Sabtu, 10 November 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Shae malu melangkah

Posted:

Shae malu melangkah

Shae malu melangkah

BAIT-BAIT lagu yang menangkap deria kedengaran: "Sayang apa khabar denganmu, di sini ku merindukan kamu." Ia mudah sahaja menyerap masuk menjadi halwa telinga.

Irama yang catchy bersama adunan vokal keras menyuntik rasa ingin tahu siapakah gerangan penyanyi wanita bersama pelat bahasa Indonesia pekat di sebalik lagu berjudul Sayang itu. Dialah Sheryl Gething atau serasi disapa Shae, 18.

Ketika pertemuan sulung bersama gadis kacukan Australia (bapa) dan Riau (ibu) itu diaturkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia petang Jumaat minggu lalu, Shae nyata begitu mesra.

"Seboleh-bolehnya saya mahu berbicara dalam bahasa Indonesia. Penat kalau selalu bercakap bahasa Inggeris," bicaranya laju dalam nada berseloroh.

Shae mengemaskini ruang selesa untuk terus berbicara. Katanya, ini adalah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Malaysia.

Teruja dan gembira apabila ada peminat yang menyapa dia ketika berjalan-jalan sekitar ibu kota Kuala Lumpur, Shae membidik sasaran karier seninya di sini.

"Saya mahu lagu (Sayang) ini dikenali di Malaysia terlebih dulu sebelum Indonesia. Apabila diberikan peluang datang ke sini (Malaysia), ia cukup luar biasa dan tidak pernah saya menduga.

"Semoga pendengar di Malaysia boleh menerima muzik saya terutama lagu Sayang," kata Shae.

Sayang yang dicipta sepenuhnya oleh pemain dram kumpulan Winner, Posan Tobing berentak pop, lirik yang ringkas dan mesra pendengar.

Tiga jiwa

Anak sulung daripada dua beradik itu juga mempertaruhkan tujuh buah lagu lain menerusi album yang berjudul The First itu. Antaranya Aku Belum Pernah, Putus Nyambung, Hangat Hangat Kuku, Cintaku Telah Mati Untukmu dan single yang sedang hangat diputarkan di Indonesia, Kok Telfon Telfon Sih?

"Saya bertanggungjawab meletakkan emosi dalam setiap buah lagu supaya pendengar dapat merasai apa yang saya rasakan.


GADIS jelita ini terpaksa mendahulukan pelajaran sebelum aktif dalam bidang nyanyian.


"Saya tahu apa yang saya mahukan, kerana itu saya memberikan sepenuh perhatian sepanjang tempoh pembikinan album ini selama satu setengah tahun.

"Konsep, pemilihan lagu, gambar, warna, klip video dan semuanya yang lain saya harus terlibat," ujarnya bersungguh-sungguh.

Menarik mengenai album itu, terdapat sebuah buku kecil disertakan bersama cakera padat yang menampilkan tiga jiwa Shae iaitu rock, girl next door dan sofistikated.

Shae memberikan kepercayaan kepada Posan Tobing untuk menjadi penerbit album The First selain turut dibantu oleh Rio Winner, Beben Winner, Dody Katamsi, Erick dan Jimmy.

Memilih Posan pasti ada sebabnya. Kata Shae: "Posan bertanggungjawab mencungkil bakat saya sejak berumur 15 tahun lagi. Perkenalan dengannya pada sebuah acara nyanyian merupakan titik permulaan karier saya."

Menghuraikan lebih lanjut faktor album sulungnya mengambil masa terlalu lama untuk diterbitkan, kata Shae dia perlu menamatkan persekolahan sebelum memberi fokus dalam bidang nyanyian.

"Saya mula menyanyi di rumah dan kemudiannya menjadi semakin serius, sehinggakan saya rasa menyanyi itu tidak susah.

"Akhirnya menyanyi menjadi sebahagian daripada hidup saya dan jika tiga hari tidak menyanyi saya akan jadi gelisah.

"Apabila saya memberitahu ibu saya akan kemahuan untuk menjadi penyanyi, dia meletakkan syarat agar menghabiskan persekolahan dulu. Tambahan, Posan ketika itu agak sibuk dan tidak sempat mencipta lagu untuk saya," cerita Shae.

Kritik

Tidak gusar dikritik, namun kata Shae biarlah ia berpada-pada dan bukan semberono. Katanya lagi, kritikan mematangkan diri seseorang penyanyi sekali gus mendidik agar lebih cekal.


BAKAT Shae dalam bidang nyanyian dicungkil sejak usianya 15 tahun lagi.


"Saya tidak kisah jika ada pihak yang mahu mengkritik atau menilai diri saya, asalkan bukan bertujuan menjatuhkan. Saya terima ia sebagai satu pelajaran," tegasnya.

"Bukan senang mendapat perhatian khalayak tapi jika ada kemahuan pasti akan ada caranya. Saya akui sekarang semakin banyak persaingan namun, saya tidak memikirkan akan hal itu.

"Saya masuk ke dalam bidang nyanyian untuk menjadi penghibur, jika kita memberikan yang terbaik sudah pasti orang akan melihat kita," ujar Shae berhubung prinsip berkarya.

Selain menyanyi, Shae pernah menceburkan diri dalam bidang lakonan. Mengakui dirinya seorang 'bule kampung' (gadis tipikal Indonesia), Shae bagaimanapun tidak melihat kariernya berkisar akan dunia lain selain nyanyian.

"Saya pernah berlakon teater, sinetron dan iklan komersial. Saya lalu mencuri semua hasil dan pengalaman daripada bidang-bidang itu untuk diterjemahkan dalam muzik. Muzik adalah keghairahan saya dan selamanya akan kekal begitu," ungkap Shae.

Lopez nafi punca pekerja hotel dipecat

Posted:

Lopez nafi punca pekerja hotel dipecat

Lopez nafi punca pekerja hotel dipecat


JENNIFER LOPEZ berada di Dusseldorf, Jerman sempena siri konsert jelajahnya.


DIVA pop, Jennifer Lopez menafikan bahawa dirinya menjadi punca seorang pekerja hotel, di tempat penginapannya di Jerman dipecat gara-gara meminta tanda tangan autografnya.

Dalam laman Twitternya, dia menafikan pemecatan pekerja itu berpunca daripada dirinya.

"Saya tidak tahu punca cerita itu datang," ujarnya menjawab laporan sebuah tabloid di negara itu.

Ujar Lopez, peminatnya lebih tahu perkara ini dan dia tidak akan berbuat demikian semata-mata disebabkan ingin mendapatkan tanda tangannya.

Sebuah tabloid di Jerman menyebut seorang pekerja Hotel Melia Dusseldorf, Pray Dodaj telah mengetuk bilik penyanyi itu untuk mendapatkan autografnya.

Sehari kemudian, pekerja itu menerima panggilan bahawa dia telah dibuang kerja kerana mengganggu privasi penginap hotel itu iaitu Lopez.

Lopez berada di Dusseldorf, Jerman minggu lepas ketika siri konsert jelajah di seluruh dunia.

Hanez Suraya, Amy berperang lagi

Posted:

Hanez Suraya, Amy berperang lagi

Hanez Suraya, Amy berperang lagi

Oleh MALIAH SURIP dan SITI KAMILAH MUSTAPHA
hiburan@kosmo.com.my

NOURISH (di samping Amy Search) menafikan dia membuat kecoh di bank tempat adik Hanez Suraya bekerja.


PELAKON drama bersiri Dendam Pencinta dan Dalam Hati Ada Taman, Hanez Suraya, nampaknya tidak habis-habis dengan kontroversi. Kali ini, dia terlibat dalam 'perang' siri kedua dengan rocker tersohor, Amy Search.

Perang siri pertama membabitkan mereka pada majlis Anugerah Blokbuster 2011 baru-baru ini, apabila dia dikatakan berlagak sombong dengan tidak menegur Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman walaupun mereka duduk bersebelahan. Isteri Amy, Nourish turut menemaninya pada ketika itu.

Perang siri kedua Amy dan Hanez pula turut membabitkan Nourish.

Kejadian yang berlaku tiga hari lepas itu sebaliknya menimbulkan kontroversi lain antara mereka.

Ia tercetus apabila Nourish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan telah secara tidak sengaja bertemu dengan adik Hanez yang merupakan seorang juruwang di sebuah bank tempat dia berurusan untuk mengeluarkan wang.

Nourish yang mengenali adik Hanez ketika dia turut menemani Hanez pada Anugerah Blokbuster 2011 tempoh hari itu dikatakan ingin menyampaikan permohonan maaf bagi pihak suaminya.

Ia ekoran kejadian teguran Amy secara terbuka di Twitter yang telah mengkritik Hanez ekoran isu pada majlis anugerah tersebut.

Bagaimanapun, adik Hanez dikatakan telah menolak untuk menyampaikan permohonan maaf kepada kakaknya itu dan Nourish didakwa sehubungan itu telah membuat kecoh di bank berkenaan.

HANEZ Suraya mendakwa dia tidak tahu apa-apa tentang kontroversi yang berlaku antara adiknya dan Nourish.


Isu itu berlarutan hingga ke laman sosial bergambar Instagram pula. Amy dan Hanez menerusi intagram tersebut khabarnya berbalas-balas kata, yang mana kata-kata berbaur amarah itu kini sudahpun dihapuskan.

Bagi mendapatkan penjelasan sebenar perkara yang berlaku itu, Kosmo! telah menghubungi Hanez dan Nourish. Berikut, sedutan temu bual bersama mereka.

Kosmo!: Apakah yang sebenarnya berlaku, adakah benar Nourish membuat kecoh di sebuah bank tempat adik anda bekerja?

HANEZ: Saya enggan komen apa-apa sebab benda dah jadi.

Benarkah dakwaan Hanez sebenarnya jenis suka cari gaduh?

Saya bukan jenis macam itu. Saya tiada masalah dengan sesiapa pun sebelum ini, selama ini pun, saya senyap apa orang cakap kat saya.

Jadi, apakah yang menyebabkan Amy dan isterinya dikatakan mengamuk dengan anda?

Saya tidak tahu apa masalah yang berlaku sebenarnya. Kalau sesiapa ada nak bagi tahu saya apa-apa, baik jumpa saya sendiri dan jangan guna pihak ketiga bagi elak salah faham pula.

Adakah Hanez akan bersemuka dengan Nourish atau Amy setelah apa yang berlaku?

Saya rasa tidak perlu kerana saya tidak bermasalah dengan sesiapa pun, tetapi kalau ada pihak ingin bersemuka dengan saya, itu tidak menjadi masalah.

Apabila berlaku perkara macam ini, Hanez yang dipersalahkan dan nampak anda yang bermasalah, apa komen anda?

Biarlah apa orang nak kata janji saya tahu, saya tidak kacau orang.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved