lebih teratur, kata Naib Presiden Institut Akauntan Malaysia (IAM), Abdul Rahim Abdul Hamid. Katanya, buat masa ini negara mempunyai kira-kira 30,000 akauntan namun hanya sekitar 7,000 yang melakukan kegiatan akauntan secara bertauliah membabitkan kerja-kerja auditan. "Jumlah ini masih kecil berbanding dengan keperluan negara seperti Malaysia yang sedang meningkat maju dalam bidang kewangan sekarang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pelajar-pelajar Akauntan 2012, di sini hari ini. Katanya, keadaan itu berlaku apabila hampir 65 peratus penuntut yang menamatkan pengajian dalam bidang tersebut bergiat dalam bidang lain termasuk kerja makan gaji.—BERNAMA |
2 suspek tikam pemandu bas kilang dicari Posted: 2 suspek tikam pemandu bas kilang dicari10/11/2012 4:14pm BALIK PULAU — Polis sedang mencari dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pemandu bas kilang maut ditikam dalam pertengkaran di hadapan sebuah kilang di Taman Perindustrian Bayan Lepas, Fasa 4 dekat sini Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. Hatta Md. Zin berkata, mereka ialah A. Movin Naidu, 21, dari Lebuh Sungai Burung 2, Balik Pulau dan rakannya R.Thinakaran, 24, dari Taman Nyaman Indah juga dari Balik Pulau. Beliau berkata, usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan dan berharap orang ramai yang mengenali mereka agar menghubungi mana-mana balai polis. "Movin Naidu yang baru sahaja tamat pengajian di sebuah kolej swasta di sini dan rakannya yang tidak bekerja dipercayai masih bersembunyi di sekitar Pulau Pinang," katanya. Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa, S. Suresh Raja, 37, ditikam berikutan telah menunjukkan isyarat lucah kepada suspek sebelum berlaku pertengkaran.— BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan